Nasihat, Tazkirah

Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

p/s : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.

Imam Muda Nazrul

20 Comments

  1. Hebat!!! memang hebat kuasa wanita….tarikan dunia….tarikan akhirat….

  2. benarrr…

  3. Berat jg tanggung jawab seorang PRIA…..

  4. Zainuddin Haji Sulaiman

    …dalam artikel di atas saya tertarik kepada beberapa isu iaitu:-
    1) abaikan solat
    2) apabila ayah meninggal dunia, tanggungjawab menasihati adik-beradik perempuan berpindah pula kepada saudara lelaki
    3) anak-anak juga tidak terlepas dari tanggungjawab menjaga maruah ibu selepas ayah meninggal dunia.

  5. kerana itu lelaki di anugerahkan 9 akal..

  6. berjayakah lelaki dgn 9 akalnya atau tewas kerana 1 nafsu?

  7. Buktikan dengan ayat Al qur’an sebagai pedomannya (dalilnya dimanakah itu?)

    1. Assalamualaikum wr. wb.,, maaf bukan saya meragui atas status yg di muatkan oleh Imam muda Nazrul tetapi amat benar apa yg diluahkan oleh saudara Zul kerana setiap hujah harus perpandukan Al-Quran dan hadits dan hadits harus di lihat dari perawi-perawinya agar kita tahu bahwa hadits-hadits itu adalah hadits-hadits yang shohih semoga kita terhindar dari perkara-perkara bid’ah.

      “Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. dan seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara yang baru. Setiap perkara yang baru adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah di neraka”
      H/R Muslim. An-Nasaii. Abu Daud. Ibnu Majah. Ahmad. Al-Baihaqi, al-Lalikaii. Ibnu Battah. Dan al- Anjuri.

  8. saya mtk izin nk copy utk share ngn kwn2…

  9. mcm mana kalau anak perempuan atau isteri dah ditegur dan marah tapi masih belum berubah?

  10. Saya juga melihat di sebaliknya… lelaki yang susah ditarik masuk ke syurga..
    Ayah yang tidak menjalankan tanggunjawab terhadap anak lelaki dan perempuannya.
    Suami yang tidak mendengar nasihat isteri untuk menurut perintah Allah.
    Saudara lelaki yang tidak menjalankan tugas menjaga maruah saudara perempuannya.
    Anak lelaki yang tidak menjaga kebajikan ibu-bapa nya..
    Soal PEREMPUAN yang menarik menjadi perkara kedua disini.. pokoknya yang mana diturutkan… akal atau nafsu?

    1. MOHON SHARE YER BLOG NI…UNTUK TELADAN BERSAMA

  11. nyesal gak jdi laki2……….

  12. aku suka btui …. laki jd mangsa ye… di dunia laki tarik pompn jd jhnm di akhirt pompn tarik laki msuk neraka lagi hebt!! haha

  13. laki2 yg d depan nampak baik, solat 5 waktu bagus, kakimasjid,.. jaga hubungan silatulrohim, rajin, mau bercampur masyarakat, tak memaki hamun, jauh sekali pukul bantai anak bini, bahasa d depan bagus2,.. ala-ala amalan Rasulullah.. tapi d belakang main wayang dgn perempuan lain, depan keluarganya mengata, menceritakan keburukan isteri,.. tu pulak macamana?.. siapa tarik siapa ke neraka tu?.. Isteri tersasul tersebut sesuatu yg kurang elok tentang orang lain,.. kena syarah habis2an..bila orang kutuk isteri dia..si suami ikut gelak mcm tu bukan isterinya..apahal lak macam tu?..

  14. dalilnya kq gak ada??

  15. Assalam saya sgt minat dan ingin membaca tentang dgn Ugama Allah , malahan hari nk puasa elok lh saya mendapat Ilmu dari nas2 Nabi. Dan Al Quraa tkaseh

  16. laki man: ALLAH jadikan Lelaki kerana kemampuan memikul tanggungjawab. Xpikul tanggungjawab bukan lelaki namanya.
    Pernyataan ini adalah peringatan buat Lelaki.
    Sekiranya Lelaki itu berjaya memimpin keluarga, anak dan isteri ke arah Islam bukankah ALLAH S.W.T menjanjikan ganjaran syurga.
    Berbaik sangka pada ALLAH S.W.T.

  17. Banyak komen positif dan negatif. Persoalannya bukanlah siap yang tarik siap. Mahupun lelaki atau perempuan. Tapi bagai mana kita semua boleh terjerumus kedalam neraka. Adakah kerana diri sendri atau orang lain. Untuk peringatan diri sendiri dan siapa juga. Jagalah diri kamu serta ahli keluarga kamu daripada neraka

  18. betapa susahnya tanggungjawab seorang bapa , suami , abang & anak lelaki . smoga di masa depan , saya dpat mnjadi ibu , isteri , kakak & adik yg baik serta dpat menjaga keaiban keluara saya . doakan saya , amin .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *