Ibadah

Mandi di Bulan Ramadhan

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seseorang itu mandi sebelum waktu berbuka iaitu kira-kira setengah jam sebelum berbuka untuk memudahkannya untuk menunaikan ibadah jemaah maghrib di surau akibat kekotoran setelah bersukan? harap Ustaz dapat jelaskan.

Jawapan: Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).

Kesimpulannya, mandi pada bila-bila masapun hukumnya harus bagi orang berpuasa berdalilkan hadis di atas kerana tujuan mandi tidak lari dari apa yang dilakukan Nabi s.a.w. tersebut. Namun hendaklah ketika mandi itu jangan berlebihan hingga air masuk ke kerongkong (terutamanya orang yang mandi dengan berendam/berenang) atau air masuk ke dalam corong telinga (yang mengikut sebahagian ulamak akan membatalkan puasa).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/78.
2. al-Wajib Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-‘Aziz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 204.
3. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hassan Ayyub, hlm. 435.

BACA:  Percubaan Berpuasa Semasa tinggal di Malaysia Membuka Hati Gadis German untuk Memeluk Islam

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

30 Comments

  1. amin .. sesungguhnya .. hnya allah maha taw sumanya 🙂

    1. fasha sandha insaf

      semoga Allah menerima puasa kita semua dan berkenan memberikan redhaNya kepada kita..

  2. Jika puasa bagus kepada badan  kenapa tidak laku sepanjang tahun?
    Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah bahkan menyebab sakit kepala dan gastric. Puasa menyebab pekerja malas kerja dan kerja lambat mengakibat produktiviti lambat bahkan banyak pekerja ponteng kerja.  Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman moden ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa untuk bersaing dengan kaum lain. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. peace..! Tlg tarik blk kata2 anda yg bisa di kategorikan sbgai menghina agama islam.Jgn ikut sdp mulut sahaja untuk memberi pandangan yg sensitif jg boleh menyinggung perasaan org lain,lebih2 lg kpda setiap umat islam.Wlupun pada zaman moden ini penuh dgn saingan hidup tetapi kami jg sebgai umat islam perlu bersaing untuk hari akhirat yg mana kami harus dan diwajibkan untuk mengerjakan rukun islam yg ke tiga(3) iaitu puasa.Jadi tiada sumber yg mengatakan bahwa puasa itu sesuai untuk orang yg tiada kerja dan orang miskin.Dan siapakah anda untuk mengatakan bahwa puasa adalah ajaran kuno yg tidak sesuai dizaman ini.Subhanallah….!!!!! Tolong tarik balik kata2 anda,dan jgn sampai menjadi isu..Allah hu akhbar x3..

    2. moga Allah memberikan kepada saudara peace

      -Rasulullah berperang dan berperang ketika berpuasa di bulan ramadhan
      -byk peperangan dimenangi oleh umat Islam ketika di bulan puasa
      – zaman skrg, umat Islam masih boleh bekerja spt biasa esok pg, walaupun terawih habis jam 10 mlm lbh
      – bila berlapar, hati lbh tenang, kenyang mengundang rasa malas dan meningkatkan nafsu

      wallahua’lam

    3. syarif al farizy

      “sesungguhnya perintah Allah tidak ada yang sia-sia”. jagalah lidah dan lisan anda “khairunnas fi hisbillisan” manusia yang baik dilihat dari lidahnya.

      Pengaruh mekanisme puasa terhadap kesehatan jasmani meliputi berbagai aspek kesehatan, diantaranya yaitu :

      1. Memberikan kesempatan bagi alat pencernaan untuk beristirahat.
      2. Membebaskan tubuh dari racun, kotoran, dan ampas yang merusak kesehatan.
      3. Memblokir makanan untuk bakteri, virus, dan sel kanker sehingga kuman-kuman tersebut tidak bisa bertahan hidup.
      4. Menambah jumlah sel darah putih dan meningkatkan daya tahan tubuh. Pada minggu pertama puasa belum ditemukan pertumbuhan sel darah putih. Namun, mulai hari ketujuh (minggu kedua), penambahan sel darah putih pesat sekali. Darah putih merupakan unsur utama dalam sistem pertahanan tubuh.
      5. Menyeimbangkan kadar asam dan basa dalam tubuh.
      6. Memperbaiki fungsi hormon yang diperlukan dalam berbagai proses fisiologis dan biokimia tubuh. Hormon dikeluarkan oleh kelenjar endokrin dan hipofisis sebagai reaksi tubuh terhadap berbagai tekanan dan stres lingkungan. Kekurangan atau kelebihan produksi hormon tertentu akan berdampak buruk pada kesehatan tubuh. Misal ketika mengalami stres, hormon insulin dan adrenalin yang mengatur waktu lapar terganggu sehingga nafsu makan hilang atau bahkan datang lebih cepat. Kekurangan produksi hormon insulin berakibat munculnya penyakit diabetes, sedangkan bila berlebihan tubuh akan menderita hiperglikemia. Pada saat puasa orang akan bersabar dan berusaha menahan amarah dan senantiasa pasrah pada Tuhan. Hal itu akan membuat fungsi hormon berjalan normal sehingga irama hidup lebih harmonis.
      6. Meremajakan sel-sel tubuh. Ketika kita berpuasa, organ tubuh berada pada posisi rileks, sehingga mempunyai kesempatan untuk memperbarui sel-selnya.
      7. Meningkatkan fungsi organ tubuh. Puasa akan memberikan rangsangan terhadap seluruh sel, jaringan, dan organ tubuh. Efek rangsangan ini akan menghasilkan, memulihkan, dan meningkatkan fungsi organ sesuai fungsi fisiologisnya, misalnya panca indra menjadi lebih tajam.
      8. Puasa meningkatkan fungsi organ reproduksi. Hal ini terkait dengan peremajaan sel-sel yang berpengaruh pada sel-sel urogenitalis dan alat-alat reproduksi lainnya. Hormon yang berkaitan dengan masalah perilaku seksual tidak hanya dihasilkan oleh organ indung telur (estrogen) dan testis (testosteron), tetapi juga oleh kelenjar hipofisis.

    4. ketara sangat anti islam..
      plz hormat agama org,k bro…islam tdak memaksa kalu seseoarang itu tdak mo puasa..kerana itu hak individu..tapi puasa itu wajib n berdosa jika d tinggal kan…saya tidak buat ibadat posa…maka dia akn bayar d hari kiamat…so,jangan salah faham tentang posa…n puasa berperanan mnguji manusia sejau mna iman manusia itu…n merehatkan sistem pencernaan…tapi walaupon mejoriti yang berpuasa…bkan semua dapat nikmat puasa….krana ada yang befikiran mcm kamu…hehehe…apa pon saya harap kamu jangan lar buat kenyataan mcm nie lai k…

    5. salam…cuba kita ibaratkan perut manusia ini seperti kenderaan/kereta.
      apabila cukup masa atau jarak penggunaan maka kita perlu hantar ke bengkel untuk di service.tujuannya adalah untuk membaiki atau memastikan keadaan kereta itu berada dalam keadaan yang baik dan mampu untuk membawa penumpang dengan selamat.

      now…puasa ni ibarat diri kita sedang diservice.setelah 11 bulan kita makan tak tentu masa.perut kita bekerja overtime!so pasti akan mengalami masalah.jadi dengan berpuasa mampu membaiki perut dan system pencernaan kita…bersesuaian dgn hadis nabi muhammad saw ‘perut itu adalah sumber penyakit…maka kita hendaklah menjaga badan kita dgn cara menjaga perut kita dgn cara berpuasa.

      apalah sangat sebulan berpuasa jika dibandingkan 11 bulan tu.kereta kita tersadai di bengkel pun tidak menjai masalah sebab kita tahu ianya adalah untuk kebaikan kita juga.

    6. APA PUN AMAL YANG DILAKUKAN MESTI DI SERTAKAN DENGAN IMAN. ALLAH LEBIH TAHU APA YANG BAIK UNTUK HAMBANYA.

      ORANG YANG BERPUASA AKAN MERASA KEGEMBIRAAN SEBENAR KETIKA BERBUKA PUASA & KETIKA BERJUMPA DENGAN ALLAH..

      BILA KITA TIDAK MEMPUNYAI ILMU SUDAH SEMESTI KITA TIDAK AKAN BERAMAL. BILA AMALAN DITINGGALKAN, SUDAH TERBUKTI TAHAP KERAPUHAN IMAN.

      KEPADA SAUDARA PEACE.. LEBIH BAIK BERDIAM DARIPADA BERCAKAP SESUATU TANPA ADA KESAN KEBAIKAN. SEANDAINYA KAMU SEORANG MUSLIM, SAYA DOAKAN KAMU MENDAPAT PETUNJUK DARI-NYA. TAPI SEANDAINYA KAMU PENGANUT AGAMA LAIN, LEBIH BAIK UNTUK KAMU MENGHORMATI AMALAN DAN KEPERCAYAAN AGAMA KAMI SEBAGAIMANA KAMI MENGHORMATI YANG LAIN.

      SEMOGA KEBAIKAN DATANG UNTUK KAMU. 🙂

    7. saudara peace.. klu nak puasa,puasa kerana Allah.. bkn kerana lain.. insyaAllah,d permudahkn segala kerja2 kmu klu kmu niat kerana Allah.. Allahualam..

    8. peace maneh jiga henceut sapi sungutna euy..

    9. peace!! lo emang gila atau sengaja gila??
      http://www.islamituindah.my/panduan-puasa-syarat-syarat-sah-puasa, kamu juga menjelekkan puasa dgn komen/responmu!!
      disini juga begitu, smoga lo mengerti stlh penjelasan2 dari saudara2 mu’min dan diberi hidayah dari ALLAH SWT dan smg di bln ramadhan ini klo lo emg muslim ditunjukkan oleh-Nya nikmat berpuasa… dan klo elo bkn muslim smg diberi hidayah dan ilmu yg menjelaskan ttg kehebatan ibadah puasa dan doa mu’min/muslim di penjuru dunia….aamiin

      1. betul, ada 1 lg komen yg sama tp saya lupa link-nya. kata-katanya sama persis.

    10. jangan salahkn puasa tu..puasa yg sebenar2nya sgt indah dan byk manfaatnya,dapat melatih fizikal dan mental seseorang..yg merosakkan kebaikan puasa itu adalah manusia itu sendiri,dtg dr kelemahan manusia..puasa yg disyariatkan tidak mendatangkan kemudaratan pun kpd sistem badan manusia apatah lagi produktiviti seseorang..malah memberikan kesihatan yg lebih lg..Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamban2Nya..mungkin anda patut membuat kajian terlebih dahulu kebaikan pada org yg berpuasa,baru anda tahu kehebatannya..wallahualam..

    11. anti-kafir harbii

      semoga “peace” yg mungkin merupakn murtad, kafir laknatullah ataupun sesat lg khurafat seperti ayah pin-pong akan beroleh al-hidayah untuk mencintai dan memahami keindahan Islam yg sebenar. kenyataan serta pemikiran “peace” adalah terlalu sempit, jumud, kuno dan ortodoks, maka “peace” tidak layak menghina atau mempertikai ibadah2 dlm Islam. hamba yg bekerja sebagai mekanik jentera berat di Tebrau, Johor tidak pernah sekali pun meninggalkan ibadah puasa dan solat walaupun kadangkala bekerja ditengah2 panas dan keringat. justeru itu, puasa bukanlah alasan utk mngurangkan produktiviti kerja ataupun penyebab keletihan yg menjejaskn keseluruhn kehidupn manusia, anda tak perlu takut dan taksub kpd perkara negatif, bentuklah ‘state of mind yg positif’, asal melakukn ibadah dgn ikhlas pd Allah, fokus dan yakin dgn sepenuh kepercayaan, insyaAllah, jalan hidup kita dipermudahkan dgn barakah. wallahualam.

    12. Kajian saintifik menunjukkan berpuasa mengikut cara yg diajar oleh Islam sememangnya baik untuk kesihatan. Memanglah pada seminggu pertama badan akan sedikit letih kerana belum biasa & pada masa tersebut badan sedang membuang toksik2 dlm badan. Orang malas puasa memang banyak alasan. hehe. Kalau kaya sekalipun nak makan berapa kali sehari baru cukup? Lapan pinggan? Habis ke? Kaya atau miskin sama shj dua tiga kali makan je sehari. Kalau makan lebih x sihat jgk kan? Kalau puasa pun blh makan 2-3 kali sehari jgk.. Masa sahur, berbuka & moreh.. Cuma masa je yg terhad.

    13. mgkn anda bukan muslim, tu sb anda membuat kenyaan spt itu..tetapi jika anda merupakan muslim, ternyata ini antara tanda2 kecil kiamat..

    14. Rasanya encik Peace ni non-muslim. Encik ni agama apa ye? Tapi x kisahlah agama apa pun, yg pastinya smua agama ada ‘puasa’ masing2. Nabi Musa & Jesus dulu pun puasa jgk.. Rasanya encik ni saja nak provok je ni.. Ataupun saja nak menafikan kelebihan ajaran Islam. Padahal dah tau Islam tu benar.. Biasalah, org agama lain memang jeles dgn Islam. Sbb x ada kekurangan langsung. Jadi sbb tu lah cuba lontarkan tuduhan2 yg x berasas. Akhirnya bila diteliti dari pelbagai sudut sama ada sudut sains atau perubatan, ternyata segala ajaran Islam itu benar & indah! Tuduhan melulu tadi cuma menampakkan kbodohan musuh2 Islam. Sbb tu ulamak kristian paling takut berdebat secara berdepan dgn ulamak Islam. Sbb gerenti kalah punya.. So marilah masuk Islam krn Islam terbukti benar. Jesus pun dah terbukti Islam.. http://english.alarabiya.net/articles/2012/07/23/227956.html

    15. Encik peace; bila satu perkara tu baik, x semestinya kena buat hari2 atau sepanjang tahun. Contohnya, servis kereta tu bagus, tp xkan nak servis kereta hari2 pulak.. Adoi.. Servis bila perlu jelah.. Tp kalu rajin sgt no problem..hehe.. Kajian saintifik menunjukkan berpuasa mengikut cara yg diajar oleh Islam sememangnya baik untuk kesihatan. Memanglah pada seminggu pertama badan akan sedikit letih kerana belum biasa & pada masa tersebut badan sedang membuang toksik2 dlm badan. Orang malas puasa memang banyak alasan. hehe. Kalau kaya sekalipun nak makan berapa kali sehari baru cukup? Lapan pinggan? Habis ke? Kaya atau miskin sama shj dua tiga kali makan je sehari. Kalau makan lebih x sihat jgk kan? Kalau puasa pun blh makan 2-3 kali sehari jgk.. Masa sahur, berbuka & moreh.. Cuma masa je yg terhad tapi sihat pun dapat.. Lg plk puasa ni bkn sj utk servis badan bahkan utk servis jiwa. Oh ya, rasanya encik Peace ni non-muslim. Encik ni agama apa ye? Tapi x kisahlah agama apa pun, yg pastinya smua agama ada ‘puasa’ masing2. Nabi Musa & Jesus dulu pun puasa jgk.. Rasanya encik ni saja nak provok je ni.. Ataupun saja nak menafikan kelebihan ajaran Islam. Padahal dah tau Islam tu benar.. Biasalah, org agama lain memang jeles dgn Islam. Sbb x ada kekurangan langsung. Jadi sbb tu lah cuba lontarkan tuduhan2 yg x berasas. Akhirnya bila diteliti dari pelbagai sudut sama ada sudut sains atau perubatan, ternyata segala ajaran Islam itu benar & indah! Tuduhan melulu tadi cuma menampakkan kbodohan musuh2 Islam. Sbb tu ulamak kristian paling takut berdebat secara berdepan dgn ulamak Islam. Sbb gerenti kalah punya.. So marilah masuk Islam krn Islam terbukti benar. Smogaberoleh hidayah.. Jesus pun dah terbukti Islam.. http://english.alarabiya.net/articles/2012/07/23/227956.html

    16. Encik peace; bila satu perkara tu baik, x semestinya kena buat hari2 atau sepanjang tahun. Contohnya, servis kereta tu bagus, tp xkan nak servis kereta hari2 pulak.. Adoi.. Servis bila perlu jelah.. Tp kalu rajin sgt no problem..hehe.. Kajian saintifik menunjukkan berpuasa mengikut cara yg diajar oleh Islam sememangnya baik untuk kesihatan. Memanglah pada seminggu pertama badan akan sedikit letih kerana belum biasa & pada masa tersebut badan sedang membuang toksik2 dlm badan. Orang malas puasa memang banyak alasan. hehe. Kalau kaya sekalipun nak makan berapa kali sehari baru cukup? Lapan pinggan? Habis ke? Kaya atau miskin sama shj dua tiga kali makan je sehari. Kalau makan lebih x sihat jgk kan? Kalau puasa pun blh makan 2-3 kali sehari jgk.. Masa sahur, berbuka & moreh.. Cuma masa je yg terhad tapi sihat pun dapat.. Lg plk puasa ni bkn sj utk servis badan bahkan utk servis jiwa. Oh ya, rasanya encik Peace ni non-muslim. Encik ni agama apa ye? Tapi x kisahlah agama apa pun, yg pastinya smua agama ada ‘puasa’ masing2. Nabi Musa & Jesus dulu pun puasa jgk.. Rasanya encik ni saja nak provok je ni.. Saja nak menafikan kelebihan ajaran Islam. Padahal dah tau Islam tu benar.. Biasalah, org agama lain memang jeles dgn Islam. Sbb x ada kekurangan langsung. Jadi sbb tu lah cuba lontarkan tuduhan2 yg x berasas. Akhirnya bila diteliti dari pelbagai sudut sama ada sudut sains atau perubatan, ternyata segala ajaran Islam itu benar & indah! Tuduhan melulu tadi cuma menampakkan kbodohan musuh2 Islam!. Sbb tu ulamak kristian paling takut berdebat secara berdepan dgn ulamak Islam. Sbb gerenti kalah punya..sejarah tlh pun membuktikan.. 🙂 So marilah masuk Islam krn Islam terbukti benar. Semoga beroleh petunjuk.. Jesus pun dah terbukti Islam.. http://english.alarabiya.net/articles/2012/07/23/227956.html

    17. Astagfirullahalazim…..Tidak ada org yg mati kerana berpuasa…tp ada org yg mati sbb terlebih makan..

  3. salam,ada sape2 bole pjelaskan lg tk,bkenaan mandi junub dibulan puasa,sy smpai btegang urat dgn sahabat sy,dia mnegakkan kata2 bhwa mandi junub bole saja dibuat disiang hari,dan meneruskn puasa mcm biasa,tp pd pgetahuan sy,mandi junub harus dilaku kn di waktu sblum subuh,lalu kita bole menunaikan solat subuh,dan bpuasa pd siang harinya..mcmane kalo disiang hari bru nk mandi junub,mcmane dgn solat subuh??harap dpt sahabat2 share pkara ni.

    1. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

      ~berdasarkan hadith ini..tiada masalah untuk mandi junub kalau disiang hari semasa berpuasa… harap huda memahami hadith ini dengan benar.. asalkan jangan melakukan perkara yang membatalkan puasa disiang hari, berkenaan dengan solat subuh tu, sepatutnya kena mandi junub dlu baru solat subuh, nanti tidak sah pula, namun kalau terlajak tidur sehingga siang, mandi junub dlu, then solat subuh , dan berpuasalah seperti biasa….

  4. Bace statements tu peace..jgn sedap mulut jer bile berbicara!!

  5. info yang bagus

  6. Assalamualaikum, apa kah hukum memberus gigi (menggunakan colgate) kira2 2 jam sebelum berbuka puasa. Mohon jelaskan..

  7. hanya orang bodoh goblok n tidak berpendidikan atau banci or bencong yg bilang puasa merusak badan bikin lemas malas kerjA…..

  8. alhamdulillah puasa tetap sah
    makasih infonya ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!