Keluarga

Kesan Positif “Paternity Leave” Terhadap Pasangan Yang Baru Menimang Cahaya Mata

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) TIDAK BERSETUJU dengan cadangan kerajaan untuk memberi cuti paterniti selama tiga hari kepada pekerja sektor swasta.

Mereka mendakwa, majikan terpaksa menanggung kos lebih RM150 juta setahun sekiranya kerajaan tetap mahu memperkenalkan langkah itu dengan meminda Akta Kerja 1955.

Kerajaan sesang melakukan draf pindaan Akta Kerja 1955 dan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi tujuan memperkenalkan cuti paterniti.

Kajian yang dilakukan oleh Center of Economy and Policy Research menunjukkan MAJORITI majikan bersetuju bahawa pemberian cuti bergaji kepada pekerja akan memberi kesan POSITIF atau tiada kesan langsung kepada prestasi, moral dan produktiviti.

Sebenarnya, cuti bergaji untuk bapa bukan suatu yang baru. Negara negara maju lain menyediakan cuti bergaji penuh sehingga berminggu lamanya.

Di Malaysia, ada pula yang bimbang kerugian sekiranya bapa bapa baru ini di beri cuti . Bukannya lama! Minimum 3 hari sahaja.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  5 Tips Mudah Menjadikan Percutian Suatu Ibadah Bersama Keluarga Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *