Kesihatan

Kerap Alami Ulser Di Dalam Mulut, Mengapa?

Pernahkah anda alami ulser di dalam mulut seperti ini? Kerap sangat dapat, apa puncanya?

Dalam banyak situasi dan keadaan, amat sukar untuk mencari punca ia berlaku. Saya beri beberapa kemungkinan yang menjadi punca :

1. Stress
2. Jangkitan virus
3. Perubahan hormon dalam tubuh
4. Faktor genetik dan keluarga
5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik ‘poor oral hygiene’
6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi
7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E.
8. Sesetengah jenis ubat

Walaubagaimanapun, jika ulser ini tidak sembuh melebihi tiga minggu, dapatkan pemeriksaan doktor. Ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ia berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan lain-lain yang tidak mahu kita dengar.

Jumpa di klinik dan hospital, kami akan bantu.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Jika anda rasa tulisan ini berguna, sila #kongsi kepada mereka yang anda sayang. Moga kita semua diberi kesihatan berpanjangan.

 

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih 

BACA:  Petua Rawat Kebas Kaki dan Tangan Dengan Hanya Menggunakan 3 Bahan yang Ada di Dapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!