Mengapa Diam Ketika Rasulullah Dihina?
Tazkirah

Mengapa Diam Ketika Rasulullah Dihina?

Mengapa Diam Ketika Rasulullah Dihina?

1. Dengarkan nasihat dari video ini. Andai Muslim sendiri diam ketika agama mereka dihina, dibimbangi orang kafir tidak merasa risau akan isu menghina Islam ini. Bahkan dikhuatiri akan menjadi trend mereka pula untuk memandang rendah agama Islam.

2. Lebih malang lagi apabila ada Muslim sendiri yang tidak sensitif dengan penghinaan terhadap Rasulullah, bahkan merasakan tidak perlu untuk memberikan reaksi. Mereka berkata Rasulullah bersikap lembut terhadap pencaci, tetapi mereka lupa bahawa Baginda turut bersikap tegas terhadap penghinaan ke atas Islam.

3. Al-Imam Ibn al-Qayyim pernah menampilkan beberapa contoh individu yang dihukum oleh Rasulullah kerana menzahirkan penghinaan terhadap Rasulullah. Menurut Saidina Ali, seorang lelaki perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan.


Perempuan tersebut telah dikenakan hukuman lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Rasulullah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

4. Para sahabat dahulu sangat menjaga adab mereka bersama Rasulullah ketika Baginda hidup mahupun setelah meninggal. Saidina Umar pernah memarahi dua orang lelaki dari Taif yang meninggikan suara ketika berada di dalam Masjid Nabi. Kata Umar:

لو كنتما من أهل البلد لأوجعتكما جلدا، ترفعان أصواتكما في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم .

“Kalaulah bukan kerana kamu ini bukan ahli negeri ini (lelaki tersebut dari Taif), aku akan sebat kamu berdua. Apakah kamu meninggikan suara di dalam Masjid Nabi?”

Bayangkan Tuan-puan, meninggikan suara di Masjid Nabi pun Umar tidak benarkan, apatah lagi menghina Rasulullah dengan karikatur yang jijik.

BACA:  12 Adab Silaturrahim di Hari Raya Aidilfitri

5. Begitu juga dengan al-Imam Malik yang dikatakan tidak menunggang tunggangannya di Madinah kerana menghormati Baginda Nabi. al-Imam Malik tidak mahu menunggang binatang yang menghenjakkan kakinya di atas bumi yang bersemadi jasad Rasulullah. (al-Kandahlawi, Awjaz al-Masalik, Dimashq: Dar al-Qalam, 2003, 83 )

6. Begitu tinggi penghormatan para Sahabat serta salafussoleh terhadap Rasulullah. Jangan pula kita berdiam saat Rasulullah dihina.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *