Tazkirah

Mari Amalkan : 51 Amalan Sunah Rasulullah S.A.W

#1- Pandangan Mata
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan mahram sekali sahaja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat khusyuk dalam beribadah.

#2- Makan Garam
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

#3- Minum Tangan Kanan
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

#4- Sesaat Di Jalan Allah
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam al-Qadar walaupun hanya sekadar mengucapkan “Ayuh kawan ayuhlah kita solat”.

#5- Langkah Kanan
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan. Keluar kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

#6- Makan Tiga Jari
Nabi S.A.W makan kurma dengan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

#7- Jaminan Allah
3 orang mendapat jaminan Allah S.W.T iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

#8- Menggunting Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

#9- Tidak Bersiul
Tidak bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

#10- Cara Memotong Kuku Tangan
Mulakan dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan. Disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ke ibu jari kanan.

#11- Cara Potong Kuku Kaki
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

#12- Tidak Melebihkan Lengan Baju
Panjang lengan baju Rasulullah S.A.W adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

BACA:  Hari Valentine Haram disambut Umat Islam

#13- Pakaian Kesukaan
Pakaian kesukaan Rasulullah S.A.W adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

#14- Bersiwak
Bersiwak atau bersugi adalah sunnah yang sering dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, maka hendaklah kita sering melazimi bersugi. Sunah ini kian ditinggalkan.

#15- Doa Dalam Sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya.

#16- Adab Di Tandas
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

#17- Adab Makan
Hendaklah kita menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

#18- Tiga Jenis Orang
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah S.W.T pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

#19- Berwangi-Wangian
Memakai minyak wangi bagi lelaki adalah sunah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja,

#20- Ambil Wuduk Sebelum Tidur
Menggosok gigi dan mengambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

#21- Memakai Cincin Perak
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala sunah berterusan selama memakainya.

#22- Solat Fardu Di Masjid
Nabi S.A.W tidak pernah solat fardu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

#23- Memakai Celak
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap msalam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

#24- Labuh Pakaian
Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.

#25- Solat Fardu Berjemaah
Solat fardu berjemaah di masjid diberikan 27 kali ganda pahala dari solat sendirian di rumah. Banyak bukan? Maka rajinkan diri solat berjemaah.

BACA:  15 Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Quran

#26- Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

#27- Menyimpan Janggut
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

#28- Tidak Menghadap Kiblat Ketika Buang Air
Tidak menghadap ke arah kiblat ketika buang air kecil atau besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun jika terpaksa.

#29- Warna Pakaian Rasulullah
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah S.A.W menyukai pakaian berwarna putih.

#30- Posisi Tidur
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengiring di atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

#31- Menjarakkan Masa Minum Air Selepas Makan
Selepas makan nasi elakkan terus meminum air. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

#32- Tidur Sebelum Zohor
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

#33- Berdiri Hormat
Rasulullah S.A.W tidak menyukai perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila Baginda lalu atau masuk ke sesuatu majlis.

#34- Pakaian Berwarna
Dilarang memakai pakaian berwarna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

#35- Makan Dengan Orang Miskin
Rasulullah S.A.W suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

#36- Menu Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W membuka sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan madu asli.

#37- Tidak Menolak Pemberian
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

#38- Ketawa Rasulullah S.A.W
Ketawa Rasulullah S.A.W hanyalah senyuman.

#39- Minuman Rasulullah S.A.W
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah minuman yang manis dan dingin.

BACA:  Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini

#40- Menghisap Sedikit Air Ke Dalam Hidung
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

#41- Memberikan Anak Yatim Makan
Rasulullah S.A.W suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

#42- Larangan Pakai Cincin
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

#43- Bangun Tidur
Rasulullah S.A.W bangun tidur lalu duduk, mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang mengantuknya dan membaca doa bangun tidur.

#44- Berkongsi Makanan
Tidak kedekut berkongsi makanan. Rasulullah S.A.W suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

#45- Istighfar
Rasulullah S.A.W beristghfar kepada Allah S.W.T mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

#46- Tidak Mencaci Makanan
Tidak mencaci makanan. Jika suka, makanlah, jika tidak suka biarkan sahaja.

#47- Apabila Bertamu
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

#48- Tidak Meniup Makanan/Minuman Panas
Rasulullah S.A.W melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

#49- 3 Amalan
Rasulullah S.A.W menasihati jangan meninggalkan 3 amalan iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13, 14, 15 Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat witir.

#50- Tidak Tidur Meniarap
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah S.W.T.

#51- Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh
Dua rakaat solat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Mari kita amalkan sunnah Rasulullah S.A.W yang mudah ini. Bukti kita cintakan Rasulullah S.A.W.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!