Solat

Lalai Solat Kerana Pengaruh Dunia

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?

Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.

Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.

Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

  1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.
  2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.
  3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.
  4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.
  5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.
  6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.
BACA:  Kerja Melibatkan Bersalaman dengan Wanita

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,
kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.

Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.

Oleh: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh

Source: Harian Metro Online

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

18 Comments

  1. mmg xleh nak elak dari lalai ni.. sebab tu kena selalu baiki diri dan minta pendapat orang yg tahu dan boleh bimbing hati kita…

  2. iy,,,pantes sblum aku mengenal perintah perintah allah ,,ibadah sering tomat(tobat- maksiat-tobat-maksiat),tapi begitu tahu tentang apa yang terkandung d dalam al quran,,insya allah smua perbuatan q q karena allah,,,dan kalau tak salah ada hadits yang bilang begini..”ber ilmulah dulu sebelum beribadah”,,,,,

  3. betul tu asoi, aku lagi best..bila aku lepas angkat takbir ok lagi.. bila tang baca alfatihah.. tetiba teringat cara nak buat kerja yang betul.. sedangkan sbl solat, aku cuba buat kerja tu, tapi tak menjadi.. bila solat baru dapat idea nak buat..sampaikan bila aku ada masalh aku cuba solat..sebab bila tengah solat, pasti aku dapat tahu cara nak selesaikan masalah

    1. itu lah syaitan! syaitan yg ada dalam diri kita yg tugasnya , menyesat -kan tumpuan kita dalam solat. Sebab itu lah kita di sarankan melakukan solat sunat dua rekaat, untuk menampung segala kekurangan yg berlaku dalam solat kitat tu! Wallahu ‘alam.

  4. maznah mustapha

    mmg xleh nak elak dari lalai ni.. sebab tu kena selalu baiki diri dan minta pendapat orang yg tahu dan boleh bimbing hati kita…………..

  5. SALAM, solat khusyuk bukan perkara yang mudah, bagi saya 99% manusia didunia memang solat tidak khusyuk, tapi kalau kita tahu caranya maka sebenarnya solat khusyuk itu taklah susah sangat.

    1. trus bagaimana caranya agar sholat kita kusuk pak ustad ?

  6. Rajin kerja lebih baik daripada rajin sembahyang. Rajin kerja dapat lebih pendapatan tetapi rajin sembahyang apa dapat?

    1. Dapat pahala =)

      InsyaAllah dapat nikmat yang hakiki. Bukankah Allah itu Maha Adil dan Pemurah ?

    2. Rajin sembahyang, jiwa jd bersih dan ikhlas, dr jiwa yg ikhlas, akhlak yg baik akn muncul,dari akhlak yg baik,kita akan rs amanah dlm semua urusan, termasuk bekerja. Nah, kalau amanah dlm bekerja,maksudnya kita akn rajin bekerja -tambah pendapatan. Tmbh pndpatan bkn shj di dunia,malah di akhirat . Indahnya Islam,kn?

    3. mengapa anda berkata sedemikian rupa..saya jugak jahil dlm islam dan mungkin tidak layak berkata sedemikian kerana ilmu agama saya masih cetek..ya,memang benar rajin kerja dapat banyak pendapatan tetapi perlu diingat bahawa pendapatan itu tidak akan kekal buat selamanya dan kita tidak akan dapat membawanya hingga ke kubur..manakala sembayang ialah amalan yang akan membantu kita hingga ke hari akhirat kelak..mungkin kita diuji dengan pelbagai cubaan tetapi perlu diingat bahawa Allah SWT sedang menguji kita kerana Allah amat menyanyangi kita..wallahualam

    4. xtaula Rajin kite ni encik ke ataupun cik..jgn terlalu jahil dan jgn pulak terlalu sombong..

      “Rajin kerja dapat lebih pendapatan. Rajin sembahyang dapat apa?” hehe..kalau nak diterangkan dgn pjg lebar,takut tak faham.

      Cukuplah kalau faham konsep “carry mark” time kite belajar kat kolej/universiti or seumpamanya.. carry mark ni..pahala kita la.yg kita bawak bile dihisab nanti..faham? kalau carry mark hancus..takut nnt fail kite tau..

    5. rasenye si ‘rajin’ tu bukan Islam. kalau org Islam xkn ckp mcmtu walau sejahil mn pun die. kafir kot si rajin ni. sj nk buat kacau~

    6. Solat adalah perintah Allah dan diri kita sendiripun adalah kepunyaan Allah. Kekuatan kita untuk membuat kerja hanyalah pinjaman dari Allah, jadi luangkanlah sedikit waktu untuk solat sebagai tanda kesyukuran.. Ingat lah semua yang ada didunia hanya pinjaman Allah.. Allah boleh tarik bila-bila masa, kalau dah kene tarik nanti, nak buat keje pun tak dapat.

  7. Nama ja rajin…tp bodo….

  8. sebelum khusyuk solat, kena pastikan cara ambil wuduk sempurna dulu… lepas tu pakaian dan tempat solat sbb kita nak menghadap yang Maha Agung.

  9. Kesian Wak dengan insan bernama RAJIN, bukan apa sebab jahilnya tu dah sampai tahap jahil tukil…. Wak tak salahkan dia sebab mungkin penerapan aspek agama oleh kedua orang tua dia tak cukup. Jadi biar lah kita nasihatkan dia…kerja rajin ni memang pendapatannya lumayan tapi macamana pula dengan keberkatan pendapatan tersebut. Rezeki di tangan Allah dik…kerja bagai nak rak sekali pun Kalau Allah Taala tidak memberkatinya maka ia hanyalah ibarat tanah kontang.

  10. Masyallah..solat tu tiang agama..rukun islam..kalau rajin salot..pintu syurga terbuka luas..itu janji allah dalam alquran..x de iman ke yg bertanya soalan..rajin kerja tp tak rajin solat tak berkat rezeki…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!