Akidah

Maksiat undang bala daripada Allah

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah
ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)

Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).

Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah.

Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).

Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).

Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel.

Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah
satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).

BACA:  Fakta gejala murtad di Malaysia

Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu.

Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat Ahmad).”

Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.

Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis.

Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: “Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka.”

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

42 Comments

  1. Alhamdulillah, negara kita masih selamat dari sebarang bencana. 🙂

  2. Jika Allah berkuasa dan pemurah kenapa ia tak menyekat peperangan, gempa bumi, tsunami dan banjir menyebab banyak kematian tehadap orang yang tak berdosa seperti budak, orang baik, beriman ? Jelas sekali Allah tidak wujud ini cuma ciptaan pencipta agama untuk dapat kuasa dan kekayaan. Bangsa apa yang pertama di dunia ini ? Kenapa boleh menjadi banyak bangs dunia Semarang?. Pemimpinlah yang menyebab pembahagian agama, bangs, adat dll untuk kekuasannya. Ada pemimpin mengguna nama Allah untuk malamatnya seperti kuasa politik, sokongan, kekayaan untuk menaluk tempat orang lain. Jika Allah berkuasa ia tidak perlu hantar rasul beritahu kita meyembah dia dan mengikut ajaran dia. Jika dunia ini cuma Muslim bertuah kenapa negara Islam peperangan tak habis-habis ? Kemiskinan, keburulan, kemarau, banjir, gempa bumi, tzunami berjadi-jadi? Kenapa Allah tak datang menolong? Kenapa non-Muslim kelahiran masih banyak dan kebanyakan mereka kaya, maju dan aman ? Jelas sekali pada zaman moden ini kita masih percaya agama karut Dan kuno kita akan ketinggalan zaman.

    1. Kepada peace, pertama sekali saya ingin tanya jika kamu muslim atau tidak? kamu tanya kenapa banyak kematian org2 yg bermukmin? kenapa allah menghantar rasul? kenapa negara islam banyak peperangan? kenapa non muslim ada byk kemajuan?

      kamu tidak sedar bahawa byk kematian non muslim juga. di alam kubur, mereka akan diseksa seteruk-teruknya, allah sudah memberi mereka peluang untuk mencari hidayah tetapi mereka terlalu jahil untuk mengambil peduli. bagi kematian muslim pula, allah terlalu sayang mereka hingga tidak sanggup melihat mereka terpesong akidah jika berada lama di dunia ini.mereka akan berada di syurga bersama dgn allah di akhirat kelak.
      dan kamu tidak baca yang bahawa rasul adalah pesuruh allah. the messenger of allah. cuba kamu bayang, nak hantar surat dari kedah sampai johor, kamu nak hantar sendiri ke? dan kemajuan non muslim, memang tidak dinafikan ada sebahagian bekerja keras. di negara kita, politik yg masalahnya, bukan agama. kalau negara kita kaya, ada ke sepanjang masa kita ingat kepada allah dan bersyukur? cuba kamu perhati, negara non muslim ada kemajuan tetapi byk bencana. negara kita pula sedikit kemajuan & sikit bencana berbandingnya. waalahua’alam, allah ada memberi hikmah secara tersendiri.

    2. Kepada peace, pertama sekali saya ingin tanya jika kamu muslim atau tidak? kamu tanya kenapa banyak kematian org2 yg bermukmin? kenapa allah menghantar rasul? kenapa negara islam banyak peperangan? kenapa non muslim ada byk kemajuan?

      kamu tidak sedar bahawa byk kematian non muslim juga. di alam kubur, mereka akan diseksa seteruk-teruknya, allah sudah memberi mereka peluang untuk mencari hidayah tetapi mereka terlalu jahil untuk mengambil peduli. bagi kematian muslim pula, allah terlalu sayang mereka hingga tidak sanggup melihat mereka terpesong akidah jika berada lama di dunia ini.mereka akan berada di syurga bersama dgn allah di akhirat kelak.
      dan kamu tidak baca yang bahawa rasul adalah pesuruh allah. the messenger of allah. cuba kamu bayang, nak hantar surat dari kedah sampai johor, kamu nak hantar sendiri ke? dan kemajuan non muslim, memang tidak dinafikan ada sebahagian bekerja keras. di negara kita, politik yg masalahnya, bukan agama. kalau negara kita kaya, ada ke sepanjang masa kita ingat kepada allah dan bersyukur? cuba kamu perhati, negara non muslim ada kemajuan tetapi byk bencana. negara kita pula sedikit kemajuan & sikit bencana berbandingnya. waalahua’alam, allah ada memberi hikmah secara tersendiri.

      1. Assalammualaikum saudara/saudari hamba allah…

        jangan dihiraukan orang2 yg sesat tu..ckp2 dorang tu bikin skit hti ja…semoga dorang mndapat hidayah..

        1. waalaikum’salam, marissa. tak tahu la, nak tunjuk apa yang sudah sedia di depan dia tapi siapa la saya..saya cuma budak hingusan lagi

    3. datok kamu bangsa apa dan beragama apa,,,,macam mana datok kamu cipta bapak kamu,diuat dari apa,,,kayu kah?siapa yang nampak,,,apa bukti jawapan kamu,,,,bapak kamu buat kamu macam mana,,,,,bila,,,dari apa,,,najis kah,,,,siapa yang nampak,,,apa bukti jawapan kamu,,,,jawap denan detail,,,,,,,,siapa tuhan kamu,,itu soalan paling penting.

    4. saya tidak mengira siapa diri Peace sebenarnya, muslim @ non-muslim itu bagi saya Peace masih belum mendapat hidayah dari Allah swt. mudahan-mudahan nkau akan menerima hidayah dari Nya suatu hari kelak.
      untuk mengenali diri kita, perlu kita reverse tentang kehidupan dan asal usul diri kita ini… dalam dunia yg semakin sempit dan sesak dgn manusia.. kita perlu toleh kebelakang dan kembali kezaman kuno dari mana asal nya manusia ini… diri kita, bapa, datuk, nenek, moyang.. dan seterusnya semakin menguncup sehinggalah kita mendapati bahawa asal usul manusia ini… orang yg pertama lahir di muka bumi ini… pertanyaan saya kpd saudara Peace… siapa kah org yg pertama ini, siapakah yg melahirkan nya, bagaimana ia dilahirkan (kerana ia tiada beribu..) dan dari mana ia belajar utk terus hidup di muka bumi ini…
      kepada saudara Peace saya berpesan supaya mencari jawapan nya… dan kembali keruangan ini dengan jawapan anda….

    5. Ssaudara peace, saya merasa sedih dan meragui mental anda kerana anda bertutur seolah-olah anda terlalu naif tentang kehidupan. Anda tidak mempercayai kewujudan Tuhan yakni Allah swt. semua agama mempercayai ujudnya tuhan tidak kira apa pun agama yang dianuti. Semua agama menyeru kepada kebaikan, kemakmuran untuk semua umat manusia.

      Allah menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini dengan akal fikiran yang waras. Semua yang ada di alam fana ini memiliki penciptanya. Siapa yang mencipta rumah tempat awak berteduh kalau bukan tukang buat rumah. Rumah itu tidak akan berdiri sendiri tanpa ada yang membinanya. Kereta yang awak pandu kesana kemari (itu pun kalau awak pandai memandu kereta) siapa yang menciptanya, sudah tentu ada yang merekaciptanya, kereta itu tidak akan tersadai ditepi jalan menunggu orang datang mengambil dan menjualnya. Begitu juga dengan bangunan yang tinggi mencakar langit yang terlalu gah dipandang tidak akan terpacak sendiri tanpa ada yang menciptanya.

      Begitu juga dengan manusia…..sudah tentu ada penciptanya. Allah swt mencipta manusia di muka bumi ini untuk saling memerlukan. Allah menjadikan manusai dari pelbagai kaum dan bangsa keturunan dan agama supaya manusia berfikir tentang zat Nya. Namun kerana nafsu manusia saling sengketa dan bermusuhan. Kerana kerajinan mereka berfikir menjadikan mereka berbeza-beza kepakaran namun sifat tamak haloba menjadikan manusia jadi lupa tentang pencipta mereka. Lalu Allah turunkan bala bencana supaya mereka sedar.

      Saudara Peace……begitu banyak bukti kewujudan Allah yang boleh awak pandang (kalau awak boleh melihat), namun manusia yang tidak waras akalnya sahaja menafikan kewujudan Allah ini kerana nafsu ego dan kebodohannya. Saya sangat bersedih kerana awak memiliki akal yang tetapi tidak menggunakannya. Kalau awak tanya kenapa Allah swt tidak menciptkan saja rumah, kereta, bangunan untuk umat manusia…..sudah tentu Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa, Dia memberi peluang kepada umat manusia untuk menggunakan akal fikiran untuk mencipta semua itu. Kalau Allah mahu, sudah tentu umat manusia yang menghuni dimuka bumi ini tolol tolol belaka kerana samua benda sudah disediakan tiada ahli fikir yang bijaksana sekarang ini.

      Allah memberikan manusia akal fikiran untuk berfikir. Kalau awak tanyakan kenapa Allah jadikan Tsunami, ribut taufan, tanah runtuh dan sebagainya. Pernahkah awak terfikir jika kejadian sedemikian itu tidak berlaku adakah manusia yang akan mengkaji “kenapa dan bagaimana” sesuatu itu terjadi, sudah tentu tidak bukan. Semua yang berlaku dialam fana ini adalah atas kehendak Allah swt, sebagai makhluk yang memiliki akal fikiran kita dituntut untuk memikirkannya dan mengambil pengajaran serta pedoman dari setiap kejadian itu.

      Saudar Peace, jika awak seorang muslim bertaubatlah selagi ada kesempatan usah mempertikaikan kebesaran Allah. Namun jika awak seorang non muslim….saya percaya ibubapa nenek moyang awak memiliki agama. Berfikirlah dengan akal fikiran yang tenang saya mendoakan semoga awak akan mendapat taufik hidayat dari Nya.

      Sesungguhnya Allah swt tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa sebab, maka fikir-fikirkanlah…….. Allah swt Maha Mengetahui.

    6. Astarfirullah hal azhimm…..Saya amat terkejut membaca komen anda…Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kpd anda jika sekiranya memang anda seorang yg beragama Islam..Saya sedekahkan sedara Al-Fatihah..

      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
      Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam;
      Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
      Yang menguasai Hari Pembalasan.
      Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
      Tunjukkanlah kami jalan yang lurus;
      (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

  3. Saudara ” hamba allah” ! Awak perlu belajar sains dan geografi dimana negara seperti di Malaysia tempatnya bukan bergempa bumi jadi mana boleh gempa bumi? Kenapa anda tidak berfakir di negara seperti Indonesia kebanyakan beragama Islam dan mereka selalu menghadapi masalah gempa bumi dan tsunami? Jadi kenapa Allah  tak menolong? Adakah Allah pemurah atau pelampau? Di sini saya ingin menjelaskan sekali bahawa di dunia ini semua manusia adalah sama pemimpinlah yang menyebab pembahagian agama, bangsa, adat dll untuk kuasa politik dan kekayaan. Jadi kita sesama manusia jangan percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. Kepada Saudara Peace….

      Astaghfirullahhalazim…..laknatullah …. tunggulah pembalasan dari Allah s.w.t….

    2. Ya Allah.. Kau berilah petunjuk kpda manusia seperti ini Ya Allah.. Kau tunjukkanlah kekuasaan Mu Ya Allah.. moga dia mendapat rahmat dari Mu.. Kau peliharalah iman kmi supaya tidak terpesong angkara org2 seperti ini Ya Allah.. Aminnn…
      sesungguhnya sya percya bahawa ada hikmah d’sebalik kejadian.. mengapa Tuhan turunkan bencana dan malapelaka seperti apa yg awak ckap kan 2 semua dah terjwab dlam Al-Quran.. sains dan geografi hanyalah ramalan manusia.. mgkin 90%nya adalah benar.. tpi kekuasaan Allah mengatasi segala2.. setelah kejadian tsunami di indonesia.. seramai 6 org non-muslim yg berlindung d’dlam masjid semasa kejadian memeluk agama islam.. mengapa..?? kerana mereka nmpk apa yg org islam sendri tidak nmpak.. kenapa mereka berlindung d’dalam masjid ketika itu sedangkan mereka tahu itu adalah rumah Allah..?? tmpat org2 islam menunaikan ibadat dan bersujud kpda Allah.?? knpa mereka tidak berlindung d’bwah “batu” yg mereka sembah dan percaya itu adalah Tuhan mereka..?? dan knapa masjid tempat mereka berlindung sedikit pon tidak terjejas dan rosak serta musnah seperti batu2 yg mereka sembah..?? bukankah klu dri segi buatannya adalah menggunakan batu jga..?? manusia jga yg membinanya kan..?? bleh jwab soalan sya ini pula..??

    3. doa kami, semoga Allah memberi petunjuk kepada anda.amin

    4. Kepada PEACE,

      Kalau anda beragama ISLAM :

      Jika tidak mengenal ALLAH, belajar mengenaliNya melalui SIFAT (sifat Allah), AF’AL (perbuatan Allah), ASMA’ (nama-nama ALLAH) dan ZAT (zat Allah). InsyaAllah dapat jawapan kepada soalan2 kamu.

      Kalau bukan agama ISLAM :

      Percayalah pada agama yang anda anuti.Terokailah agama kamu.pasti kamu menemui jawapan.

      Kalau tidak beragama :

      Berambus dari Malaysia kerana Rukunegara Malaysia yang pertama is Believe In GOD.

      Moral : Manusia memang akan memusuhi perkara yang dia jahil.

    5. Astagfirullahalazim,mengucap lah,sessungguhnya Allah Maha besar ,Maha Mengetahui,dari dia datang kebaikan Dan juga keburukan .Terjadi keburukan krane Manusia juga,jangan la lupa diri,sessungguhnya diri ini hanya pinjaman yg kekal nnti di akhirat.May Allah forgive our sin and show us the true path,Amin ya rabbal alamin.

    6. Saudara “peace”, awak tidak melihat bahawa di indonesia, ramai bergelar mereka muslim namun, mereka tidak berfikir secara islam. Contohnya, seorang wanita daripada indonesia mengahwini dengan anak sendiri. Alasannya, rupa anaknya macam arwah suaminya dan anaknya terpaksa rela dengan kehendak maknya. Siap masuk tv show lagi tanpa segan-silu dan masih bergelar dirinya islam. Kes2 seperti itu banyak berlaku di negara sana. Di Bali, siap ada pantai bogel lagi, ada berlambak dengan pondan di situ.

      Dan pasal pembahagian, mereka perlu mematuhi perintah allah atau penghasutan syaitan tetapi sayangnya, kebanyakan mereka memilih sebaliknya. namun ini semua ujian, cuma awak boleh bertahan atau tidak. tapi rasanya awak tidak kan? dan apa yang membuat bumi? big bang. siapa yang membuat big bang? atom? black matter? semua takkan terjadi dengan sendiri. dan agama islam sesuai dengan semua zaman, cuma awak menafikan. renung-renungkanlah.

    7. pada saudara peace..awk kna ingt jg negara non muslim sperti jepun jg sllu blakunye bncana..

    8. ALLAH..trunkn bala mcm bencana alam n yg lain spaya utk mgingtkn pda umt muslim supaya stiasa prbaiki blik akhlak mereka..adakah tuhan kamu jg mgingatkn kamu ttg dosa yg umt kamu lakukn sperti mn ALLAH MGINGATKN BALASAN DOSA kpada umt mslim….!!!!

    9. Peace, adakah awak seorang Muslim atau athiest/tkde agama?. apa yg awak ktakn memang hnya brdasarkn kajian2 yg dbuat oleh para ilmuan. tapi tk prnahkh awak trfkir dri mna durang dapat ilmu? apakh yg mmbuatkn durang dahagakn ilmu? knpa prlu mmbuat kajian tentang sesuatu ilmu? apakah yg mmbuatkn manusia berubah dari zaman yg belum ada pljaran geografi dll kepada ‘ada’ msa kini?

      jika awak kaji betul2 sapa yg mula2 skali mngkaji psal ilmu2 ne, sbnarnya org2 Islam sndri, tpi maklumlh org2 barat slalu mnutup kbenaran, kononnya negara dorang yg mula2 mnkaji psal ilmu2 ne.

      prnah dengar psal perang salib? dalam peperangn ne lah org kafir telah memusnahkn satu prpustakaan kepunyaan Islam, dan mengambil bku2 yg ada di dalmnya, krna trtarik dngan kajian2/ilmu2 yg dbuat oleh org Islam tu sndri, dlm perang ne juga mnyedarkn org2 barat bhwa Islam itu sudah mmliki kemajuan dan ketamadnan. klu nk aku crita lgi, memang tkkn hbis ler~.. yg pnting dlm peperangn tu bnyak org yg masuk Islam.

      Islam bukan ajaran kuno, tapi eanya adalah the way of life~ atau panduan hidup kita. klu betul lah peace yg awak ne tkde panduan hidup, jdi knpa ko prlu hidup? bukan kh kita smua pasti akan mati/tidak kekal? mudahan2 awak dapat hidayah Amin… saya yakin yg awak pasti akan merasakn kelainan, jika mndapat hidayah, daripada rsa dri kosong kpda tk kosng 🙂 .

      Allah itu memang Maha Pemurah, tapi seksaan Allah amatlah keras, ingat prkataan ini baik2 peace~..

      peace tk bca ker article kt atas tu? kn dh kna jelaskn dh, klu bnyak org yg melakukan maksiat, apath mlakukn kmungkaran yg besar! maka dengan adanya bncna boleh mengigtkn durang untuk kmbali kpda Allah~. so, dsni nmpak sape yg pelampau sbenarnya; manusia itu sndri yg melakukn kmungkaran~

      tk kiralah kwasan tu aktif gunung berapi ke tidak, tidak mustahil tmpat yg sepatutnya tkde gmpa bumi, boleh jdi ada, na’uzubillah min zalik~

      knpa Allah tk tolong? adakh mereka brdoa meminta prtolongan Allah? adakah mereka suci dari sebarang dosa2 yg dilakukn? negara Indonesia masih lagi wujud, Alhamdulillah, bukankh itu satu prtolongn Allah. peace awak masih lgi hidup, tidakkh awak brsyukur? sape yg bgi awak untuk trus hidup, sapelah yg bagi awak nyawa tuk trus hidup tu, Pemurah betul lah~

      soal golongan/pemimpin ne, memang ada dlam Qur’an, p maaf saya tk ingat surah mana -.- ..

  4. Yalah ! Mana Allah ? Kenapa ia kejam? Kenapa tak nasihat? kan kita ciptaannya.

    1. Astagfirullahal’azim~, Zamanbaru, Allah itu Maha tinggi dan Maha Halus, Allah itu berada di Arasy yg patut kita imani/prcayai bgi yg bragama Islam.

      adakah kamu Islam? wahai Zamanbaru?. tidak kiralh Islam atau tidak keimanan memang tidak dapat dijual-beli/diwarisi, melainkan seseorang itu benar2 mmpelajari dan mndalami ilmu ugama Islam, paling tidak mengetahui prkra2 yg wajib untuk dketahui sprti sifat2 Allah.

      Ingatlah wahai saudara/i Allah itu tidak kejam. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, tpi perlu diingat bahawa seksaan Allah amatlah keras!, prkara ini sudah dijelaskn didlam Al-Qur’an. jadi bagi kita umat manusia yg dberi aqal fikiran, prlulh mmkirknnya.

      Ingat, Allah tidak akan mencelakakan sesuatu negeri/kaum melainkan mereka sndri yg mncelakakn/mnzalimi dri sndri. pham maksud yg saya cuba terangkn?, mksudnya bncna tu adalh dsebabkn prbuatan manusia sndri, sehingga mnyebabkn Allah turumkan bala; knpa Allah trnkn bala? supaya manusia ingat kmbali kpda Allah, memandangkn manusia memang makluk yg mudah lupa.

      knpa tak nasihat? jwapnnya ada di dlm Al-Quran dan juga hadis. perenggan di atas juga merupakan slah satu dripada jwapannya. dlam Qur’an ada bnyak nasihat yg prlu diambil. ingat Qur’an itu Kalamallah/firman Allah/ Kata2 Allah.

      saya amat brharap suapaya Zamanbaru, mndapat jwapannya dan dberi petunjuk dan hidayah, Amin~

  5. peace sy nak bertanya ngan kamu, kamu berafas menggunakan apa??dari mane anda dapat sumber utuk bernafas…anda dapat berjalan dari mana anda dapat berjalan n bagai mana anda boleh berjalan…anda bertanyakan sains dan geografi dari mane datang nya ilmu sain dan geografi..siapa yg menurunkan ilmu sains dan geografi…

  6. looking the truth

    Peace have no religion or belief..its better to have religion than u dont have any. are u a communist?dont have even one religion.

  7. Pencinta Kebenaran

    kepada ‘Peace’ : “Awak perlu belajar sains dan geografi dimana negara seperti di Malaysia tempatnya bukan bergempa bumi jadi mana boleh gempa bumi? Kenapa anda tidak berfakir di negara seperti Indonesia kebanyakan beragama Islam dan mereka selalu menghadapi masalah gempa bumi dan tsunami? Jadi kenapa Allah tak menolong? Adakah Allah pemurah atau pelampau? Di sini saya ingin menjelaskan sekali bahawa di dunia ini semua manusia adalah sama pemimpinlah yang menyebab pembahagian agama, bangsa, adat dll untuk kuasa politik dan kekayaan. Jadi kita sesama manusia jangan percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.”

    sangat kelakar kata-kata anda..kita xperlu pergi jauh. cukup la sekadar awak jawab soalan saya ni, siapa yang menjadikan awak / mencipta awak? pemimpin jugak kah? kat mana diorang cipta gas oksigen supaya awak dapat bernafas? ha, jawab tu je dulu..kalo itu pun xdapat nk jawab, JGN tanya la soalan2 lain lagi..

  8. sekiranya tuhan en “peace” mampu menahan gempa bumi,peperangan dan kekejaman,tsunami dan sebagainya..,knapa tuhan en tidak berbuat demikian..?? atau pelajaran “moden” yg en pelajari terlalu hebat sehingga syg utk d’guna pakai, utk menghalang perkra2 begini terjdi..?? dan bleh buktikan pda kmi org islam apa pelajaran moden yg en pelajari itu mampu utk ubah tsunami dan gempa bumi dan apa bakti pelajaran moden yg en pelajari itu utk menyelamatkan manusia2 dari bencana2 pada muka bumi..??

    apa yg terjdi kpda negara2 yg menerima bencana itu adalah janji Allah.. rsanya awak perlu buka minda awak utk “pelajaran kuno” yg kmi pelajari dan tidak hya tertumpu hya pda perkra2 moden, yg hya awak tau sekarang.. sbb itu melambangkan kesempitan akal awak.. “kuno” yg awak ckp kan adalah sejarah.. sejarah tetap sejarah.. tidak boleh d’ubah.. politik yg berlaku adalah sifat busuk hati manusia s’dri.. tidak ada kaitan dgan Allah..

  9. duduk dan dongak ke langit..lihat bintang-bintang dan bulan..bayangkan dari mana asal kejadiannya..logiknya mesti ada permulaan..logiknya mesti ada penciptaan..Allah maha besar!

  10. Setiap sesuatu ade PenciptaNya….

  11. siapala gerangan peace ni.klakar sungguh..kahkahkah..ckp pkai lutut ke…ngeee..

  12. assalam kpd umat2 islam.. 1st aku nk ucapkn eh pandainya en peace di atas ni brfikir.. oh ya maybe u ni up to date aku rasa ko ni non muslim xpala aku xkisah yg tu mmg keje org kafir nk sesatkn org islam aku nk tnya ko ni boleh hidup kekal ker?? klu allah tlg umat manusia so.. lebih baik xpyh hidup kt bumi ni.. nk tahu x sbb apa aku ckp mcm tu.. manusia hnyalah dberi ujian darpada allah saja samada manusia tu bleh beriman atau tidak kpdanya.. klu ko nk tahu al quran tu lbh hebat dari sains sbb apa yg trtulis didlmnya adalah benar dan byk trjadik bencana2 yg trjdk ni pun sudah byk trcatat dr dlm al quran klu ko ni muslim ko mngucap pnjang n kaji btl2 psl islam klu ko non muslim.. haha ko tgkla kitab sains ko tu.. apa2 pun kami disini hnya mmpu gelak ketawa dgn pandangan ko tu sbb kmi percaya dgn allah s.w.t n kmi sgt2 sygkn allah

  13. Wahai si peace siapa la awk nie….klu xkerana allah mcipta anggota mu entah kamu mst xblh nak hdp kat dunia nie…sdr kah kamu dgn bnyawanya km kmu dpt pljar ilmu kono kmu tu…klu dah rasa pdai sgt baik bdiam diri je drpd kamu akan trima pbalasan atas keangguhhan kamu ego yg tlampau…knon kmu lg hebat…bg kami yg islam kat sni hny pcya allah tu maha berkuasa dan allah yg satu……klu kau bkan islam xpyh nak sibuk ptikai agama kami….klu islam hti pnuh dgn iblis xguna jgk hg tu hdp…btaubat la sblm tlmbat…allah maha penganpun….klu xske lg jgn tgk dan baca apa yg ada kat atas tu kami….bkan nak dgr pdpat yg xmsk akal tu…….jgn tgu dh kena br nak insaf ye….
    Bg kawan lain pny pendpt aku skong kamu ckp apa kcuali org xsiuman je kt aku xstuju….

  14. sgtlh laknat kw peace
    trangilah drimu dgn iman
    agar kw kmbli k jlan yg bnar
    apkh agama yg kw smbh?
    bila iteu apa ataukah
    dptkh kmu mmbwt.a
    sprti patung manusia bs mmbwt.a
    jd mnusiakah yg kau sembah
    jka iteu sprti bneka org mati
    bwt ap kw mnymbh.a
    apakah dia hidup
    na’uzubillah

  15. bukan kah kita di ajar untuk nasihat menasihati? seperti surah al asr..
    Tafsir Surah al-`Asr (103)
    PENTAFSIRAN AYAT 1-3
    Islam Sebagai Manhaj Hidup
    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
    وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ(3)
    Terjemahan:
    [103: 1] Demi Masa!
    [103: 2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
    [103: 3] Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

    adakah masih timbul keraguan apabila kita di suruh beramal soleh dan berpesan-pesan… adakah kita sudah berpesan? jika tidak jangan salahkan allah swt apabila azab datang kepada kita walau kita org beriman.. kerana kita tidak menurut suruhannya sepenuh nya..

  16. Apakah agama yang dianuti oleh en peace sehingga sesat lgi menyesatkan,,,
    Adakah en peace nie tugasnya memang untuk menyesatkan org2 muslim,,,
    wallah’hualam,,,

    BismillahirRahmanirRahim
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    112. Al-Ikhlas

    [1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

    [2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

    [3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

    [4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”

    Cukuplah ayat-ayat nie untuk menjelaskan segala-galanya,,,
    Untuk en peace renung-renungkanlah,,,
    Buatlah kajian dengan sedalam dalamnya,,,
    Smoga en peace mendapat ape yang dicari…

  17. Hamba Allah yg inginkn moga keampunan.. pintu2 hatiku terbuka utk allah.

    Peace.. lu ckp xfikir gune otak~! main lepas jer.. sorry!
    agama islam indah.. apa yg terjadi d’muka bumi ini,
    apa yg tercipta d’dunia ni, semua nya kekuasaan allahh…

    Aku mohon lindungan pada allah dari syaitan yg kejam!
    allah tidak ada tuhan melainkan dia ..yg hidup kekal lagi tidur..
    Kepunyaanya apa yg ada dilangit dan dibumi.. siapakah yg dapat memberi pertolongan disis allah tanpa lzinya..
    Allah mengetahui apa yg dihadapan dan dibelakang mereka sedang mereka tidak mengetahui sedikitpun dari limu allah…
    Kursi _kekuasaan Allah itu meliputi langit dan bumi dan dia tidak merasa berat memlihara keduanya.. dia maha tinggi lagi maha besar..
    Albaqarah_255.

    kita manusia biasa,tak dpt ‘ m’getahui apa yg terjadi bila2 masa!
    wlu pun kita tak nmpak allah.. tapi aku dpt m’rasai kewujudan nya.
    lu apa tau~! lu tau fatna buat doa jer.. taubat la sikit braderr..
    brader peace? gua nk lu jwp satu soalan.. klu tak de tuhan..
    kenapa nya wujud nya kematian?
    ramal2kn la.. renung2kn la..

    “Ya ALLAH… bukakanlah pintu pintu hati kami..
    dan berikan lah segala nikmat rezeki_rahmat mu …
    “untuk kamii…

    dan Ya allah kau berikn la petujuk kpd org2 seperti ini..
    ke jalan yg benar..

    Amin.

  18. Lenggang Kangkung

    kini maksiat berleluasa ..

  19. Peace & Zamanbaru,
    You don’t believe in Allah but you’re comment in a Islamic website. Any idea why you join here in the first place?

    Just remember one thing, for those who don’t believe in God, they think when they die, they will rot in the ground & get eaten by the worms etc BUT what happens when you die, and there IS GOD. Think about it.

  20. Peace yg ada otak tapi tak ada akal… kenapa sains dan geografi yg engkau agung2kan tak dapat tentukan bencana dan bila engkau akan mati… isnin ka, selasa, rabu, khamis, jumaat , sabtu, ahad… mungkin kamu rasa kamu tak akan mati macam superman…hahaha…bodo!!!

  21. “Peace”…utk anda…innalillah wa innahirojiun…

  22. apa hukumnya melakukan maksiat melalui hp.cara bertaubat

  23. SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BERDOA SEMOGA NEGARA MALAYSIA CELAKA,HARAM JADAH DI TURUNKAN BALA OLEH ALLAH SWT KERANA NEGARA MALAYSIA CELAKA ADALAH ZALIM KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA KEPADA SEMUA MENTERI CELAKA,HARAM JADAH YANG SUKA CEKIK KEDARAH DUIT RAKYAT MALAYSIA.

  24. Hamba yg buntu

    Salam,

    Saya harap mereka yg arif dan pakar berkenaan hal2 agama sahaja menjawab soalan saya ini. Hal ini kerana perkara ini serius dan boleh melibatkan undang2 Islam.

    Soalan : Rakan saya mengaku dirinya sebagai homoseks tetapi dia TIDAK pernah bersetubuh/liwat bersama lelaki lain. Adakah dia berdosa? Dosa besar atau kecil? Adakah dia patut dihukum dengan undang2 islam dan apakah hukumannya?

    Jika dia secara sengaja melihat/menyentuh kemaluan lelaki lain tanpa bersetubuh/liwat untuk memuaskan nafsunya, apakah hukumannya?

    Saya harap mereka yg arif berkenaan hal ini dpt menjawab berdasarkan nas dan hadis2 yg sohih. Hanya sekadar menambah ilmu pengetahuan berkeanaan undang2 islam. Semoga Allah merahmati dan meredhoi mereka yang membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *