≡ Menu

Kesan positif puasa bagi kesihatan

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.

McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: “Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.

“Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik”.

Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:

  1. Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.
  2. Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
  3. Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
  4. Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
  5. Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.
  6. Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
  7. Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
  8. Memperelok dan membersihkan kulit.

Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan: “Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.

“Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.

“Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita”.

Allah berfirman yang bermaksud: Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (al-Baqarah: 185).

Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan: “Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya”.

Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.

Dreanik dan kawan-kawannya, pada tahun 1964, mencatat sejumlah penyakit komplikasi kritis akibat berpuasa lebih dari 31 hari.

Di sini nampak jelas mukjizat Nabi SAW dalam larangan berpuasa bersambung (tidak termasuk puasa sunat Syawal).

Di samping itu, penelitian ilmiah membuktikan kepentingan makan sahur dan berbuka adalah untuk membekalkan tubuh dengan zat asam lemak dan amino, tanpa kedua zat ini, lemak dalam tubuh kita akan terurai dalam jumlah besar, sehingga mengakibatkan sirosis pada hati, dan menimbulkan berbagai bahaya besar bagi tubuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Umatku akan tetap dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur.” (riwayat Ahmad)

Mengenai bersahur (makan sahur), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu sekalian, kerana bersahur itu ada keberkatannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Waktu bersahur itu selepas pertengahan malam sampai menjelang terbit fajar (waktu Subuh).

Menyegerakan berbuka, iaitu setelah mengetahui waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdoa sewaktu berbuka dan sepanjang melaksanakan puasa. Dari Abdullah bin Amr bin As r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa, saat berbuka doanya tidak ditolak”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga doa yang tidak akan ditolak Allah, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang teraniaya”. (riwayat Tirmizi).

Adapun doa saat berbuka yang bermaksud: “Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan, dan telah tetap pahala insya-Allah”. (riwayat Tirmizi).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 14 comments… add one }
  • Peace March 23, 2012, 10:37 pm

    Jika puasa bagus kepada badan  kenapa tidak laku sepanjang tahun?
    Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah bahkan menyebab sakit kepala dan gastric. Puasa menyebab pekerja malas kerja dan kerja lambat mengakibat produktiviti lambat bahkan banyak pekerja ponteng kerja.  Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman moden ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa untuk bersaing dengan kaum lain. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    • Azhar March 25, 2012, 6:02 pm

      jahil betol budak nie

    • Johari Atan May 10, 2012, 12:32 pm

      Hahaa…lucu sungguh awak ni.

      Takpa, jangan cepat melatah, kemungkinan besar dia belum kenal Islam sepenuhnya atau kemungkinan juga bukan Islam 🙂

      Lebih bagus jika sesiapa yg mungkin lebih berilmu utk memberi perincian, bukan secara ‘online’ tetapi ‘offline'(muka ke muka).

      😉

      • mawarrose June 22, 2012, 11:54 am

        Saya mempunyai penyakit-penyakit yang anda sebutkan itu & dengan berpuasa ia boleh sembuh dan membuat sistem tubuh badan saya berasa lebih sihat. Jika saya makan berlebihan, penyakit itu datang semula. Contohnya penyakit sakit kepala atau gastric yang sering saya alami. Alhamdulillah…saya sihat, turun berat badan dan sebagainya dengan keberkatan berpuasa. Saya tak perlu keluar office untuk makan lunch ketika berpuasa..jadi lebih banyak masa untuk melakukan urusan di tempat kerja saya. Mungkin anda akan tahu suatu ketika nanti. Semoga anda mendapat petunjuk & hidayah dari Allah s.w.t.

    • mawarrose June 22, 2012, 11:57 am

      Saya mempunyai penyakit-penyakit yang anda sebutkan itu & dengan berpuasa ia boleh sembuh dan membuat sistem tubuh badan saya berasa lebih sihat. Jika saya makan berlebihan, penyakit itu datang semula. Contohnya penyakit sakit kepala atau gastric yang sering saya alami. Alhamdulillah…saya sihat, turun berat badan dan sebagainya dengan keberkatan berpuasa. Saya tak perlu keluar office untuk makan lunch ketika berpuasa..jadi lebih banyak masa untuk melakukan urusan di tempat kerja saya. Mungkin anda akan tahu suatu ketika nanti. Semoga anda mendapat petunjuk & hidayah dari Allah s.w.t.

    • MORDENITY August 3, 2012, 11:04 am

      Hello peace…u wanna talk about modernity and fasting…u think u r modern…OMG…hey,please wake up!kau rasa kau tu modern ke?….kau tahu tak apa kaitan dunia moden dengan puasa…can u please gain ur knowledges…kalau orang nak kena surgery,doktor nasihatkan dia kena puasa tau…can u think about it.talking about produktiviti kerja,hey,kalau kau dah malas tak kira puasa ke tak,kau tetap malas biar perut kau penuh dgn makanan….hello, banyak artis2 hollywood yang kaya raya,modern lg tu..I think more modern than u,duit tak habis nak belanja,siap boleh belikan makanan untuk kau yang tak dapat puase tu,puasa jugak diaorg tau.nak diet katakan…why,sebab nak jaga kesihatan,nak bodyshape cantik….hey please wake up la….PEACE..I have so many friends from all over the world..my friends from USA,even dia non-muslim dia try puasa jugak tau..modern lg tu than…ok la,tak guna nk berhujah panjang dgn kau..Klu educated person,even professer dr University International mana pun takde nk keluarkan statement mcm ni,coz they knew the about it better than u,they knew the benefits …haahha btw,please wake up ang gain ur knowledges….

    • hjhzan January 3, 2013, 4:42 pm

      ibu bapa tidak latih…dan tiada ada pendedahan tu…pelajaran agama di abaikan

  • Murtad June 24, 2012, 10:27 pm

    Tanpa puasa saya rasa hari-hari bertenaga. Tidak seperti dulu sakit perut, dahaga, sakit kepala, letih dan rasa amat menyeksa. Puasa tidak baik merosak badan dan menyebab kerja terganggu. Kenapa lain penganut tidak perlu puasa dan tidak ada gejala buruk terhadap mereka?

    • Hamba ALLAH June 29, 2012, 1:47 pm

      agama lain juga turut menyuruh penganutnya berpuasa..seperti kristian dan hindu (jika tidak slah saya)..ini krana rakan2 sya yg beragama hindu dan kristian juga menyatakan mereka turut berpuasa..tetapi berlainan dgn cara ISLAM..diharap agar tuan mendpt kembali hidaya ALLAH..setiap yg ALLAH suruh adalh demi kebaikkan hambaNya..ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNya..ilmu ALLAH itu luas..sepandai2 org pandai didunia ini hanya berlainan umpama setitik air dilaut..itulah perbezaan ilmu kite dgn Maha Pencipta..

    • Dr Riduan July 8, 2012, 5:45 pm

      Kasihan anda yang menamakan diri sebagai Murtad…
      Puasa itu ada manfaatnya terhadap kesihatan berdasarkan pengalaman saya sebagai doktor perubatan…
      Kembalilah kepada Islam, kerana sekiranya anda mati tanpa bertaubat, kehidupan anda selepas kematian akan celaka diseksa dan dibakar api neraka selama-lamanya… anda akan menyesal yang tidak terhingga tetapi apakan daya sudah tidak ada jalan berpatah balik…
      Saya bersaksi bahawa tulisan ini adalah antara usaha saya menasihati anda untuk ke pangkal jalan…
      Semoga taubat anda diterima Allah SWT.

      • Indahnya ISLAM August 3, 2012, 8:51 am

        ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

        Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seeko
        r haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.

        McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: “Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.

        “Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik”.

        • Adam January 5, 2013, 9:31 am

          Boleh panjang umur ke ? Tipulah !

Leave a Comment