Kesihatan

Khasiat Serai & Cara Betul Tanam Serai Yang Ramai Tidak Tahu, Mudah & Jimat

Dulu kalau nk tanam serai…saya kdg2 ambik 2 @ 3 batang dan kadang2 satu rumpun dibagi 3 @ 4 bahagian kemudian tanam…mak mertua saya ckp..rugi kalau mcm tu..sayang serai tu kita boleh pakai utk msk..dia ajar saya potong bhgian bwh(dlm gambar)..kemudian rendam dlm sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuh akar tu..sehari dua..pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam..atau boleh ja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dulu….saya lebih suka tunggu sampai tumbuh akar br ditanam..mudah kan..sokey la klau kwn2 dah tauu..saya br tauu..agak ketinggalan..hehe..

 

Nak tahu khasiat serai?

Serai boleh dikatakan bahan wajib yang perlu ada dalam masakan tradisional Melayu seperti rendang dan masak lemak, begitu juga dengan masakan Thailand seperti tomyam dan paprik

Sebenarnya, serai bukan sahaja penting sebagai pelengkap rasa dalam masakan, tetapi juga sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan kita.

Khasiat Serai

Serai dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Negara-negara seperti India, Pakistan, Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka merupakan pengeksport utama serai di dunia.

Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan dalam kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja, Vietnam) dan Caribbean.

Serai bukan sahaja dijadikan bahan perencah dalam masakan, tetapi juga dijadikan sebagai pati dalam minyak wangi kerana ia mengeluarkan bau yang segar. Minyak pati serai juga turut digunakan dalam aromaterapi untuk menyegarkan udara, mengurangkan tekanan, dan menaikkan mood.

Daun dan tumbuhannya kerap digunakan dalam ubatan herba. Malah, serai juga adalah bahan penting dalam ubatan Ayurveda kuno. Serai boleh dijadikan teh, dan minyaknya digunakan dalam ubatan untuk gangguan pernafasan dan pencernaan.

Serai tinggi antioksidan dan berkesan untuk mengawal kolesterol dalam badan dan juga meningkatkan kesihatan.

Komposisi nutrisi dalam serai juga sangat bermanfaat buat tubuh dan minda. Ia mengandungi vitamin seperti vitamin B1, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, dan folat. Ia juga kaya dengan sumber mineral yang baik seperti zink, besi, tembaga, kalium, dan kalsium.

BACA:  Tanda-tanda Kanser Hidung..Sila Lakukan Pemeriksaan Jika Terdapat Tanda-tanda Ini

Kebaikan Serai Untuk Kesihatan

1. Antioksidan

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry, serai mengandungi beberapa antioksidan yang boleh membantu memerangi radikal bebas dalam tubuh anda yang boleh menyebabkan penyakit.

Antara jenis antioksidan yang terkandung dalam serai adalah asid chlorogenic, isoorientin, dan swertiajaponin. Antioksidan ini boleh membantu mencegah disfungsi sel di dalam arteri koronari anda.

2. Antibakteria

Teh serai boleh membantu merawat jangkitan mulut dan kaviti. Ini kerana sifatnya antibakteria. Menurut kajian dalam vitro pada 2012 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health, minyak pati serai menunjukkan keupayaan antibakterianya terhadap bakteria Streptococcus, iaitu bakteria yang paling menyebabkan kerosakan gigi.

Penyelidikan lanjut mendapati minyak pati serai dan ion perak boleh digunakan untuk melawanbeberapa jenis bakteria dan kulat dalam vitro.

3. Antiradang

Keradangan sering dialami oleh pesakit, termasuk penyakit jantung dan strok. Menurut Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, dua sebatian utama dalam serai iaitu citral dan geranial merupakan bahan yang bermanfaat sebagai antiradang.

Sebatian ini dikatakan membantu untuk menghentikan pelepasan penanda yang menjadi penyebab keradangan di dalam badan anda.

4. Mengurangkan Risiko Kanser

Citral dalam serai juga dipercayai menjadi anti kanser yang kuat terhadap beberapa sel kanser. Beberapa komponen dalam serai dapat membantu melawan kanser.

Hal ini berlaku sama ada ia menyebabkan kematian sel kanser secara langsung atau meningkatkan sistem imun anda supaya tubuh anda lebih mampu melawan kanser dengan sendirinya. Teh serai kadang-kadang digunakan sebagai terapi semasa kemoterapi dan radiasi. Namun, ia hanya boleh digunakan di bawah bimbingan ahli onkologi.

5. Detoksifikasi

Serai mempunyai ciri-ciri diuretik yang menghilangkan toksin dari badan melalui kencing. Ini sangat membantu dalam menjaga hati yang bersih dan bebas toksin. Serai juga membantu membersihkan buah pinggang dengan meningkatkan kekerapan kencing.

Kajian pada 2001 yang menilai kesan teh serai pada tikus menunjukkan aktiviti diuretik sama seperti teh hijau tanpa menyebabkan kerosakan organ atau kesan sampingan yang lain. Untuk kajian ini, teh serai diberikan kepada tikus selama tempoh enam minggu.

BACA:  6 Langkah Bagaimana Untuk Kekal Sihat Selepas Ramadan

6. Pencernaan Yang Baik

Secawan teh serai boleh menjadi ubat alternatif untuk sakit perut dan masalah pencernaan lain. Kajian pada tahun 2012 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health terhadap tikus menunjukkan bahawa serai mungkin juga berkesan terhadap ulser gastrik.

Kajian mendapati bahawa minyak pati daun serai boleh membantu melindungi lapisan perut daripada kerosakan daripada aspirin dan etanol. Penggunaan aspirin biasa adalah punca ulser gastrik.

7. Mengatasi Anemia

Teh serai sangat baik untuk wanita hamil. Ia mempunyai banyak manfaat seperti mengandungi zat besi dan folat kepada badan. Tetapi, penggunaannya tidak terhad kepada wanita hamil sahaja.

Ia juga sangat membantu dalam mengubati anemia dan mencegahnya di peringkat awal. Pengambilan serai akan membantu mengekalkan tahap hemoglobin anda dan mencegah sebarang penyakit yang berkaitan dengan kekurangan zat besi.

8. Mencegah Insomnia

Teh serai dan minyak serai sangat berkesan untuk menenangkan saraf. Ia akan membantu anda tidur dengan cepat dan lena. Cawan teh serai sebelum tidur dan beberapa titisan minyak pati serai di peresap (diffuser) membantu anda tidur dengan lebih lena. Kualiti tidur yang baik diperlukan untuk minda dan badan yang sihat.

9. Menguatkan Imunisasi

Sistem imun yang kuat menjamin kehidupan yang sihat. Serai mempunyai banyak sifat penyembuhan. Ia membantu menyembuhkan organ pernafasan, jantung, anemia dan lain-lain penyakit. Ini membantu tubuh membina imuniti yang kuat.

Sitokin adalah molekul terlibat dalam komunikasi sel-sel, bertindak sebagai mediator untuk meningkatkan respon imun, manakala serai menenangkan molekul ini dengan mengurangkan keradangan di dalamnya.

10. Mengatasi Masalah Artritis

Minyak pati serai sangat berguna dalam rawatan kesakitan untuk arthritis. Ia digunakan secara khusus untuk mengurut sendi iaitu rheumatoid arthritis. Penggunaan serai juga membantu menenangkan keradangan pada sendi.

11. Diabetes

Serai memberi kesan positif terhadap diabetes jenis-II. Ia membantu dalam melegakan gejala dan mengawal paras gula dalam darah. Serai mengandungi citral yang sangat berkesan dalam mengekalkan tahap insulin yang baik dalam darah.

BACA:  9 Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur

12. Melegakan Selesema

Aromaterapi minyak pati serai berkesan dalam menguruskan hidung tersumbat. Perubatan Ayurvedic telah menggunakan serai untuk merawat selesema dan batuk. Vitamin C yang terdapat dalam serai membantu melegakan sebarang masalah pernafasan.

13. Pencernaan

Serai sangat berkesan dalam mengurangkan keradangan usus. Ia juga membantu memastikan pergerakan usus yang sihat dan penghapusan najis yang betul dari badan.

Minyak serai mempunyai sifat antimikrob yang menghalang penyakit gastrousus dan menggalakkan kesihatan usus. Ia juga berguna untuk rawatan cirit-birit dan sembelit.

14. Penjagaan kulit

Serai mempunyai ciri-ciri astringen dan antiseptik yang sangat berguna dalam merawat masalah kulit seperti jerawat. Ia adalah ramuan yang digunakan dalam minyak malam dan serum untuk mencegah keradangan kulit.

Anda perlu menggunakan minyak serai yang dicairkan dalam rutin penjagaan kulit anda kerana ia mempunyai kesan yang kuat dan boleh merengsa kulit sekiranya tidak digunakan dengan betul.

15. Demam

Ia sering dirujuk sebagai “rumput demam” kerana sifat febrifugenya (suatu medikasi untuk penurun atau meredakan demam, disebut juga antipiretik).

Ia mempunyai kesan antipiretik dan diaphoretic pada demam dan menurunkannya dengan segera seperti ubat konvensional. Dalam ubat Ayurveda, ia menyembuhkan demam dengan mengeluarkan peluh.

Kesimpulan

Serai banyak manfaatnya kepada kesihatan manusia. Ia juga mudah didapati di pasaran. Penyelidikan haiwan dan makmal telah menunjukkan bahawa serai mempunyai sifat anti-radang, antibakteria, dan antikanser.

Ia juga telah dipercayai mempunyai kesan positif untuk meningkatkan keupayaan kognitif otak manusia.

Untuk mendapatkan manfaat serai, anda bukan sahaja boleh masukkan ia ke dalam masakan anda, tetapi juga boleh dibuat minuman seperti air detoks. Atau anda juga boleh mengamalkan penggunaaan minyak pati (essential oil) yang kini telah banyak dijual di pasaran.

 

Sumber: www.karteldakwah.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!