Travel

Makanan Halal di Hong Kong, 13 Restoran Halal!

Makanan Halal di Hong Kong

Makanan Halal di Hong Kong – Anda tahu apa yang membuatkan kami sangat gembira? Dapat makan makanan asli halal di Hong Kong! Ini termasuk dim sum, itik panggang. Agak mustahil untuk pergi ke Islamic Centre Canteen untuk makan setiap hari. Jangan risau, kami telah menyusun panduan untuk makanan Halal di Hong Kong!

Makanan Tempatan

1. Islamic Centre Canteen

Tidak lengkap bercuti di Hong Kong jika tidak makan dim sum dan berita gembira adalah anda boleh cuba halal dim sum yang original! Di Islamic Center Canteen, anda akan mendapati hampir semua jenis dim sum tersedia. Bersiaplah untuk berkenduri dengan Siu Mai (烧卖), Har Gow (虾 饺), Xiao Long Pao (上海 小笼 包), Pulut Kukus dengan Ayam dalam Lotus Leaf (糯米 珍珠鸡) dan banyak lagi!

Halal Dim Sum Islamic Centre Canteen Hong Kong

Halal Dim Sum Islamic Centre Canteen Menu Hong Kong

Siu Mai Halal Dim Sum Islamic Centre Canteen Hong Kong

Har Gow Dim Sum Halal Dim Sum Islamic Centre Canteen Hong Kong

Walaupun agak mengelirukan untuk berjalan dari MTR untuk ke Islamic Centre Canteen, kami janji ia sangat berbaloi. JANGAN meninggalkan Hong Kong tanpa berkunjung ke sini!

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 9 malam
Alamat: 5th floor, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong

Status Halal: Halal Certified

2. Islam Food

Jika anda hanya nak pilih satu hidangan di Islam Food, anda boleh try roti daging goreng. Kulit roti yang rangup dan isi daging sangat juicy, kalau anda makan satu memang tidak cukup!

Beef Goulash Islam Food Halal Hong Kong

Hidangan tempatan lain yang kami cadangkan termasuk ayam dengan sos bijan dan beef dumplings.

Sesame Sauce Steamed Chicken Rice Islam Food Halal Food Hong Kong

Tip: Adalah lebih baik untuk melawat Islam Food dengan rakan-rakan dan keluarga anda supaya anda boleh mencuba hidangan yang lebih banyak! Juga, jika anda tidak suka restoran-restoran yang sibuk, cuba elakkan dari waktu puncak makan siang 12-2pm.

Outlet 1
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Alamat: G/F, No. 1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Kowloon – Next to Chow Sang Sang Securities

Outlet 2
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 11.30 malam
Alamat: G/F, No. 33-35 Tak Ku Ling Rd, Kowloon City, Kowloon

Status Halal: Mengunakan daging yang disahkan halal.

3. Wai Kee

Di sini anda boleh mencuba Nasi Itik yang terbaik di Hong Kong. Jangan risau kerana ianya halal! Bayangkan kulit rangup coklat dan daging itik lembut. Rasa dan aroma itik panggang adalah sesuatu yang tidak akan pernah anda lupakan.

BACA:  Bagaimana Mengembara Mengajar Kita Untuk Tidak Keterlaluan Mencintai Dunia

Wai Kee Halal Roast Duck Hong Kong

Bowrington Road Duck Curry Food Halal Hong Kong

Credit: strippedpixel

Sekiranya masih ada ruang di dalam perut anda, boleh cuba kari kambing juga. Padu beb!

Wai Kee Halal Roast Duck Hong Kong Food

Wai Kee Halal Roast Duck Hong Kong Menu

Waktu Operasi: 11 pagi – 6 petang
Alamat: No 5, Cooked Food Centre, 1st Floor, Bowrington Road Market, Wanchai, Hong Kong (Inside a food centre)

Status Halal: Mengunakan daging yang disahkan halal.

4. Ma’s Restaurant

hidangan terkenal mereka, ‘pancake’ daging. Jika anda suka masakan pedas, anda boleh cuba ayam Sichuan. Pekerja restoran juga mesra, tetapi jika anda duduk berdekatan dapur, ia mungkin agak bising. Selain ‘pancake’ daging, mereka ada juga menyediakan kari ayam, daging dan kambing yang menyelerakan.

Beef Goulash Ma’s Restaurant Halal Hong Kong

Credit: noodleandegg

Ma's Restaurant Halal Hong Kong

Lamb Roll Ma’s Restaurant Halal Hong Kong

Credit: bestofhalal

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.00 malam, setiap hari
Alamat: Shop A, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Kowloon, Hong Kong

Status Halal: Halal Certified

Makanan Halal Di Tempat Menarik

Hong Kong Disneyland

Perjalanan ke Hong Kong tidak pernah lengkap jika tidak singgah di Disneyland! Tempah pas masuk anda terlebih dahulu dan jangan lupa menggunakan kod kami <TRAVELHHWT> untuk jimat $5 dari pembelian pertama anda di Klook! 😉

Adakah anda tahu Hong Kong Disneyland adalah satu-satunya taman Disney di dunia yang menyediakan pilihan makanan halal? Jadi, anda tidak perlu untuk bawak bekal makanan anda sendiri apabila anda melawat taman itu!

1. Restoran Kelab Explorer

Explorer’s Club Restaurant menyediakan masakan dari Indonesia, Jepun, Korea dan Asia Tenggara!

Explorers Club Restaurant Halal Menu Hong Kong Disneyland

Alamat: Mystic Point, Hong Kong Disneyland

Status Halal: Halal Certified

2. Tahitian Terrace

Tahitian Terrace Restaurant Hong Kong Disneyland Halal

Credit: Hong Kong Disneyland

Anda akan dapat menikmati segala-galanya dari laksa ke kari ayam Thai dengan rendang daging dan juga pilihan vegetarian pada menu.

Tahitian Terrace Restaurant Menu Hong Kong Disneyland Halal

Credit: Muslimah Traveller

Tahitian Terrace Restaurant Hong Kong Disneyland Laksa Halal

Alamat: Adventureland, Hong Kong Disneyland

Status Halal: Halal Certified

Tip: Makanan halal boleh didapati di atas permintaan di restoran hotel Disney juga!

  • Chef Mickey dan Studio Lounge di Disney’s Hollywood Hotel
  • Walt’s Cafe dan perkhidmatan bilik di Hong Kong Disneyland Hotel

Ocean Park

1. Ocean Park Food Cart No. 3

Hidangan Asia seperti nasi ayam Hainanese, sate yang dihadangkan bersama chapati, ayam tandoori dan banyak lagi di stall makanan halal ini di Ocean Park!

Ocean Park Food Cart Halal Hong Kong

Credit: everydayhybridity

Ocean Park Hainanese Chicken Rice Halal Hong Kong

Credit: Ocean Park

Alamat: Ocean Park – Cart Makanan No. 3, Di Depan Laguna

Status Halal: Halal Certified

Ngong Ping 360

1. Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria

BACA:  5 Destinasi Menarik Dan Mesra Muslim Untuk Percutian Hujung Tahun

Sekiranya anda menuju ke Ngong Ping 360, terdapat hanya satu pilihan makanan halal yang terdapat di Ngong Ping 360 village – Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria! Restoran ini mempunyai cawangan di seluruh Hong Kong dan walaupun harga kebab adalah sedikit mahal, anda mesti cuba kebab dan secawan mango lassi. Jika anda ada membawa kanak-kanak, kami pasti mereka akan menyukai pizza di sini!

Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Ngong Ping 360 Halal Hong Kong

Credit: @katee.cee

Tip: Selepas lawatan anda ke Ngong Ping 360, anda boleh singgah di Citygate Outlets (terletak di stesen MTR Tung Chung) untuk membeli-belah dengan diskaun yang hebat. Ini adalah pusat membeli-belah terbesar di Hong Kong dan mempunyai lebih daripada 80 jenama antarabangsa pada harga diskaun sepanjang tahun.

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 6 petang (Isnin – Jumaat), 9.30 pagi – 6.30 petang (Hujung minggu dan cuti umum)
Alamat: Shop 9A, G/F, Ngong Ping Themed Village, Ngong Ping, Lantau Island

Status Halal: Halal Certified

Cawangan lain dan waktu operasi:

  • G/F, 6 Lan Kwai Fong, Central, Hong Kong Island
  • 10 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria G/F, 24 Hollywood Road, Central, Hong Kong Island
  • 11 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Shop 4, G/F, Wanchai Central Building, 89 Lockhart Road, Wan Chai, Hong Kong Island
  • 12 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria G/F, 52 Lockhart Road, Wan Chai, Hong Kong Island
  • 13 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Shop 1C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon
  • 14 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Shop 2, 3 & 5, G/F, Multifield Plaza, 3-7A Prat Avenue, Tsim Sha Tsui, Kowloon
  • 15 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Shop 11 & 12, G/F, Hong Kong Gold Coast, 1 Castle Peak Road, Tuen Mun, New Territories
  • 17 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Shop 102A, 1/F Block A, Discovery Bay Plaza, Discovery Bay, Lantau Island
  • 18 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Hong Kong University, Room 1A13A & 1A13B, Fong Shu Chuen Amenities Centre, 1/F Swire Building, Pokfulam, Hong Kong Island
  • 19 Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria Unit 13, G/F, Hall 10, Asia World Expo, Hong Kong International Airport, Lantau Island (open on exhibition days only)

Hong Kong International Airport

1. Popeyes Chickens and Biscuits

Popeyes Chickens and Biscuits Halal Hong Kong International Airport

Anda lapar selepas check-in? Boleh cuba ayam goreng di Popeyes Chickens and Biscuits!

Waktu Operasi: 6.30 pagi – 11.30 malam
Alamat: Terminal 1 Departures East Hall, Level 7

BACA:  Cabaran-cabaran Untuk Menjadi Seorang Mutawwif

Status Halal: Halal Certified

Hotel Dengan Pilihan Makanan Halal

Jika anda ingin menginap di sebuah hotel dengan pilihan makanan halal, terdapat dua hotel yang baru menerima sijil halal.

1. Harbour Grand Hong Kong – Harbour Grand Cafe

Harbour Grand Hong Kong Harbour Grand Cafe Halal

Credit: Harbour Grand Hong Kong

  • Set Menu A (HK$148): Beetroot Salad, Tagliatele Pasta with Asparagus and Pesto Sauce
  • Set Menu B (HK$208): Vegetable Soup, Tandoori Salmon Fillet with Garden Salad
  • Set Menu C (HK$188): Crab Meat and Avocado Salad, Roasted Spring Chicken with Seasonal Vegetables and Thyme Jus

Alamat: 23 Oil Street, North Point, Hong Kong

Status Halal: Halal Certified

2. Harbour Grand Kowloon

Harbour Grand Kowloon Halal Hong Kong

Nota: Makanan halal boleh didapati atas permintaan. Sila periksa dengan restoran yang hidangannya diperakui halal.

Alamat: 20 Tak Fung Street, Whampoa Garden, Hunghom, Kowloon

Status Halal: Halal Certified

Lain-lain Halal Eateries Sekitar Hong Kong

Terdapat banyak restoran India dan Arab yang disahkan halal di sekitar Hong Kong (lihat senarai penuh di sini ), tetapi kami telah menyenaraikan beberapa yang telah menerima ulasan yang baik sahaja.

1. Aladin Mess

Pergi ke pintu masuk berdekatan Times Square, jalan beberapa langkah melepasi kedai rawatan kuku dan anda akan nampak ruang besar dengan makanan yang tidak dinafikan kesedapannya. Restoran di tingkat dua ini sangat terkenal pada waktu makan tengahari dengan hidangan menu set tengahari seperti kari kambing, dua roti nan yang dimasak sempurna dan teh ais lemon dengan harga HK$48 (RM26.39) serta pelayan restoran yang mesra. Hidangan enak lain termasuk kari ayam madras dan ayam panggang tikka. Jangan lupa jus mangga lassi yang melengkapkan hidangan.

Indian Food Aladin Mess Halal Hong Kong

Credit: desdemondia

Waktu Operasi: 11.45 pagi – 3 petang, 6 petang – 10.45 malam
Alamat: 2/F, Fu Hing House, 60 Russell Street, Causeway Bay, Hong Kong Island

Status Halal: Halal Certified

2. Warung Malang

Warung Malang di Causeway Bay menyajikan makanan asli Indonesia di Hong Kong!

Warung Malang Halal Indonesian Food Hong Kong

Credit: @capungcentil

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 10 malam
Alamat: Flat B-2, 2/F, 9-11 Pennington Street, Causeway Bay, Hong Kong Island

Status Halal: Halal Certified

Sekiranya anda tahu apa-apa restoran lain yang menyediakan makanan Halal di Hong Kong tidak ada dalam senarai kami, kongsi dengan kami dalam ulasan di bawah!

Sumber: Have Halal, Will Travel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!