Isu Semasa

Kami tak jual Coke di sini

Hakimsa (kanan) dan pembantunya pelawa anda cari Coke dalam peti sejuk di restorannya

Duduk dan order satu Coke. Besar kemungkinan anda akan terperanjat sakan. Tidak pernah anda memasuki mana-mana restoran mamak dan tidak dihidangkan minuman lazim anda. Tidak pernah.

“Kami tak jual Coke di sini. Maaf,” kata pelayan beruniform di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam Worldwide. “Tetapi kenapa?,” anda bertanya agak kecewa dan juga hairan. “Oh, sebabnya Coke salah satu produk yang secara terang-terangan membantu Israel. Si Zionist tu?,” dia menjawab, anda pula termalu kerana dididik kepada siapa anda patut berpihak.

Menurut ampunya Restoran Hakim, Haji Hakimsa Shah, dia telah memboikot Coke daripada menghampiri peti sejuknya sejak serangan berdarah tanpa berhati perut oleh Israel ke atas Gaza pada tahun 2008. Baginya, kerakusan dan kezaliman rejim apartheid gila zionist Israel itu cukup untuk dijadikan alasan membantutkan mana-mana pendana yang menyalurkan wang kepada negara haram itu. Walaupun hanya pada kadar 1 sen bagi setiap tin Coke.

Hakimsa memiliki dua buah restoran 24 jam di Seksyen 7, yang pertama di Worldwide berhampiran Universiti Industri Selangor dan sebuah lagi di jalan menghala ke kawasan perindustrian Bukit Raja. Dalam usahanya yang kerdil, Hakimsa yakin dia mampu menyebarkan mesej bahawa sesiapapun jangan memberikan sambutan kepada negara seperti Israel yang sedang mewah dengan hasil jualan produk-produk pengeluar yang sememangnya mendanakan rejim ganas zionist itu. Dia memaklumkan Biro HALUAN Palestin bahawa jualan kasarnya tidak terjejas sejak memboikot Coke, malahan bertambah pula rezekinya.

Suatu petanda kepada peruncit dan pengusaha restoran bahawa tidak ada alasan untuk menolak jenama-jenama yang memboncengkan Israel. Tahniah kepada Restoran Hakim. Kami yakin beliau akan muncul di kaca TV selepas berita ini tersebar. Namun, kami masih perlu meyakinkan beliau untuk terus memboikot kesemua 6 jenama yang dikenalpasti Biro HALUAN Palestin. Ianya seperti logo-logo di bawah. Sila klik di atas logo berkenaan untuk mengetahui kenapa anda perlu memboikotnya.

BACA:  Sinead O’Connor: “Saya berbangga memeluk Islam”

Source: Haluan Palestin

16 Comments

  1. minuman bergas x bagus untuk kesihatan

  2. x ramai yg boleh tgal coke.. kfc. mcdonald.. mulut kata benci israel.. tapi mulut jugak yg sokong diorang dgn makan bnda2 tu.. susah nk ckp..

  3. semoga Allah memberkati anda Hakimsa

  4. err..kat blkg 2 de 100plus..sm prduction ngn coke gak kn..f & n(http://www.fn.com.my/food.aspx)..

  5. kalau boleh elakkan..klau x bleh dipaksa mansuhkan perlahan2…. nk tau lebih lanjut sila layari youtube (the arrival malay subtitle)…. semoga slps anda semua menonton dokumentari ini anda semua akn mndapt mnfaat dan hidayah olehNya….

  6. tahniah kepada restoran tersebut.baru 1st time dengar ada restorant tak jual coke.sangat kagum

  7. jom minum radix kola…product hpa halal toiyibbah,,,..kurang gas, kurang pemanis n xde bahan kimia..sama2 kita majukan product org kita…Amin…dgr kata mecca cola pn best…

    1. setuju, mencari yg halal itu fardu

  8. selain coke…ada banyak lg minuman di bwh syriktnya…. jd kita kna tahu jugak2…..

  9. Bagus, bagus, bagus… jangan menjual produk2 Yahudi, buat apa menyumbang dan memberi kekayaan kepada mereka, semata2 untuk menghapuskan saudara seagama kita…

    Masih ramai lagi orang-orang kita yang belum tahu tentang produk Cola yang banyak risiko dan keburukannya.

  10. sekurang2nya ada kesedaran, walau sedikit, amin- ALLAHUAKBAR

  11. x penah suke mnom air gas =]

  12. tesco pun same…boikot skali 🙂

  13. amin semoga Allah bersama mu….

  14. Keburukan yang banyak dilakukan oleh orang Yahudi kenapa Allah tak dapat menahan ? Adakah Allah tak berkuasa sehingga nak guna umat Islam berperang dengan orang Yahudi ? Allah yang maha kuasa kenapa masih tak dapat menyelesai masalah mereka sehingga zaman ini ? Semua manusia adalah sama yang pencipta agamalah menyebab banyak perselesihan antara manusia

  15. minuman coke tu mmg perancangan untuk menghancurkan semua golongan bangsa selain bangsa yahudi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!