Kesihatan

Kunyit Import dari Bangladesh Dicemari Logam Plumbum

Walaupun kunyit mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, penemuan pengkaji ini agak membimbangkan.

Kajian terkini yang dilakukan oleh Univeristi Standford mendapati, beberapa rempah ratus khususnya kunyit yang dihasilkan oleh Bangladesh telah didapati telah dicemari dengan logam berat, PLUMBUN.

Plumbum merupakan logam berat yang memberi kesan toksin kepada saraf dan boleh mengakibatkan kesan negatif berpanjangan. Ia akan akibatkan risiko penyakit jantung dan otak dikalangan dewasa. Lebih serius, ia menyebabkan gangguan perkembangan otak dikalangan kanak kanak.
.

Bagaimanakah logam berat Plumbum boleh mencemari kunyit?

Sejumlah petani di Bangladesh telah disoal mengenai isu ini. Banjir besar yang melanda pada tahun 1980 an telah mengakibatkan tanaman kunyit kurang menjadi. Warna kunyit yang dihasilkan semakin pudar dan kurang menarik.

Bagi menghasilkan warna serbuk kunyit yang lebih terang, mereka telah menambah serbuk pigment Plumbum Chromate yang sering digunakan untuk pigmen warna perabot dan permainan.

Proses ini memang menjadi!

Kunyit yang dihasilkan menjadi kuning terang. Amalan tersebut terus dipraktiskan oleh petani petani sehingga ke hari ini, tanpa mereka menyedari tindakan tersebut telah mengakibatkan implikasi serius kepada manusia.

Agak menyedihkan, amalan ini telah mengakibatkan pencemaran logam berat yang serius kepada masyarakat Bangladesh. Paras logam berat didalam darah penduduk di Bangladesh termasuk wanita hamil telah meningkat.
.
Bagaimana pula dengan produk yang di eksport keluar dari Bangladesh?

Status produk yang di eksport keluar masih tidak diketahui. Diharapkan dengan pemeriksaan ketat negara yang mengimport rempah ratus ini, keselamatan produk rempah ini dapat terjamin.

Di US, sejak 2011 lebih 15 produk rempah kunyit telah dipanggil semula dari pasaran kerana tercemar dengan logam berat.
.

BACA:  Rahsia Bawang Putih Untuk Menghilangkan Bintik Putih & Hitam Pada Wajah

Fokus terkini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu ini dan membasmi aktiviti mencampurkan bahan logam berat merbahaya ini. Kaedah pertanian yang lebih selamat serta pemantauan yang lebih ketat dicadangkan.

Keselamatan makanan termasuk rempah ratus dipantau oleh Bahagian Keselamatan Makanan, KKM. Diharapkan pemantauan berterusan dapat terus dilakukan.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *