Isu Semasa

Kos Haji Kekal RM9,980

KABINET bersetuju pengurusan baharu Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan Special Purpose Vehicle (SPV) untuk memulihkan kedudukan kewangan agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, SPV yang diwujudkan itu akan memaksimumkan semua aset TH yang prestasinya tidak memuaskan, termasuk kemungkinan menjual aset berkaitan.

“Saya yakin dengan tindakan pemulihan yang sudah bermula sejak Julai lalu, hibah atau dividen bagi 2018 akan dapat diberikan kepada pendeposit namun kadarnya bergantung pada keuntungan.

“Dengan pelan pemulihan yang dilakukan, kos menunaikan haji bagi pendeposit TH juga kekal pada kadar RM9,980,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Mujahid berkata, pihaknya belum memutuskan tindakan terhadap pengurusan lama TH yang menyalahi Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga mengakibatkan agensi itu mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion.

 

Sumber: www.hmetro.com.my

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Sultan Nazrin Pangku Jawatan YDP Agong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!