Keluarga, Perkahwinan

Kenapa Saya Pilih Nikah Dengan Suami Orang?

Sebab

Pertama..

Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.

Kedua..

Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh(pjj) ok je, kenapa kita tak boleh plak.. kan..

Ketiga..

Untuk wanita lewat usia.. samada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yg lebih tua dari dia dan baik. Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat.

Keempat..

Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Hehehe… penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

Kelima..

Saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya.

Oleh itu, Saya pilih poligami.

:: siapa yang belum jumpa manisnya
berpoligami
:: itu tanda masih kurang ilmu.
:: teruskan belajar

 

Sumber: Facebook Haryani Ithnen

BACA:  Ketagihan Pornografi Perlu Diubati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *