Harta, Muamalat

Membersihkan diri dan cara memisahkan harta yang haram

Seorang yang bertaubat, dan dalam simpanannya ada sesuatu barang haram yang sudah tertentu bendanya, seperti yang diambilnya dari rampasan atau yang diamanahkan kepadanya atau sebagainya, maka perkaranya senang sekali; iaitu hendaklah ia memisahkan benda haram itu berasingan dan kembalikan kepada pemiliknya atau warisnya.

Sekiranya benda itu telah bercampur aduk, ataupun tidak dapat dipisahkan, misalnya benda yang serupa bentuknya seperti biji-bijian, mata wang, minyak; ataupun benda-benda yang boleh ditentukan seperti rumah atau pakaian, ataupun benda-benda yang serupa jenisnya dan yang biasa berlaku pada harta kekayaan, seperti seorang yang mendapat wang menerusi perniagaan tetapi dia pernah berbohong dalam setengah perniagaannya ataupun seperti seorang yang mencuri minyak lalu ia mencampurkan minyak itu dengan minyak yang dipunyainya, demikian pula jika dia melakukan yang sama pada biji-bijian, atau wangnya.

Hukumnya jika benda yang dicampurkan itu diketahui kadarnya, seperti dia mengetahui bahawa separuh dari jumlah hartanya itu adalah haram, maka wajiblah ia memisahkan kadar yang separuh lagi.

Tetapi jika ia terkeliru, maka baginya ada dua jalan:

  1. Berpegang kepada apa yang diyakininya.
  2. Berpegang kepada yang lebih diberatkan oleh sangkaanya.

Mengambil sikap yang pertama lebih utama dari segi kewara’an, iaitu dengan memiliki hanya kadar yang sudah diyakini oleh dirinya sebagai halal saja.

Masalah: Barangsiapa mewarisi harta pusaka, sedang ia tiada mengetahui dari mana harta itu diperolehi oleh orang yang mewariskannya (orang mati itu); apakah dari usaha yang halal ataupun dari usaha yang haram dan tiada pula tanda-tanda yang menentukan perkara sebenar tentang harta itu, maka para ulama sepakat menghukumkan bahawa harta itu halal.

BACA:  Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Tetapi jika ia mengetahui bahawa harta itu bercampur dengan yang haram, malangnya ia tiada mengetahui berapa kadarnya; maka dalam misal seumpama ini hendaklah ia mengeluarkan kadar yang disangsikan haram itu setelah ia menghalusi perkara itu. Sekiranya ia mengetahui, bahawa sebahagian dari hartanya diperolehi secara penganiyaan, maka wajiblah ia mengeluarkan kadar yang disangsikan itu dengan berijtihad.

Ada pula setengah ulama mengatakan, tidak wajib ia mengeluarkan bahagian itu, dan dosanya tertimpa atas orang yang mewariskan harta itu.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

7 Comments

  1. kena buat pembersihan harta kan, ia berbeza dgn zakat…
    klu di ragui tu baik buat ‘cleansing’ segera utk dpt keberkatan…

  2. assalamu’alaikum warohmatulloohi wabarokaatuh.
    ada tante sy yang menjual miras,tp sy tdk tahu sejak kapan mulai menjual.sy mau kasih penjelasan kepadanya, tetapi sy tidak tahu harta dari hasil penjualan itu mau dikemanakan.terima kasih sebelumnya.

  3. MACAMMANA PULA DENGAN INSURAN HAYAT (LONG TERMS)BUKAN SIMPANAN (ENDOWMEN). KOPERASI ISLAM (TAKAFUL) BERITAHU BAYARAN BULANAN ADALAH DIKIRA SEBAGAI TABARRU (SIMPANAN). MAJLIS FATWA KATA PEROLEHAN (ENDOWMEN) TERSEBUT SEBAGAI HARTA TAK PATUH SYARAK TETAPI TAK JELASKAN INSURAN (LONG TERMS)..

  4. Kalau kita ada ambil harta orang tp tak tau nak pulangkan mcm mana.. Contohnye kite dah x jumpa org yang kite berhutang tu, so kite sedekahkan harta (mengikut kadar hutang kita.) ke mana2 tabung derma dengan niat pahala tu dapat kepada org yang kita berhutang

  5. Membersihkan diri dan cara memisahkan harta yang haram | Islam Itu Indah « suhaydahazrin

    […] jika dia melakukan yang sama pada biji-bijian, atau wangnya. Baca lagi -> (via Islam Itu Indah) http://www.islamituindah.my/membersihkan-diri-dan-cara-memisahkan-harta-yang-haram Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this […]

  6. Assalamualaikum… saya ingin mengutarakan suatu soalan.. macam yang disebut dalam teks tadi semuanya harta yang melibatkan aset bukan makanan.. tetapi jika kita makan yang haram segala amal ibadah tidak diterima.. jadi, bagaimana kita mahu memulangkannya sekiranya tuan nya tidak dapat dikesan termasuk keluarga terdekat beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!