Perubatan Islam

Kebaikan Bedak Sejuk untuk Rawatan Masalah Kulit

Sejak akhir-akhir ni ramai yang mendapatkan rawatan masalah sakit kulit, seperti gegata, kudis buta, kudis api, ruam kulit, demam campak dan gatal2 kulit.

Nak kongsi sikit peringkat awal yang perlu anda lakukan dirumah apabila mengalami gejala seperti diatas.

Ambil 21 biji bedak sejuk, letakkan didalam piring atau mangkuk bancuh bersama-sama dgn air bersih (kalau ada air ruqyah lagi Bagus). Bancuh jangan cair sgt atau jangan pekat sangat.

Kemudian bacakan pada bedak sejuk yg telah hancur tadi dengan surah Al-Fatihah 7x dan selawat syifa 7x.

Ratakan satu badan atau ditempat yang gatal, ketika hendak tidur. Biarkan ia semalam (keesokan hari baru di bersihkan). Lakukan sehingga beberapa hari atau sehingga ada perubahan pada kulit tersebut dan teruskan sehingga pulih.

Jika masih lagi tiada perubahan segara dapatkan nasihat doktor atau pusat rawatan islam jika ia berlarutan sebagai ikhtiar. Insya Allah.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan.

 

Sumber: Norazri Medzlan

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Ustaz Ajar ‘Niat yang Betul’ Kalau Nak Bela Ikan Puyu di Rumah untuk Elak Pukau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *