≡ Menu

Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 27 comments… add one }
  • Yusuf April 18, 2011, 9:51 am

    Nak kongsi artikel nie dalam web saya boleh tak??? nanti saya letak la link (sumbernya) 😀

  • suhaizat June 7, 2011, 3:25 pm

    Lidah tidak bertulang
    suhaizat recently posted..Solat Dhuha &8211 Diampunkan Dosa Dan Dimurahkan Rezeki

    • Alfun July 4, 2012, 4:12 pm

      lidah itu ada tulangnya

  • Bella June 27, 2011, 6:48 pm

    As’salamualaikum , alhamdulillah perkongsian yang berguna dan terima kasih banyak (: . Moga saya sendiri dapat manafaat dari ini , dan sentiasa ingin perbaiki diri ke arah yang baik disisiNya . InsyaALLAH , izinkan saya share artikel ini ? Terima kasih , hanya ALLAH dapat membalas jasa anda . walahualam .
    Bella recently posted..Baca perutusan

  • suara July 10, 2011, 1:34 am

    astagfirullahalhazim……aq telah byak mbuat dosa dgan berckp byak hal yg tdk bguna selama ni.. ya ALLAH ya TUHANku… ampunilah segala dosa hamba yg sudah byak melakukan keClapan…..

  • ahmad August 7, 2011, 9:54 am

    Tahniah, artikel yg baik. Izinkan saya salurkan dalam kelas dan perkongsian sahabat-sahabat saya. Wasalam

  • Eko September 9, 2011, 4:50 pm

    Astaghfirullahal adzim.

  • ct October 9, 2011, 10:09 pm

    terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.saya minta kebenaran untuk berkongsi ilmu ini bersama kawan-kawan yg lain.

  • Ayu karlina rahayu October 19, 2011, 12:28 am

    Assalam mualaikum… terima kasih atas info nya…sangat bermanfaat untuk pembelajaran hidup saya.

  • Audra October 19, 2011, 3:28 pm

    Assalammualaikum… bagus sangat artikel ni …. 🙂 Jagalah setiap perkataan dari mulut kita sdiri kerana ia adalah satu doa…. Jaga Lidah dan Jaga Iman .. 🙂

  • Lynn November 24, 2011, 11:03 am

    tksh atas perkongsian.. mohon share..

  • kuyah syed harun November 27, 2011, 12:36 am

    i like your articles. Mohon share to add to my blog. TQ

  • idad February 17, 2012, 9:36 pm

    assalamualaikum….blogwalking ;)…suke entri nie…bnyk hadis dn kata nasihat ;)…insya allah berguna utk umat islam sedunia….:)…jemput dtg ziarah blog saya…masih baru didunia blogger…

  • Peace February 23, 2012, 8:46 pm

    Surga dan neraka tidak wujud. Ini semua ciptaan pencipta agama. Jika wujud apa kerja bila di surga ?

    • fadil April 2, 2012, 3:53 pm

      kamu tentunya org bkn islam..neraka dan syurga itu wujud..

      • mat_yus86 November 26, 2012, 12:34 pm

        betoi tuu ,kalu tk wujud ,tiada sebab kita d dunia ini

  • ummu March 7, 2012, 11:51 pm

    mohon share ye.. tq 😉

  • ct April 14, 2012, 1:26 pm

    boleh bg komen tentang “mulut aku ja jahat tapi hati aku baik…” plzz..

    • mat_yus86 November 26, 2012, 12:37 pm

      mulut jahat mcna tu ,suka mengata org ka ,

  • amalia July 4, 2012, 9:39 am

    boleh minta saran..
    saya akhir akhir ini sering sebal karna bapak..
    apakah saya salah jika protes,
    tapi saya takut menyakiti hati beliau

  • kamalida July 4, 2012, 1:58 pm

    terima kasih atas perkongsian ilmu yg berguna ini. mohon share

  • mat_yus86 November 26, 2012, 12:31 pm

    apa yg ada hanya sementara ,

  • mat_yus86 November 26, 2012, 12:32 pm

    apa yg di dunia ini hanya sementara

  • mat_yus86 November 26, 2012, 12:35 pm

    btoi tu ,klu tk wujud ,tkdak sebab kita d dunia ini

  • nilawatigusti April 8, 2013, 10:44 am

    subhanalllahhh

  • Linz April 19, 2013, 8:27 pm

    zaman skrg ni, jari pun byk buat dosa..huhuhu.. sbb skrg ni dah ramai yang berbicara menggunakan jari (menaip di fb, twitter, blog & sbg nya)..

  • كراماشم ابن موسهلا October 13, 2015, 10:11 am

    Astaghfirullah haladhim…
    lisan itu kecil bentuknya
    tapi besar bahayanya…
    semoga kita selamat dari perkataan-perkataan lisan yang kotor …

Leave a Comment

CommentLuv badge