Soal Jawab Agama

Kerja Melibatkan Bersalaman dengan Wanita

Soalan: Saya bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.

Pertama: Adakah rezeki saya dikategorikan daripada sumber yang syubhah?

Kedua: Adakah terdapat cara terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau perlukah saya berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain?

Jawapan: Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi satu fenomena biasa pada hari ini, dan tergolong dalam kategori “umum al-balwa” (bahaya dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika pergaulan itu dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting, semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedahkan aurat, pandangan nafsu dan sentuhan adalah antara faktor dosa yang boleh berlaku di tempat kerja.

Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan “mencuri tulang” semasa melaksanakan tugasan utamanya.

Sebagi contoh, seorang yang bertugas selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentu gajinya halal. Malah sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul bebas dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal. Hal ini kerana maksiat itu bukanlah bidang tugasnya, cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namum jika si pensyarah ponteng daripada tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.

BACA:  Kerjaya jadi ibadah jika ikut Islam

Adapun isu berjabat tangan antara lelaki dengan wanita telah lama diperdebatkan dalam kalangan ulama. Majoriti mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ia haram kerana ia tergolong dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. Allah secara jelas telah melarang kita agar jauhkan diri daripada mendekati zina.

Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis bahawa Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta ketika berbalah. Ada hadis yang menyatakan  besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan dengan wanita bukan mahram dan sebagainya. Namun, saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbincangan berkenaannya dalam ruangan terhad ini.

Ada sebahagian kecil ulama khususnya ulama kontemporari, berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita dibenarkan tanpa syahwat, yang dimulai oleh orang lain (bukannya kita). Contohnya wanita bukan Islam menghulurkan tangan di hadapan orang ramai yang mana jika tidak disambut boleh mengaibkannya, dan beberapa syarat lagi.

Apa pun hujah kedua-dua pihak, berjabat tangan  antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah dan para sahabat serta para solihin. Namun begitu, jika berlaku dalam kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang tidak tertakluk kepada hal tersebut tetapi gajinya tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kejayanya dan cara perlaksanaan yang dilakukan. Jika dilakukan secara “culas” dan sambil lewa, status halal gajinya akan terkesan.

Berkenaan sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba mengawal aktiviti yang melibatkan dosa itu dan elakkan daripada kekerapan berlakunya. Pada masa yang sama memperbanyakkan istighfar dan taubat secara berterusan. Namun, jika ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya lain yang lebih minimum terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik unutk berhijrah.

BACA:  Hukum Membuat Binaan di Atas Kubur

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Sumber: Solusi Isu#20, 2010

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

25 Comments

  1. meamang betul pandangan itu begitu jua apa yang berlaku dengan situasi tempat isteri saya bekerja,selalu saya nasihatkan beliau agar menjaga tatasusila tersebut ianya ta dapat di elakkan namun keimanan akan manjaga segala galanya,sentiasa amalkan al Fatihah di hati kerana ia akan menjaga di kala kita leka,

    1. manusia tidak ada kekuatan kalau tidak diisi ruang hati dengan keimanan, pada hal kalau setiap orang mahu belajar jawapan untuk soalan itu akan didapat dari sejawak awal. jakalu tidak diterukan dengan pembelajaran, lepas dapat jawapan ragu pulak nak buat keputusan. ini yang timbul soalan yang sama dari zaman berzaman. kadang orang tanya soalan untuk cari sokongan terhadap apa yang diinginkan, bukan mencari solusi untuk memenuhi keperluan.

  2. Assalamualaikum….
    hmm tiba masanya utk kita menggunakan sarung tangan…..

    1. walau sarung tangan,kita masih dapat merasa jisim tangan itu.
      sebaik2nya contohilah Nabi SAW yang tidak berjabat lansung dengan bukan muhrim.

  3. bagus sekali artikel ni…akan saya sebarkan…all the best ISLAM ITU INDAH..medan maklumat islamik berjaya menambah pengetahua saya mengenai Islam serta mereka y lain…akan sy amalkan serta sebarkan selagi termampu..InsyaAllah…

  4. Artikel ni boleh juga dibaca di web Zaharuddin.net 🙂

  5. orang syariat sesat dalam hukum
    orang tarikat sesat dalam praktikal
    orang hakikat sesat dalam ilmu
    orang makrifat sesat dalam rahsia tuhan

    insan itu rahsiaKU rahsiaKU itu Insan
    insan siri wa anna sirhu ( Hadis qudsi)

    barang sesiapa yang mengenal diri maka nescaya( wajib) mengenal tuhan nya

    man arafah nafsahu fakad arafah rabbahu ( hadis qudsi)

    awal mengenal ugama mengenal allah
    awalludin makrifatullah (hadis qudsi)

  6. Bgus artikel ni…. Brsyukur kpada Allah kerana meletakkan sfat pmalu dgn prempuan ddlm dri sya….. Nak dkat dgn prmpuan pun ssah… Insya-Allah sya tdak akn mlakukan prkara itu…..

  7. Salam,

    Artikel yg amat baik sekali… moga kita sbg umat islam lagi2 sbg wanita ambil iktibar

  8. Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis bahawa Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta ketika “berbalah”.

    perkataan “berbalah” perlu tukar ke “baiah”.

    wallahu a’lam

  9. Assalam ….. Sekian lama kita telah terdidik dimana perempuan/ wanita berpakaian digalakan memakai tudung dan baju berlengan panjang, juga pakaian yang tidak menampakan bentuk tubuh. Ini telah diikuti sejak dari pendidikan sekolah rendah semasa kanak kanak lagi. Sudut sentuhan telah diatur dengan indah olih Islam maka perlulah kita ikuti dan patuhi. Jauhkan dari permulaan perkara itu kerana Iblis syaitan berusaha dengan bisikan jahat untuk merusakan anak Adam dari dulu hingga akhir zaman. Allah sahaja yang tahu …. amiiin ….

  10. irene evangelista

    assalamualaikum pak ustadz …
    saya mau tanya kalau saya di kelas selalu bergerombol dg cowok hukumnya apa ia …
    dan kadang-kadang saya juga bersalaman tangan dg merek

    1. anak indon,
      pergaulan antara kamu dgn cowok perlu tbatas. itu psentuhan dgn sengaja tanpa matlamat. ianya salah. apa kamu belom mumayyiz?

  11. berbaiah la bukan berbalah typo error kut

  12. salam
    dari segi sunnah memang nabi tak pernah bersalaman dgn wanita bukan muhrim
    namun realiti hari ni takat salam tu macam tak apa2 je
    sebab lebih daritu pun kita tegok hari hari
    apanak buat telan airlior je
    nak lempang takut kes pulis
    nak tegor nanti kena tumbok hero pula
    tulah teruknya keadaan sosial dan pergaulan udamudi.
    sebenarnya enviromen tak membantu, banyak pencemaran sosial, tambah pulak majmuk campur2, bangsa agama . yg bangsa amoitu selalu nampakkan peha, dada dah tu ujian pulak bagi mata kita
    memang akhirya letak pada hati, iman dan kekuatan mental+ iman.

    1. Setuju dengan pandangan anda. Setakat salam tangan je bukannya menaikkan sangat syahwat tu!…Pokok pangkal kekuatan iman dan mental….kita hidup bukan di zaman jahiliah lagi…kita hidup di zaman di mana kita harus bijak menguruskan segala kemusykilan dan masaalah dengan sebaik2 dan sewajar wajarnya…:)

      1. walau dizaman mana kita berada,tiada tingkah laku yang paling baik untuk kita contohi dan ikuti melainkan Nabi SAW.
        Para ulama dan ustaz pun tidak bersalam dengan bukan muhrim.peraturan islam adalah mudah dan jelas.terangkan kepada bukan islam kenapa kita tidak boleh bersalam dengan mereka.

  13. Salam . Jika kita salam dengan saudara mara perempuan/lelaki kita boleh ke ? ape hukum nya ?

  14. ..isu ini memang kena di timbulkan pad setiap masa..agar anak-anak kita sentiasa dalam landasan syariat agama islam yg sebenar..Anjuran kepada kebaikan memerlukan kecekapan dan pemahaman. Jika tidak, unsur-unsur sebaliknya akan menguasai pemikiran terlebih dahulu..

  15. Salam….ada sesetengah wanita yang saya tahu, mereka memakai glove sebab kadang tak sempat nak elakkan daripada bersalaman dengan lelaki. Apa pendapat ustadz?

  16. Saya pn menghadapi masalah sama.menuntut ilmu
    di tmpt asing dan berjabat tgn menjadi budaya
    Mereka. Selalu terfikir mcm ne nk handle masalah nie
    Terutama nk bina network at the same time elak bt dosa..

    1. Saya seorang wanita, suatu hari seorang lelaki dari Afrika Selatan datang ke tempat saya. Dia memberikan bengkel di tempat saya. Ini satu peluang network antara kami.
      Selepas bengkel, kami bertemu dan orang asing itu menghulurkan tangan. Seperti biasa, saya tunduk sebagai tanda hormat kepada orang lelaki asing itu sambil merapatkan kedua telapak tangan saya. Perbuatan saya diperhatikan oleh rakan sekerja saya. Kebiasaannya, orang asing yang faham akan turut sama melakukan apa yang saya lakukan dan kalau dia menghulurkan tangan pun, dia akan menarik balik. Namun, tak semua orang faham tentang agama kita.
      Saya berpendapat, kalau kita tidak menjunjukkan tingkah laku Islam, siapa lagi yang akan menonjolkan akhlak Islam kalau bukan orang Islam sendiri. Pebuatan kita yang tidak besalaman kepada mereka mungkin akan menjadi tanda tanya kepada mereka dan pasti mereka akan cuba mencari jawapan. Secara tak langsung mereka akan mencari jawapannya dan mengkaji tentang Islam.
      Peristiwa yang berlaku pada saya diperhatikan oleh rakan sekerja. Pada mulanya saya terfikir, mungkin rakan saya akan komen dan mempersoalkan kenapa tidak menghormati orang asing itu dengan berjabat tangan dengannya. Namun, saya terfikir ridha siapakah yang saya cari, redha Allah atau redha manusia. Mereka tidak tahu tentang agama kita, maka tugas kitalah untuk menyampaikan kepada mereka. Saya tidak bersalaman dengan lelaki asing itu adalah kerana hendak mengamalkan sunnah nabi dimana nabi tidak bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Kalau kita hendakkan syafaat nabi maka perlulah tegakkan sunnah dalam kehidupan kita.
      Hakikatnya, manusi diberi pilihan. Maka, mana yang kita pilih untuk kita lakukan, redha Allah atau redha manusia? – Semoga apa yang dilakukan dalam kehidupan ini sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah dan ianya menjadi ibadah…Amin
      Semasa saya

  17. salam. mcm mana dgn pekerjaan seorg doktor yg bersentuhan kulit dgn pesakit bukan muhrim. apa hukum nya? Jazakillahukhoiran

  18. slm sya rasa elok pakai sarung tgn.senang cite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *