Kempen Menyokong Produk Muslim
Tazkirah

Kempen Menyokong Produk Muslim

Kempen Menyokong Produk Muslim

1. Rasulullah pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi. Baginda Nabi berdoa:

اللهم أعني عليهم بسبع كسبع يوسف . فأصابتهم سنة حصدت كل شيء حتى كانوا يأكلون الميتة

“Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun yang menimpa kaum Nabi Yusuf. Maka Quraysh ditimpa tahun kemarau sehingga mereka terpaksa memakan bangkai.” (HR al-Bukhari).

2. Keadaan kemarau dan ekonomi yang meruncing ini benar-benar memberikan tekanan kepada Quraysh sehingga Abu Sufyan datang memohon kepada Rasulullah agar mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat Qurasyh. Kata Abu Sufyan:

أي محمد، إن قومك قد هلكوا، فادع الله أن يكشف عنهم فدعا

“Wahai Muhammad, sesungguhnya kaummu sedang binasa. Maka doa kepada Allah agar diangkat musibah ini, lalu Rasulullah mendoakan mereka.

3. Selain itu, seorang sahabat Nabi bernama Thumamah ibn Uthal al-Hanafi turut pernah mengenakan boikot ekonomi terhadap Quraysh. Ketika beliau datang untuk menunaikan Umrah ke Mekah, Quraysh mendakwa Thumamah telah terkena sihir Muhammad. Thumamah yang juga ketua kaumnya bersumpah akan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Quraysh. Kata Thumamah:

لا والله لا تأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن في ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Demi Allah, tidak akan ada satu biji gandum pun daripada al-Yamamah yang akan dieksport ke Mekah sehinggalah kami mendapat keizinan Rasulullah.” (HR al-Bukhari)

4. Tekanan dan kepungan ekonomi juga pernah dikenakan ke atas Yahudi Bani al-Nadhir yang telah melanggar perjanjian dengan Rasulullah. Beberapa insiden ini menunjukkan tindakan tegas Rasulullah dan sahabat terhadap kaum yang memusuhi Islam.

BACA:  Pengalaman Perit Politik Di Tempat Kerja, Percaya Pada Rezeki Allah

5. Kuasa membeli adalah ditangan anda. Majoriti pengguna adalah Muslim. Sekiranya sesuatu kaum jelas menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka jihad ekonomi adalah salah satu daripada jalan menghadapinya.

6. Dalam masa yang sama, Muslim juga seharusnya membantu produk Muslim yang lain dalam membina kekuatan ekonomi buat kaum Muslimin itu sendiri.

Ikuti Page Kempen Sokong Produk Muslim untuk mengetahui lanjut tentang produk serta kempen ini.

Beli produk Muslim sahaja!

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *