≡ Menu

Kisah Disebalik Kejahilan Golongan LGBT

Umat manusia hidupnya umpama tinggal di dalam bahtera yang sama. Tanggungjawab utama kita adalah untuk memastikan bahtera itu sampai ke destinasinya. Walaupun begitu maksiat adalah punca utama yang akan memusnahkan bahtera tersebut yakni dengan kata lain menerima azab daripada Allah S.W.T.

Tiada yang berkecuali! Dan tiada azab yang paling dahsyat pernah menimpa manusia sepertimana pernah menimpa kaum Nabi Luth.

Tidak mustahil ia akan berlaku kepada kita sebagai mana pernah berlaku kepada kaum Kota Sadom. Kerana hari ini mula mekar golongan LGBT yang mengamalkan amalan kaum Nabi Luth iaitu homosexual. Adakah kita lupa akan firman Allah S.W.T;

“Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kalian. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaanNya.”
Surat Al- Anfaal:25

Golongan ini pada lingkungan 100 tahun kebelakangan ini suaranya mula lantang di peringkat antarabangsa menuntut perkara yang mana dulu mereka sunyi dalam masyarakat bahkan takut suara mereka kedegaran.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dunia barat pada perang dunia pertama dan kedua melihat golongan ini sebagai golongan yang hina dan jijik bahkan layak dibunuh begitu sahaja tetapi hari ini berbeza. Mereka sebenarnya punca mA.Salah kepada banyak kerosakan yang berlaku pada hari ini.

Maka untuk mengetahui siapakah sebenarnya golongan ini serta tabiat mereka. Maka rujukan terpenting kita adalah kitab Tuhan.

Bermulanya Kebodohan Itu

Munculnya golongan di Kota Sadom dirakamkan oleh Al-quran. Terdapat dua riwayat daripada Ibnu Abbas. Ketika Kota Sadom ditimpa dengan kemarau. Sebuah kemarau yang menyebabkan tanaman di dalam Kota Sadom musnah.

Tetapi tidak tanaman yang berada dipinggir Kota Sadom. Atas keadaan itu penduduk Sadom telah memutuskan satu peraturan bagi memastikan tanaman itu hanya boleh diambil oleh mereka sahaja iaitu merogol sesiapa yang mengambil hasil tanaman tanpa mengira jantina.

Maka munculnya golongan homosexual dikalangan lelaki dan diikuti oleh perempuannya. Manakala ada riwayat yang yang menyatakan ia bermula apabila datangnya iblis yang menyerupai seorang remaja lelaki yang baik bentuk badannya, cantik mukanya dan mirip ke arah seorang wanita dengan pakaian yang bergitu indah.

Lalu remaja ini pergi ke kawasan berkumpulnya kaum Nabi Luth dan mengoda mereka. Maka terjadilah apa yang dikatakan persetubuhan homosexual. Yang mana beasal dari seoarang dewasa lelaki dan seorang remaja mirip sifatnya kepada wanita yang mana perkara terkutuk ini diperindahkan oleh syaitan.

Dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk)….”
Surah An-Naml: 24

Sesungguhnya ia merupakan kerja syaitan yang cukup dahsyat sehingga mencipta kemungkaran yang tidak pernah wujud dalam sejarah alam ini. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?”
Surah Al-A’raf : 80

Maka bermula salah satu keruntuhan sifat fitrah manusia yang tidak pernah dicerobohi oleh semua makhluk di alam ini. Hatta orang asal yang tidak beragama pun sesekali tidak akan meredai apa yang dilakukan oleh golongan ini. Sesungguhnya perbuatan mereka ini lebih teruk daripada binatang.

Dakwah Anak Saudara Nabi Ibrahim A.S

Pada masa yang sama di satu tempat. Ketika mana Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada kekejaman Raja Namrud. Lalu Raja Namrud menghalau Nabi Ibrahim A.S keluar dari bumi Babylon, Iraq bersama isterinya, Sarah dan anak saudaranya.

Ayah Nabi Luth A.S ialah Haran Bin Terah merupakan adik beradik kepada Nabi Ibrahim A.S. Apabila mereka keluar daripada bumi Iraq, Nabi Luth meminta izin kepada Nabi Ibrahim supaya beliau berdakwah di Kota Sadom dan disekitarnya.

Pakar sejarah menyatakan terdapat 7 kota utama di sekitar Kota Sadom mana pendapat yang kuat menyatakan jumlah purata penduduknya 400,000 orang.

Dakwah Nabi Luth A.S di Kota Sadom sangat mencabar. Ini kerana dengan segala usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Luth A.S tetapi tiada seorang pun dari kaumnya yang beriman kepada Allah S.W.T. Tiada! Kecuali dua orang anak perempuan dan isterinya sendiri.

Bayangkan bertapa sukarnya dakwah Nabi Luth A.S kepada kaumnya bahkan dicatatkan akhirnya isterinya sendiri dibinasakan oleh Allah S.W.T atas pengkhianatan yang dilakukanya.

Sifat Kaum Ini

Jika kita mengkaji akan kaum Kota Sadom ini, mereka merupakan kaum yang mencipta banyak jenis kemungkaran di dunia ini. Daripada rompakan yang licik dan pelik sehingga penciptaan kelab malam pertama didunia.

Lebih teruk lagi apabila kemungkaran yang mereka lakukan menjadi satu pelembagaan negara Sadom itu sendiri. Dengan kata lain kemungkaran yang mereka lakukanakan dilindungi oleh undang-undang dan sistem kehakiman.

Mereka kaum yang tiada langsung sifat malu sehinggakan diriwayatkan merasa berbangga kentut dihalayak ramai dan ia dilakukan secara beramai-ramai. Dengan kata lain ibarat “pesta kentut”.

Sifat malu mereka hilang sehingga mereka merompak orang luar yang datang ke kota mereka dengan cara yang amat buruk dan licik. Dan jika mangsa cuba membela diri, mahkamah akan sentiasa berpihak kepada Kaum Kota Sadom.

Dan banyak lagi sifat-sifat buruk yang terbit daripada kaum Sadom ini. Tiadanya sifat malu menyebabkan kemungkaran yang mereka lakukan itu adalah simbol keseronokan yang perlu ditonjolkan dikhalayak ramai bahkan untuk dikongsi sesama mereka. Benarlah kata Rasulullah S.A.W:

BACA:  Kisah Sayyidina Umar dan Pengembala Kambing

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Dia akan mencabut rasa malu daripada orang itu. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.”
Hadis riwayat Ibn Majah

Istilah baik atau orang suci merupakan satu dosa yang besar dimata mereka bahkan ia merupakan simbol kehinaan. Allah S.W.T menceritakan hakikat ini yang bermaksud;

“Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan: ‘Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang bersih.’”
Surah an-Naml : 56

Sesungguhnya mereka kaum yang melampai batas. Dan pasti Allah S.W.T akan mendatangkan bencana yang dahsyat kepada mereka.

Berita Tentang Kemusnahan Kaum Nabi Luth

Ketika datangnya 3 malaikat iaitu Jibril, Mikail dan Israfil bertemu Nabi Ibrahim A.S memberitahu berita gembira iaitu kelahiran anaknya Ishak A.S. Selepas itu malaikat ini berkata kepada Nabi Ibrahim;

“Sesungguhnya Kami diutuskan kepada suatu kaum (kaum Sadom) yang berdosa (Untuk dibinasakan mereka)”
Surah Az-Zariyat :32

Lalu mereka datang ke Kota Sadom dengan berupa pemuda yang kacak dan menjadi tetamu rahsia Nabi Allah Luth A.S. Walaupun begitu isteri Nabi Luth A.S membocorkan rahsia kedatangan 3 orang yang disangkakan pemuda kepada kaumnya.

Lalu mereka datang sambil berkejaran ke rumah Nabi Luth A.S. Allah S.W.T merakamkan cerita ini dalam Al-Quran yang bermaksud;

“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: ‘Ini adalah hari yang amat sulit.’ Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergesa-gesa (dengan tujuan mengganggu tetamunya)…”
Surah Hud :77-78

Mereka memaksa Nabi Luth A.S agar menyerahkan pemuda itu. Malaikat menyatakan kepada Nabi Luth A.S agar membiarkan kaumnya masuk ke dalam rumah. Apabila mereka masuk, maka Allah S.W.T menghilangkan pandangan serta biji mata mereka.

Lalu malaikat memerintahkan Nabi Luth A.S supaya meninggalkan Kota Sadom sebelum subuh kerana kota itu akan dibinasakan dengan azab yang dahsyat.

“Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbuh segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”
Surah Hud :82

Apabila waktu syuruk, maka keluarlah jeritan suara yang kuat membingitkan telinga mereka lalu Jibril A.S mengangkat bumi Kota Sadom ke atas langgit sehinggakan malaikat di langit dapat mendengar suara kambing dan anjing menunjukkan bertapa tingginya kota mereka di angkat lalu diterbalikkan dan hempas ke bumi.

Kemudian diiringi oleh lemparan batu dari api yang bertubi-tubi dari langit dan setiap batu itu di tulisnya nama orang yang Allah S.W.T binasakan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

BACA:  Surah Yang Boleh Diamalkan Semasa Hamil Untuk Menjaga Emosi Ibu

“Batu-batu itu ditandakan (nama-nama mereka) di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka)…”
Surah Hud :83

Menunjukkan betapa murkanya Allah S.W.T kepada mereka dan tidak pernah dalam sejarah dunia Allah S.W.T membinasakan manusia seperti mana Allah S.W.T membinasakan umat Nabi Luth. Dan ayat di atas disambung dengan kalam Allah S.W.T yang amat menakutkan kita.

“ …dan siksaan itu tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim”
Surah Hud :83

Yakni Allah S.W.T pasti akan menurunkan azab serta musibah bagi sesiapa yang meniru perbuatan terkutuk kaum Nabi Luth itu. Kerana seksaan itu amatlah dekat bagi orang yang melakukan perbuatan yang zalim itu. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua.

Hari Ini Dengan Istilah LGBT

Golongan ini mula menuntut apa yang dikatakan hak meraka. Hak supaya kewujudan mereka diiktiraf, hak supaya amalan mereka bebas untuk diamalkan dan bahkan hak berkahwin.

Walhal hak itu tidak pernah wujud sama sekali. Sebagaimana pelbagai peragai yang buruk dari kaum Nabi Luth itu, maka perangai sama akan terbit jika tiada ketegasan ada dalam memberhentikan amalan golongan ini.

Maka lihatlah sejarah Islam sebagaimana Khalifah Abu Bakar menjatuhkan hukuman bakar sampai mati yang menunjukkan ia merupakan dosa yang sangat besar.

Mereka merupakan golongan yang tidak menganggap pelakukan yang mereka lakukan sebagai dosa. kerana dosa yang mereka lakukan sudah menjadi darah daging mereka. Sesungguhnya mereka ini lebih teruk dari penjenayah yang melakukan pembunuhan kejam.

Jika kita bertanya kepada pembunuh adakah membunuh itu perbuatan mungkar, jawapan mereka ya. Tetapi tidak kaum ini. Mereka hidup dalam kepercayaan yang songsang dan kepercayaan itu diperjuangkan.

Maka dengan sebab itu tiada istilah berlembut kepada mereka sebagai mana Allah S.W.T telah lakukan kepada kaum Nabi Luth.

Jika kita reda akan perbuatan mereka, maka sifat reda kita itu adalah musibah yang pasti akan menimpa kita kelak. Ingatlah ayat Allah S.W.T yang menjadi penutup serta peringatan kita iaitu;

“Dan Kami tinggalkan pada negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinA.Sakan mereka), sebagai tanda bagi orang-orang yang takut kepada azab seksa yang pedih. “
Surah Az-Zariyat :37

Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua dan melindungi kita dari sifat bodoh dan jijik mereka. Dan semoga kita sentiasa mengingkari perbuatan mereka bukan kerana sifat benci kita tetapi kerana sifat kasih sayang yang ingin melihat mereka kembali kepada Tuhan.

Moga-moga sifat benci kita di atas perbuatan mereka dan kasih sayang akan sesama insan akan diredai oleh Allah S.W.T. Wallahua’lam.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel