Perubatan Islam

Mengenal Pasti Rawatan yang Salah di Sisi Agama

Allah SWT telah mengingatkan manusia tentang akibat yang akan menimpa mereka sekiranya meminta pertolongan dan perlindungan dari makhluk jin. FirmanNya dalam Surah Al-Jin ayat 6:

”Dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan kepada ketua-ketua golongan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.”

Menurut Ibnu Taimiyyah dalam kitab Al-bayān al-mubīn fi Akhbār al-jinni wa al-shayāṭin, halaman 58, jin dan syaitan yang dijadikan sekutu atau sahabat akan berasa bangga apabila diminta tolong dan mereka akan segera datang. Jin dan syaitan sangat mengetahui bahawa manusia itu lebih mulia dan lebih berkuasa dari mereka. Maka apabila manusia tunduk kepada jin dan meminta perlindungan dari mereka, ianya ibarat seorang raja yang melutut di kaki seorang hamba untuk meminta ditunaikan hajatnya.

Lebih menakutkan lagi ialah apabila Allah SWT memberi amaran bahawa azab neraka bakal menimpa orang-orang yang bersahabat dan meminta bantuan dari jin melalui firmanNya dalam surah Al-An’am ayat 128:

”Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia”. Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat pertolongan) dengan sebahagian yang lain (jin-jin), dan telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami”. (Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”.

 

Sumber: Facebook Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Ustaz Ajar ‘Niat yang Betul’ Kalau Nak Bela Ikan Puyu di Rumah untuk Elak Pukau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *