Tazkirah

‘Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah, carilah…’ – Adam Corrie kongsi cara terus istiqamah

PELAKON Cina Muslim, Adam Corrie Lee akui bukan mudah untuk terus istiqamah dan berbuat baik.

Namun menurut Adam, jika seseorang itu sudah menerima hidayah sepatutnya hargailah ia sebaik mungkin.

“Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”
“Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat),” tulisnya.

Adam berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya mengaitkan perkongsian tersebut dengan berita mengejut pelakon Emma Maembong kini yang telah membuat keputusan membuka tudung.

Pelakon KL Gangster itu juga dalam perkongsiannya turut menyatakan cara atau tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah.

“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila dilanda ujian, cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul.

“Pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita kepada buat perkara yang tidak elok.

“Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. Kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.

“Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. Sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus dari hati.

“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang…” katanya lagi.

 

Sumber: http://www.astroawani.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Doa Mohon Allah SWT Tetapkan Hidayah Dan Taufik-Nya Kepada Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!