Kesihatan

Kunyit Hitam Merawat Penyakit Barah dan Kusta

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Khasiat dan Manfaat Kunyit Hitam

Khasiat Kunyit Hitam– Tanaman Kunyit Hitam adalah merupakan sejenis kunyit yang saat ini jarang kita temui, khasiat kunyit hitam mempunyai khasiat perubatan yang sangat mujarab. Bentuk Kunyit Hitam sama seperti kunyit biasa tetapi rizom nya yang berwarna hitam gelap jika sudah cukup matang. Jika masih muda warna nya ungu gelap. Tulang daun nya di sebelah belakang berwarna hitam, jika masih muda maka warna akarnya coklat jernih.

Cara Pembiakan dan Penjagaan Kunyit Hitam

Walaupun cara pembiakan dan penanaman sama dengan kunyit biasa, namun Kunyit Hitam ini memerlukan penjagaan yang rapi dan sangat rumit. Tanahnya mesti bercampur dengan pasir dan memerlukan tanah yang lembab dan air yang cukup tetapi jangan terlalu banyak air. Benih Kunyit Hitam ini bercambah dalam masa yang sangat lama dan kadang kala selama 3 bulan baru bercambah.

Khasiat Kunyit Hitam dan Manfaat Kunyit Hitam:

  • Khasiat Kunyit Hitam boleh di gunakan untuk merawat penyakit BARAH dan KUSTA
  • Boleh di gunakan untuk bahan tradisional ubat AWET MUDA
  • Sangat bagus untuk membuang lemak dalam perut dan menguruskan badan
  • Jika di campur herba lain boleh mengubati Demam Berdarah.
  • Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam rawatan gangguan/sihir.
  • Manfaat Kunyit Hitam ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah boleh menjadi pendinding rumah dan Kunyit Hitam berfungsi sebagai penolak aura yang negatif.
BACA:  Jauhi Dari Memakan Mi Segera, Penyebab Penyakit Jantung!

Sumber: www.khasiatherba.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!