Melahirkan Anak yang Soleh dalam Islam

July 7th, 2011 | 7:28 am | Ibadah, Perkahwinan | 13 responses

Bagaimana melahirkan anak soleh?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Apa makna anak soleh?

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?

Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh

  1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
  3. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  4. Selalu membaca al-Quran di rumah
  5. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  6. Hidupkan budaya memberi salam
  7. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  8. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  9. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  10. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  11. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  12. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  13. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(13)

  1. 1

    Cukup bagus

  2. 2

    Ya robbi jadikanlah anak2 kami menjadi penerus dan pembela agamu ya Allah….

  3. 3

    saya ada 7 anak ,5 perempuan 2 lelaki,masa kecil memang takde masalah…tapi bila dah meningkat remaja sekolah menengah sudah tahu ape itu handphone ape itu internet,my space,face book dan sebagainya dan berkawan pula dengan kawan yang kurang minat belajar tidak begitu islamik akhirnya terjerumus sehingga sanggup ponteng sekolah dan berkawan dengan budak yang menyakitkan mata memandang dan akhirnya anak tadi sudah tidak menjadi anak yang soleh…sebagai bapak yang masih muda dan penuh kederat telah mengambil keputusan yang lebih kepada nafsu dengan menunjukkan kuasa sebagai bapa terus bertindak dengan begitu menyakitkan untuk sianak..disini kekesalan sudah berlaku,apakan daya sekarang bila bapaknya sudah sakit tibalah giliran sianak tadi untuk membalas dendam..betapa sakitnya hati sibapa..apakan daya sibapa hanya berdiam diri ..sehinggakan tidak mampu untuk menegur sianak ..mungkin sudah bosan dan meluat…

    • 4

      Assalammualaikum waRahmatullah

      Mendidik anak adalah tugas dan amanah buat ibubapa. Terkadang walau kita telah mencuba sedaya upaya, anak mungkin tidak dapat dilatih sebagai anak yang soleh/solehah. Sebagai ibubapa jangan jemu dan berhenti mendidik dan berdoa, InsyaAllah satu hari satu ketika doa tuan/puan akan dimakbul juga.
      Terkadang anak yang tidak mendengar kata, degil adalah dugaan, kafarah, buat kita, perlu kesabaran, istiqamah dan berdoa. Doa ibubapa kepada anak adalah antara doa yang mustajab, justeru perlu berhati2 dengan apa yang diminta, dilafaz.
      Sebagai seorang bapa terkadang tingkahlaku anak melukakan hati ini, terlintas apakah dulu pernah melakukan perkara yg sama terhadap ayahanda? Mungkin secara langsung atau tidak, kita pernah menguris hati ibu atau bapa sebelum ini.
      Kata guru menjadi hikmah yang dipegang, mendidik anak seperti bermain layang-layang, kalau terlalu dilepaskan ia akan hanyut dan terbang, kalau ditarik, direntap terlalu kuat ia akan putus.
      Banyak bersabar, dan berdoa untuk kebaikkan anak2 kita agar menjadi anak penyejuk hati, anak yang soleh dan solehah sebagai bekal apabila kita dipanggil Ilahi.

  4. 5

    Salam,

    Ini pandangan saya kalau salah saya minta maaf..Hanya sekadar perkongsian ilmu shj..Didikan kepada anak untuk jadikan mereka soleh bukan sejak mereka lahir atau dari kecil lagi & bukan masih didalam perut lagi, tetapi sebelum kte mendirikan rumah tangga lagi kte perlu membetulkan Iman & Ketaqwaan kte pda Allah (S.W.T). Dengan itu Insyallah akan menuruni sifat seorang ibu dan ayahnya bila masa mereka dewasa kelak..Amin..

  5. 6

    Lagi info mendidik anak @ mnsar blog “21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang”

  6. 7

    Maaf menggangu, saya seorang umat kristian akan tetapi saya sangat tertarik dgn ajaran islam sejak sy mendengar cerita dari guru sains saya yg beragama islam apabila dia berkongsi cerita dgn rakan2 saya yg beragama islam. Jika tidak keberatan, saya mohon agar ustaz dapat mendoakan untuk saya kepada allah agar allah memberi saya hidayah-Nya serta mengizinkan saya masuk islam. saya juga mohon agar ustaz doakan untuk kedua2 ibubapa saya dan datuk nenek saya agar hati mereka lembut dgn mengizinkan saya masuk islam. semoga ustaz dapat membantu saya wlaupun saya bukan seorang islam tetapi saya betul2 ingin masuk islam kerana allah. saya harap saya dapat mndirikan solat seperti ppuan islam yg lain, saya sgt ingin bersolat. diharap mendapat respon balas daripd ustaz melalui email saya, semoga ustaz dapat membalas email kepada saya. terima kasih.

    • 8

      tahniah Doreen.. semoga Allah dapat memberi semangat dan kekuatan kepada saudari untuk meneruskan niat suci murni saudari. Hubungi pusat2 islam yang berdekatan dengan tempat tinggal saudari, insya’allah mereka akan membantu saudari.. tahniah sekali lg.. saya doakan kejayaan untuk saudari dunia dan akhirat. “inna dinna indal’lahi islam”.. sesungguhnya agama yg diterima Allah hanyalah islam..

  7. 9

    thanks,for the tips.I hope i will be a good daughter…..

  8. 10

    terima kasih, tolong doakan saya supaya menjadi anak yang terbaikkkkk….

  9. 11

    Assalamualaikum Ustz,

    Mohon maaf, semoga ustz izinkan saya cetak dan share kandungan tajuk MELAHIR ANAK YANG SOLEH DAALAM ISLAM.

    terimakasih.

  10. 12

    Panduan yang sangat baik…semoga dapat diamalkan..

  11. 13

    Semoga berguna kepada semua yang inginkan anak yang soleh
    Khairul Zamri recently posted..Panduan Peperiksaan MUET

Leave a Reply

CommentLuv badge