Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.
Source: al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432



















responded on March 13th, 2011 at 6:11 am
kalau adik beradik mandi sama sama…(perempuan sesama perempuan)
pun tak boleh jugak ke?
responded on March 13th, 2011 at 7:30 am
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut….
responded on May 2nd, 2012 at 4:12 am
betul tu..
tapi eloknya tutup bahagian atas nampak sopan lagi…
my recently post… APABILA DIA BUKAN JODOH ANDA…
responded on March 13th, 2011 at 12:00 pm
yang pusat hingga lutut bukan lelaki ke?adoi…
responded on March 14th, 2011 at 11:31 am
mengikut kebiasaan yang terdedah la rujhan.. betol tu
responded on March 14th, 2011 at 12:13 pm
kalau perempuan kepala hingga ke lutut baru betul
responded on March 14th, 2011 at 1:05 pm
tu antara wanita islam ngn wanita islam..
aurat antara adik beradik or famili adlah dari pusat ke lutut..
aurat wanita pada pandangan yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan..
aurat bagi seorang lelaki pada pandangan yang bukan mahram adalah pusat ke lututnya..
responded on March 26th, 2011 at 8:49 am
ya betul tuh
responded on April 19th, 2011 at 10:19 pm
Setuju dengan Farhana tentang bahagian2 aurat, Kepada Rujhan Jangan tgk seharian punya pakaian, cuba tanya balik dengan orang yang lebih bijak pandai, kalau tengok kehidupan seharian, lama – lama nanti orang kata rambut pun bukan aurat, sebab sekarang ramai yang tak tutup rambut, tapi ada juga yang tutup Rambut Sahaja, Fahamilah Konsep aurat dengan betul.
responded on April 7th, 2011 at 4:06 am
aurat antara wanita dgn wanita ialah dari pusat hingga ke lutut…
harap anda faham..jika musykil tnya ustaz/ah..
responded on April 30th, 2011 at 4:26 am
ha ha haaa… kelaka laa… tesilap tuuu… ha ha haaaa
responded on September 7th, 2011 at 8:45 am
sudah dinyatakan di atas. itu antara wanita islam dengan wanita islam yang lain.
terima kasih
responded on November 13th, 2011 at 2:30 am
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
perempuan dan perempuan, sesama islam..
responded on March 13th, 2012 at 3:15 am
perempuan dgn perempuan pon sme jgak la..
responded on March 13th, 2011 at 10:13 pm
Aurat prmpuan utk perempuan dan lelaki(yg mahram)ialah dari pusat ke lutut..
responded on March 14th, 2011 at 12:10 pm
habis kalau perempuan tido dengan perempun tidak boleh ke ?
responded on March 30th, 2011 at 2:08 pm
tiada larangan utk seorg perempuan tidur dgn perempuan yg lain, selagi mereka tidak mendedahkan aurat.
responded on April 19th, 2011 at 10:13 pm
Boleh tidur satu katil, tapi tak boleh tidur satu selimut..
responded on March 14th, 2011 at 1:02 pm
sy skarang kat hostel…stay 1 blok ngn muslimat n non muslimat. sy bersahabat baik dgn sowg kwn yg lebih mendalam imunya dari sy. bile saye bertanyakan soal aurat antara kwn2 non muslim nie, die kate cukup sekadar menutup yang termampu..hal ini dijelaskan oleh ustzh kami juga.apabile kami duduk dlm 1 tpt yg same dlm tempoh yg panjang, hal aurat dikatekan harus dipelihara setakat yg mempu..
yela…kami menggunakan bilik air yang sama…sekali,dua kali, boleh dijaga dgn sewajarnya..3-4 kali??mule2 saye x yakin..tapi lepas bertanya hal ini kepada 3 org ustz dan ustzh, alhamdulillah,was-was hilang…
pokok kate, rajin2 lah bertanyakan hal ini kepada org-org yang ahli.
responded on March 15th, 2011 at 6:47 am
aku tak faham la ???? cuba jelas kan ..gengan betul aurat perempuan
responded on March 26th, 2011 at 5:20 am
ye btl tu
responded on March 14th, 2011 at 3:38 pm
klo wanita Islam dgn wanita lain yg bukan Islam, mcm mn plak auratnye?
responded on March 30th, 2011 at 2:12 pm
Kalau wanita Islam dgn wanita bukan Islam, aurat antara mereka ialah seluruh anggota badanya, kecuali tapak tgn dan muka.
responded on December 4th, 2011 at 6:07 pm
kalau saya yang semua roomate non-muslim??
24 jam kena pakai tudung ker???
even tido pun??
coz ari tuh, ustaz kata ada kelonggaran klau kes macam nie…it’s true??
responded on February 21st, 2012 at 2:27 am
mula2,kena faham sbb ade ulama’ feqah kate kena tutup aurat mcm biasa dgn non muslim..sbbnya ialah ulama’ takut roommate non muslim kite tu akan ceritakan perihal aurat kite pada lelaki lain(mybe kawan lelaki dorang) ..so disebabkan itu kite kna tutup aurat mcm biase dgn non muslim..so,pnyelesaian nya,kite kena bgthu la roommate kite 2 spy jgan cite kt orang lain rambut kita mcm mane,body kita mcm mane..cuba fikir,ade lelaki minat kt kita,tp kite tutup aurat mcm muslimah sjati(btol2 nmpk muka n tgan je) so sbbkn nafsu msti die minat nk thu lebeh,n bile die tahu ade non muslim ni dok ngn kite die bolehje tnye..n non muslim klo xpham die akn citela kt laki 2..so tujuan tutup aurat xjadi la gini..wallau’alam
responded on March 14th, 2011 at 3:41 pm
kenape icon tuk comment ni bnyk yg katun2 evil, siap mata 1 pun ad nih?
responded on September 20th, 2011 at 11:27 pm
erk tajam mata awk ne..
mana erk?..
sya xnmpk pn..
responded on March 14th, 2011 at 3:59 pm
ilmu yg bru nie dapat dipelajari untuk mase2 akn datang.bru la thu seblum nie xthu pon.
responded on March 14th, 2011 at 5:26 pm
Alhamdulillah, artikel yang baik.
responded on March 15th, 2011 at 12:23 am
aurat wanita islam dgn wanita bkn islam adlah sperti aurat wanita dgn lelaki bkn mahram .
responded on March 15th, 2011 at 12:53 am
terima kasih dan Tahniah kepada ISLAM ITU INDAH anda telah berjaya menyebarkan sesuatu yang baik untuk dipelajari…
responded on March 15th, 2011 at 4:11 am
saya nak tanya 1 soalan..
apakah hukum seorang wanita Islam dlm keadaan Bwuduk bersentuhan dgn wanita bukan Islam,adakah wuduk wanita Islam itu masih sah?
responded on February 21st, 2012 at 2:29 am
sah,sebab kite xleh kawen dgan wanita non muslim tu..wallahu’alam
responded on March 15th, 2011 at 4:14 am
1 soalan lagi..
bagaimana dgn suami isteri.. adakah aurat sesama mereka juga terbatas?
mohon penjelasan…
responded on March 30th, 2011 at 2:23 pm
tak da apa yang nak dibataskan bagi suami isteriā¦..
responded on March 15th, 2011 at 7:12 am
bagaimana melihat wanita yang tidak bertudung..rambutnye lelaki perempuan lihat setiap hari..
responded on March 30th, 2011 at 2:19 pm
Rambut wanita, jika dipandang oleh lelaki yg bukan mahram adalah berdosa. Yakni lelaki yg melihat dan perempuan yg tidak memakai tudung tersebut akan mendapat dosa. Tetapi, dosa wanita tersebut adalah berkali ganda, kerana dia akan menanggung dosa dia kerana tidak memakai tudung dan dosa org2 lelaki yg melihat rambutnya.
Oleh itu, jika terpandang (untuk lelaki yg bukan mahram), hendaklah memalingkan pandanganya dgn segera.
responded on October 13th, 2011 at 2:54 pm
tapi bagaimana kalau sebuah foto tidak berjilbab dilihat oleh kaum laki2 padahal foto tersebut sudah dihapus tapi laki2 itu masih saja mencarinya. bagaimana dosa perempuan dan laki2 tersebut
responded on March 15th, 2011 at 12:10 pm
jika dgn anak perempuan mcm mna plak..klu tido dgn 1 selimut?
responded on March 16th, 2011 at 11:36 am
Wanita zaman skrg slalu pergi ke spa2 dan sebagainya. apakah hukum membuka aurat ketika mendapatkan service di spa tersebut?
jika untuk perubatan, setahu saya diharuskan…tetapi kerana kecantikan bagaimana pula ya? terima kasih.
responded on March 30th, 2011 at 2:26 pm
adalah haram bagi mereka untuk mendedahkan aurat, terutama di tmpt2 umum. walaupun utk kecantikan, sudah jelas bhw al-Qur’an tidak membenarkan wanita m’buka auratnya.
andai utk perubatan, adlah dibenarkan.
responded on March 19th, 2011 at 12:05 pm
aurat laki bini cmna lak
responded on March 26th, 2011 at 8:52 am
tak da apa yang nak dibataskan bagi suami isteri…..
responded on March 22nd, 2011 at 11:32 am
apakah hukum mencukur bulu kemaluan bg seorg perempuan??bagaimana pulak dgn memakai kanta lekap??mencukur bulu kening pulak mcm mana??sekian terima kasih..
responded on March 22nd, 2011 at 12:50 pm
adik beradik sama jantina tdo 1 katil, tpi bkn 1 selimut, n sometimes mandi sama2, x bh jgk ke????? confuis +keliru..
responded on March 26th, 2011 at 5:22 am
ye btl 2..
rajin2 tnye, jgn segan…
responded on April 7th, 2011 at 4:11 am
kenape la korang ni x faham2… org dh jelaskan pn x fhm2 jgk…
kalau x tau tnya ustaz atau ustazah… ataupun baca buku2 agama yg menerangkan tentang hal ni… belajar perkara2 mcm ni… bukan bt tak tau ja…
responded on April 14th, 2011 at 12:28 am
betul… kita kene tahu!!!
responded on April 18th, 2011 at 6:48 am
bukan diorang tak faham.. tetapi cuba untuk menidakkan apa yag ditulis oleh penulis dalam blognya.. isu aurat ni sama dengan isu cabutan bertuah, nampak kecik tapi kesannya besar..di mana, ia juga salah satu dari bentuk perjudian.. tetapi oleh kerana ramai yang pura2 tak tahu sedangkan dah jelas haramnya maka iapun jadi dihalalkan. so, kalau bab aurat lagilaa.sebab apa dia nak tengok aurat orang lain… sebabnya ialah..yang pertama dia nak tengok kekurangan orang itu walaupun adik beradik. yang kedua pula ialah mereka nak membandingkan sesama mereka saiz buah dada atau kemaluan mereka yang sama jenis. dan yang ketiga ialah sebab nafsu berahi boleh memuncak bila tengok aurat orang lain, nauzubillah..
responded on April 30th, 2011 at 4:25 am
Perempuan sekarang memang suka buka aurat, kononya .. bangga dengan kecantikan dan keseksian yg mereka ada, kalau tak tunjuk! nanti orang tak tau… sedangkan perkara itu adalah menjadi larangan dalam Islam, kalau yg betutup litup pun! tak seluruhnya menutup aurat.
Perhatikan sesetengah wanita/remaja yg bertudung, dan lihat pada pakainan mereka dengan seluar jin dan t. shirt yg sedat padat! mempamirkan susuk tubuh yg jelas. itu pun boleh mengghairahkan nafsu… apakah mereka sedar kesilapan ini?
responded on May 3rd, 2011 at 7:37 am
saya nak ulang soalan dari mohd nawawi yg blum tjwb yg saya juga tak jelas……. mta tlg ustaz/zh
saya nak tanya 1 soalan..
apakah hukum seorang wanita Islam dlm keadaan Bwuduk bersentuhan dgn wanita bukan Islam,adakah wuduk wanita Islam itu masih sah?
responded on July 24th, 2011 at 8:17 pm
assalammualaikum..nak tanya pandangan bkenaan jururawat yg melihat aurat pesakit..samaada jururawat lelaki atau prempuan..kerana sy btugas sbg jururawat lelaki..
responded on September 20th, 2011 at 9:47 am
Amin: utk tujuan perubatan dibolehkan…tp seelok2nya carilah yg sama jenis utk dirawat..jika tiada….dibolehkan
responded on September 8th, 2011 at 2:45 pm
Wuduknya masih sah & tidak terbatal.
responded on September 19th, 2011 at 3:08 pm
Islam mengangkat mertabat wanita dan lelaki muslim ke martabat yang tinggi
responded on October 13th, 2011 at 2:16 pm
Batasan aurat wanita Islam dgn wanita bukan Islam antara mereka ialah seluruh anggota badannya, kecuali tapak tgn dan muka. Adakah ini bermakna wanita Islam juga harus menjaga pandangan terhadap wanita bukan Islam sama seperti lelaki memandang wanita bukan mahram? Minta penjelasan, terima kasih
responded on October 13th, 2011 at 2:41 pm
Apakah video seorang wanita yang tidak berjilbab juga aurat?
responded on December 2nd, 2011 at 11:32 pm
macam mana pula hukum perempuan mendedahkan aurat untuk tujuan belajar?? sebab sesetegah kursus meminta kita mendedahkan aurat untuk mengetahui kedudukan muscle atau teknik yang betul untuk merawat pesakit…
responded on December 2nd, 2011 at 11:34 pm
Bagaimana dengan keluarga yang cuma punya 1 bilik dengan jumlah anggota keluarga banyak, makan tidur dalam 1 bilik?
responded on December 11th, 2011 at 4:12 pm
Asslamualaikun. saya ada gunakan sedikit info yang ada dalam artikel ini. saya juga telah meletakkan link page ini. terima kasih
responded on December 14th, 2011 at 10:54 pm
hahhhhh……igt 2 kwn2x….wlwpun kita xkenal , kita tetap kwn…haha!! jaga aurat sket…byk pun xpe….
responded on December 21st, 2011 at 2:11 pm
bagus2..
responded on February 2nd, 2012 at 10:30 am
Salam..berkenaan aurat di antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Saya menerima pelbagai maklumbalas pendapat di kalangan ulama.Dan kebanyakan ulama berpendapat aurat tersebut terbatas di antara pusat dan lutut.Ini berbeza dari pendapat saudara/i. Adakah pendapat saudara/i di atas berdasarkan hadith sahih?Jika ya, apakah hadith yang menyokong pendapat saudara/i di atas?
responded on February 18th, 2012 at 9:12 am
Wanita perlu kebebasan berpakaian jangan sangat mengikut pengajaran yang kuno dimana tidak sesuai di zaman ini.
responded on April 11th, 2012 at 6:39 pm
YA!
itu lah sebab lebih ramai wanita di neraka berbanding lelaki!
mereka lebih suka pakai pakaian akhir zaman.
(zaman skrang adalah akhir zaman, jadi saudara mungkin maksudkan fesyen akhir zaman) Nauzubillahi min zalik…
“Biar kita pakai pakaian ketinggalan zaman drpd kita pakai pakaian akhir zaman” (Fedtri Yahya)
responded on July 17th, 2012 at 11:54 pm
Peristiwa Israj dan mikraj mengingatkan kita bahawa Rasullah SAW bersabda bahawa bumi telah pun tua .. maka akhir zaman merujuk kepada umat semasa Rasullah SAW sehingga umat selepas Rasullah SAW dan sehingga kiamat ..Allah saja yg mengetahui
responded on December 25th, 2012 at 1:01 am
maaf saudara/ri peace….
adakah anda mksudkan islam itu kuno? syariat islam itu kuno? bukankah sudah jelas terang-terangan Allah berfirman dlm al-quran tentang pensyariatan mnutup aurat.
knapakah anda mngatakan pngajaran yg kuno dan x ssuai pd zman ini? ssungguhnya Al-quran itu mrupakan ptunjuk spnjg zaman…
brmula dr zaman nabi s.a.w hinggalah kiamat…
moga kita sama2 dikurniakan taufiq dan hidayat dr Allah..
salam…
responded on March 6th, 2012 at 12:09 pm
Assalamualaikum. saya ada persoalan..
1) boleh ke kita meletakkan gambar2 waktu kecik yg mendedahkan aurat.
2) adakah anggota tubuh yg terputus masih dikira aurat kita?
mohon beri jwpn dgn ilmu dan kalau ade dalil lagi bagus… terim kasih
responded on May 22nd, 2012 at 11:49 pm
Salam,
Mengikut pandangan Islam,
seorang lelaki adalah dinasihatkan untuk menundukkan kepala (mengelak) dari melihat seorang wanita bukan muhrim…
Saya ada satu persoalan.. Sejauh manakah pandangan seorang lelaki itu dibolehkan memandang seorang wanita?
-hanya yang menutup aurat sahaja?
-semua pun boleh? tak kira tempat dan masa?
-atau langsung tak boleh memandang?
responded on May 23rd, 2012 at 10:08 pm
Wanita tak cantik macam mana nak tarik lelaki? Kecantikan wanita ditakdirkan kenapa harus dihodohkan? Lelaki tak tahu pandang wanita bukan lelaki kerana ini semulajadi sebagai lelaki melainkan ia pondan. Jika lelaki tidak suka wanita pasti dunia ini tiada manusia lagi. Kejahatan terhadap wanita bukan salah wanita yang salah ialah penjahat ada niat jahat.
responded on July 7th, 2012 at 4:49 pm
Sentiasa tanamkan hasrat ingin memperbaiki diri di dalam hati, moga Allah permudahkan segalanya…
responded on July 17th, 2012 at 10:42 am
g jelas dr mana hadistnya dan kalimatnya juga g jelas,ini yang membuat orang awam bingung…..
perjelas lagi kl kasih artikel…..
responded on July 18th, 2012 at 12:15 am
Pelajar Melayu ramai yang lemah subjek Matematik ; kelemahan untuk memahami sesutu topik menyebabkan ramai yg tidak berupaya menjawab pelbagai soalan yg berkisar tentang topik berkenaaan.Perkara ini terbawa – bawa dalam kehidupan harian
Apabila sesuatu hukum telah ditetapkan , hendaklah difahami hukum berkenaan ; pelbagai soalan yg berkisar tentang hukum tersebut kemudiannya dapat dijawap dengan sebaik mungkin.
Malangnya kerana subjek Matematik merupakan subjek yg fobia di kalangan sebilangan pelajar Melayu, apabila mereka dewasa , keupayaan untuk memahami sendiri sesutu persoalan yg berkisar tentang sesuatu hukum menjadi suatu masalah kepada golongan ini
individu seperti @ peace umpamanya tanpa segan silu mengatakan islam sebagai ugama kuno dan wanita perlu kebebesan dalam soal berpakaian .
Golongan begini lah ,semasa zaman pelajarnya, yg selalunya menjawab soalan matematik bagi sesuatu topik, mengikut pemikiran sendiri tanpa merujuk ilmu matematik yg telah termaktup dan yg perlu digunakan dalam sesutu topik,
Oleh sebab itu,benar kata seorang professor di universiti tempatan, mereka yg pencapaian subjek matematiknya di perengkat SPM tidak baik ,sering kali membuat keputusan dan nilai yang kurang tepat
..Allah sahaja yang mengetahui
responded on August 5th, 2012 at 11:10 am
Coba search Al-Qur`an surat An-Nuur ayat 31
responded on September 29th, 2012 at 8:41 pm
soalan : mohon tunjuk ajar….kalu seseorang itu melihat video mangsa yg didera ataupun dihukum dlm keadaan telanjang,apakah hukumnye?…
-perlukan jwpn yg simple-
responded on January 5th, 2013 at 9:38 am
Cuci mata dengan pasir 3 kali selepas makan. Ingat perlu tiap-tiap hari sehingga 21 hari.
responded on January 11th, 2013 at 4:52 pm
berdosa kerana anda melihat aurat wanita tersebut, itupun jika perempuan itu muslim, jika kafir sy x tahulah.
responded on January 11th, 2013 at 4:54 pm
seseorang yang mendedahkan aurat wanita lain seperti meletakkan gambar artis dekat facebook pn berdosa kerana anda turut sama mendedahkan aurat artist tu. faham.
responded on February 5th, 2013 at 4:00 am
Maaf tumpang tanya tentang Hukum AURAT ( rambut )
1 : Apa hukumnya kalau perempuan tak tutup aurat iaitu rambut
2 : Saudara lelaki pernah menyuruh saudara perempuannya menutup auart rambutnya tapi masih tidak tutup aurat rambuatnya dah berbuih menyuruhnya adakah saudara lelaki itu terlepas dari dosa?
3 : malaysia adalah negara islam sekiranya rakyat malaysia iaitu kaum Hawa tidak memakai tudung dan memakai baju dan seluar ketat seumpama menunjukkan auratnya kepada kepada kaum Adam apa hukumnya dan siapa yg patut menegur dan sapa yang menanggung dosa kaum Hawa yg tidak ikut Hukum Aurat ( kalau dalam keluarga ayah atau adikberadik lelaki yg bertanggungjawap kalau negara mcm mn pulak ?)