General, Soal Jawab Agama

Kekalkah Orang Islam Dalam Neraka Sebab Menyokong Orang Kafir?

SOALAN :

Memang tidak dinafikan lagi semua orang kafir akan masuk neraka dan kekal di dalam neraka. Soalan saya adakah orang Islam yang menyokong orang-orang kafir juga akan masuk neraka dan kekal dalam neraka sebagaimana orang kafir?

JAWAPAN :

Firman Allah Taala :

وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ هِيَ حَسْبُهُمْ ۚ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ

artinya :

“Telah menjanjikan olih Allah akan orang munafiq lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir akan neraka jahannam yang kekal mereka di dalamnya. Neraka jahannam itu patut bagi mereka dan Allah melaknat akan mereka semua dan untuk mereka nanti azab yang sangat pedih.” (Surah At-Taubah : 68)

MAKSUD AYAT MENGIKUT KITAB TAFSIR MUKTABAR

Tafsir As-Sa’di :

جمع المنافقين والكفار في النار، واللعنة والخلود في ذلك، لاجتماعهم في الدنيا على الكفر

“Dihimpunkan segala para munafiq dan orang kafir dalam neraka dan laknat atas mereka dan kekal mereka dalam neraka kerana orang munafiq itu bersama dengan orang kafir di dalam dunia dalam kekafiran.”

Tafsir Ibnu Kathir :

مَاكِثِينَ فِيهَا أَبَدًا , لَا يَحْيَوْنَ فِيهَا وَلَا يَمُوتُونَ

“Orang munafiq dan orang kafir itu tidak hidup dan tidak mati didalam neraka. Mereka berada dalam neraka jahannam selama-lamanya.”

Tafsir Imam Al-Qurtubi :

يصلونها خالدين

“Orang kafir dan munafiq itu dibakar dalam neraka jahannam selama-lamanya.”

Tafsir Imam At-Thobari :

وَلِلْفَرِيقَيْنِ جَمِيعًا , يَعْنِي مِنْ أَهْل النِّفَاق وَالْكُفْر عِنْد اللَّه , عَذَاب مُقِيم دَائِم , لَا يَزُول وَلَا يَبِيد

“Dan bagi dua puak ini bersama sekeliannya yakni dari orang-orang munafiq dan orang-orang kafir disisi Allah azab yang kekal selamanya yang tidak berkesudahan dan tidak hilang.”

BACA:  Hukum dan Adab Pertunangan Dalam Islam

Tafsir Ibnu Athiyyah :

معناه مؤبد لا نقلة له

“Artinya dikekalkan mereka dalam neraka tidak ada berpindah lagi bagi mereka.”

Tafsir Ar-Raazi :

وضم المنافقين إلى الكفار فيه

“Akan dihimpunkan segala orang munafiq bersama orang-orang kafir di dalam neraka jahannam.”

Tafsir At-Tantawi :

ولهم عذاب دائم لا ينقطع

“Bagi segala munafiq itu azab siksa yang kekal yang tidak akan berhenti.”

sekian

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *