Kesihatan

Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis

Disangka susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata!

Susu Pekat Manis diproses dengan menambah “dosa dosa” dari gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut.

Namun kandungan gula di dalam satu tin “susu” Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan tidak sampai 10%.

Masihkah anda ingat kepada satu iklan yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “Membesar Dengan Susu Cap X ?”

Siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak-kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Menggunakan tagline “Minuman Yang di Percayai Turun Temurun”, bermakna sudah turun temurun kita tertipu!

Pada ketika itu (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada susu tepung.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis juga di war warkan dengan slogan Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis? Fikirkan Semula.

Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA. Susu Pekat Manis di gunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh tarik, air bandung, kopi, minuman perisa coklat dan sebagainya. Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya.

BACA:  Hanya tekan 5 minit pada “21 Titik Telapak Kaki” setiap hari, Pasti ada perubahan pada tubuh anda

Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis di dalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.

Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram.

Tidak cukup dengan itu, mengikut pecahan kaum, Bangsa MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.

Teh Tarik Sebagai BONEKA #KONSPIRASIGULA?

Teh tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor
Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak,”

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikasinya

Secara kesimpulannya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami maslaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung .

BACA:  Kelebihan Berbuka Puasa Dengan Air Kelapa Muda

Menurut kajian pada 2018 Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan satu dalam dua orang di dapati OBESE!

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis.

Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya.

Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis,
Ingats Diabetes dan Komplikasinya.

Mesej dari Public Health Malaysia

Rujukan
1. Maria Sofia V Amarra,Geok Lin Khor, Pauline Chan. Malaysia Added Sugar Intake. Asia Pac J Clin Nutr 2016;25(2):227-240.
2. http://www.milkingredients.ca/index-eng.php?id=193
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Condensed_milk
4. Teh tarik sedap tapi mudarat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
5. http://www.livestrong.com/…/267787-sweetened-condensed-mil…/
6. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=943

 

Sumber: Public Health Malaysia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *