≡ Menu

Memang Merbahaya, Tapi Ada Sebab Kenapa Kita Tak Perlu Bunuh Lipan Dalam Rumah

Berhadapan dengan haiwan mahupun serangga berbisa seperti kala jengking, tebuan, ular dan lipan pastinya menggerunkan setiap orang. Bisa yang dikeluarkan mampu untuk membunuh manusia dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, ramai yang bertindak untuk membunuh haiwan-haiwan tersebut dengan anggapan keselamatannya akan terjamin.

Namun bagi serangga lipan yang sering ditemui merayap di dalam rumah, ia tidak akan mengancam keselamatan diri anda melainkan dirinya yang akan berasa terancam. Benarkah?

Anda sebenarnya tidak perlu membunuh serangga ini kerana ianya dapat menyingkirkan serangga-serangga lain seperti lipas, anai-anai dan juga lalat. Perkara ini adalah kerana serangga diatas merupakan sumber makanannya. Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya papan dinding kayu akan dimakan oleh anai-anai kerana ianya akan dimakan oleh lipan.

Setiap lipan mengandungi racun berbisa pada kedua-dua belah kakinya mampu untuk membunuh mangsa dalam sekelip mata. Dengan kehadiran lipan yang sentiasa memburu makanannya, rumah anda sudah pasti akan bebas daripada serangga yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga harta benda di dalam rumah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, sekiranya anda mahu juga menyingkirkan lipan dari persekitaran rumah, pastinya anda terlebih dahulu menyingkirkan sumber makanannya, iaitu serangga lain.

 

Sumber: https://siakapkeli.my

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Bolehkah Escargot Atau Siput Babi Dimakan?