≡ Menu

Kekurangan Orang Lain Adalah Ladang Pahala Bagi Kita

Kekurangan Orang Lain Adalah Ladang Pahala Bagi Kita

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Iqbal Zain di Facebook.

Ramai orang tersilap langkah dalam menyikapi dan menyantuni orang yang menyakiti dan mengangguinya walau dengan cara apa sekalipun.

Sebenarnya itu adalah modal baginya untuk meningkatkan kedudukannya disisi Allah dengan MEMAAFKANNYA, MENDOAKANNYA, MEMPERBAIKINYA, MENASIHATINYA, BERSANGKA BAIK dan MENJAGA AIBNYA.

Lihatlah segala apa yang dilakukan orang lain adalah sebenarnya pekerjaan dan perbuatan Allah. Pasti ada rahsia dan hikmah yang mungkin tidak difahami oleh seorang hamba mengapa Allah yang Maha Bijaksana mengaturkan yang sedemikian.

Seringkali saja ia merupakan salah satu bentuk teguran dan mesej dari Allah kepada kita yang mungkin pernah menyakiti orang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

LAKUKANLAH KEBAIKAN kerana hanya kebaikan bertemu dengan kebaikan. Jauhilah membalas kejahatan dengan keburukan.Latihlah diri untuk membalas kejahatan dengan kebaikan dsn dan kelembutan. Firman ALLAH:

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

(Surah Al-‘An`ām:160)

Dan Ingatlah Firman ALLAH:

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah At-Taghābun:11)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

BACA:  Profesor Masuk Islam Karena Keajaiban al-Quran

(Surah Muĥammad:31)

Sebuah kisah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Syeikh Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya lalu bertanya kepadanya,”engkau seorang hamba?”

Jawab Ibrahim :” Ya.”(yang dimaksudkannya adalah hamba Allah)

“Dimanakah tempat perkampungan yang terdekat?”tanya lelaki itu.

Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke perkuburan yang ada dekat situ sambil berkata,”Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki.”

Lelaki itu mundar sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata,”Aku menanyakan letak perkampungan mengapa kamu menunjukkan perkuburan kepadaku? Apa kamu hendak mempermainkan aku?”

Dengan penuh kemarahan , lelaki itu memukul kepala Syeikh Ibrahim.

“Pukullah kepada yang telah lama berbuat dosa kepada ,kata Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya.

Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian itu diketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata:”Hai lelaki, tidakkah kamu tahu kamu baru sahaja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul kepala Syeikh Ibrahim bin Idham, seorang alim yang terkenal.

Mendengar penyataan orang ramai itu, lalu mengapa dia mengaku dirinya hamba.

Jawab Ibrahim, “Kamu tidak bertanya : “Engkau hamba siapa. Kamu hanya bertanya engkau seorang hamba. Kerana itulah aku menjawab “Ya” kerana aku adalah hamba Allah. Apabila kamu memukul kepala, aku telah berdoa agar Allah masukkan kamu ke dalam syurga.”

“Bagaimana mungkin? Seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur hairan. “Kerana, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar . Jadi tidaklah layak jika aku masuk syurga kerana kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana.”jelas Ibrahin bin Adham.

BACA:  Beberapa Amalan Di 10 Hari Terakhir Ramadan

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, di dalam hatinya tidak terdetik rasa dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menzaliminya.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel