Tazkirah

Lima Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan Secara Automatik

Islam sangat-sangat menganjurkan perkahwinan malahan dalam Islam, perkahwinan itu adalah satu tuntutan wajib sebelum sebuah pasangan dibenarkan untuk melakukan hubungan seks sesama mereka. Perkahwinan yang baik adalah perkahwinan di mana suami dan isteri faham serta tahu tanggungjawab mereka berdua, saling sayang menyayang serta saling berlaku adil sesama mereka.

Walaupun begitu, ada juga keadaan dan situasi di mana sesebuah perkahwinan itu perlu diceraikan atau diletakkan sebagai tidak sah, jika dilanggar beberapa perkara. Baru-baru ini pula, negara kita dikejutkan dengan kisah pertengkaran Hafiz Hamidun serta isterinya yang Hafiz ragui status cerai selepas mereka berkahwin.

Bagaimanakah situasi di mana sesebuah perkahwinan itu terbatal menurut Islam? Berikut adalah beberapa situasi tertentu di mana sesebuah perkahwinan itu boleh jadi terbatal.

1. Seorang wanita yang berkahwin ketika dia masih lagi berkahwin dengan orang lain

Apabila berlaku situasi seperti ini, secara mudahnya perkahwinan itu sudah terbatal melainkan memang wujud pengakuan daripada suami yang dia sudahpun menceraikan isterinya. JIka seorang wanita itu dinikahi sekian lama walaupun dah beranak pinak dan didapati dia sebenarnya isteri orang, wajib untuk suami barunya menceraikan wanita itu.

2. Seorang wanita yang dikahwini semasa dia masih dalam tempoh idah selepas perceraian atau kematian suami

Tempoh idah untuk wanita yang bercerai atau kematian suami berbeza-beza mengikut situasi wanita itu ketika insiden itu berlaku. Jika berlaku pernikahan dalam tempoh idah belum tamat, pernikahan itu perlu dibatalkan bagi memastikan badan wanita tersebut benar-benar bersedia dan tidak berlaku sebarang salah faham jika terhasil janin yang dikhuatiri akan mewujudkan sengketa sesama suami isteri.

BACA:  Bertudung menutup aurat atau sekadar berfesyen?

3. Perkahwinan yang dilaksanakan tanpa wali atau tanpa kehadiran wali yang bertauliah

Kehadiran wali dalam setiap ijab dan kabul adalah wajib kerana wali adalah rukun kepada pernikahan. Perkahwinan yang dilakukan tanpa kehadiran wali pihak wanita atau wali yang telah dilantik oleh pihak yang layak membuatkan sesebuah perkahwinan itu perlu dibatalkan segera, kerana dikhuatiri sepanjang perkahwinan tersebut, hubungan kedua suami isteri itu adalah zina.

4. Perkahwinan yang dilaksanakan dengan paksaan

Sesebuah perkahwinan hanya sah jika ia mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat, khasnya pihak suami dan isteri. Walaupun begitu kerap juga berlaku kes-kes di mana sebelah pihak, terutamanya pihak wanita yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga mereka tanpa kerelaan dia. Perkahwinan seperti ini, walaupun pada dasarnya nampak seperti dilakukan dengan sah, perlu dibatalkan kerana sesuatu pernikahan itu memerlukan persetujuan bersama dari kedua-dua pihak yang akan diijab kabul.

5. Perkahwinan di antara Lelaki A dengan Lelaki B yang menyerupai perempuan tanpa Lelaki A tahu cerita sebenar

Dengan kemajuan teknologi perubatan sekarang ini, tidak menghairankan jika seseorang lelaki mampu menjadi serupa seperti seorang wanita dari segi fizikal termasuklah kemaluannya. JIka seseorang lelaki itu sudahpun dinikahkan dengan wanita/lelaki tersebut tanpa si suami mengetahui jantina sebenar ‘isterinya’ itu, status perkahwinan mereka adalah tidak sah kerana tidak mungkin lelaki sama lelaki boleh dinikahkan secara sah. Perkara yang sama juga terpakai dalam kes wanita mengahwini lelaki yang asalnya wanita.

Jika perkahwinan itu berlaku di antara dua orang sama jantina yang sama-sama setuju dan sedar persamaan jantina mereka, tidak wujud perlunya dibatalkan perkahwinan kerana perkahwinan mereka memang tidak sah sejak mula lagi.

BACA:  Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains

Harap maklum.

 

Sumber: iluminasi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *