Kajian bukti puasa tak jejas perkembangan bayi dalam kandungan

August 10th, 2011 | 5:08 pm | Ibadah | 22 responses

Print Friendly

KAJIAN kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi.

“Ibu mengandung boleh berpuasa, membaca al-Quran terus menerus dan doa untuk kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya yang tidak menafikan cabaran ibu mengandung terutama loya, muntah, pening dan gastrik pada tiga bulan pertama menyebabkan badan kekurangan air hingga ada terpaksa menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata demikian pada seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia di Bangi, baru-baru ini.
Dr Ariza berkata, proses dehidrasi menjadikan ibu lemah, berat berkurangan tetapi biasanya keadaan itu tidak menjejaskan bayi. Begitu juga bagi ibu pada peringkat tiga bulan terakhir terpaksa berhadapan dengan keletihan, sukar untuk fokus, tidak dapat tidur dengan baik dan berat badan mungkin statik atau berkurang.

“Dalam keadaan itu bayi tidak terjejas kerana mereka mendapat cukup makanan daripada ibu. Jika mampu ibu mengandung boleh berpuasa tetapi boleh berbuka apabila mengalami muntah yang teruk. Cuma dari segi menggantikan puasa, ada perbezaan pendapat,” katanya.

Beliau berkata, risiko ibu yang menyusukan anak apabila berpuasa ialah kurang susu dan menyebabkan anak menangis. Sedangkan susu ibu adalah makanan lengkap bayi dan WHO menyarankan enam bulan pertama eksklusif susu ibu tanpa dicampur susu formula.

“Bagi ibu menyusukan anak, dibolehkan berbuka puasa seperti ibu mengandung. Cuma bagi yang mengandung, ada berpendapat tidak perlu berpuasa tanpa berusaha sedangkan Ramadan memberi banyak manfaat,” katanya sambil menasihatkan wanita hamil melewatkan sahur, makan tamar serta susu ketika sahur dan makanan tinggi serat, berehat tengah hari dan memastikan berbuka dengan makanan yang memberi tenaga segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar An Nur, Dr Norshinah Kamarudin meminta penghidap kencing manis bersahur, jangan melewatkan berbuka dan tidak makan berlebihan. Pesakit boleh mengubah dos ubat. Jika dos biasa diambil waktu pagi boleh ditukar kepada berbuka sementara dos diambil sebelum makan malam ditukar kepada waktu bersahur.

“Pengubahsuaian dos insulin perlu dilakukan dengan bimbingan doktor selain melakukan ujian tahap gula dalam darah pada waktu tertentu seperti sebelum bersahur, tiga hingga empat jam kemudian atau sebelum berbuka dan tiga hingga empat jam selepas itu.

“Minum cukup air, menggantikan air selepas buang air dan elak minuman manis,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(22)

  1. 1

    Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah. Keadaan ini menyebab kerja lambat dan kurang productiviti. Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman modern ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    • 2

      jika anda org islam,tolonglah mengucap syahadah.bhya,boleh tkuar dri islam mgtakan yg puasa ini tidak sesuai dlakukan zaman moden ini.nasihat saya,ALLAH yg membuat kita dn menjaga kita.DIA tahu apa yang boleh kita lakukan…puasa semata2 tnpa keikhlsan utk ALLAH,mugkin lapar shja yg anda dapat.skrg d zaman moden lgi mudah utuk mnjalankan ibdah puasa ini.pergi keja balik kerja dengan kenderaan bukan berjalan kaki atau menunggang kuda.lebih selesa dri zaman Nabi Muhammad (s.a.w),mereka berperang semasa melakukan ibadah puasa tapi lihat puasa tidak membawa kekalahan pada mereka…mereka menang dengan jayanya.ingatlah,puasa tidak membawa maut dan bukan untuk rang miskin dan tidak bekerja sahaja.sepatutnya puasa ini harus di lakukan berterusan oleh orang kaya,supaya mereka tahu perasaan orang miskin yang tidak dapat mkan dengan baik..kembalilah kepada ajaran ALLAH,jgn tersesat dlam kata2.semoga anda dn saya mendapat hidayah & petunjuk dari ALLAH (s.w.t),amin.

    • 4

      Mungkin anda yang terlalu KUNO sehingga tidak mengetahui perkembangan sains masa kini. Untuk pengetahuan anda, ajaran KUNO ini jugalah yang telah diiktiraf saintis barat yang membuktikan bahawa puasa itu sangat baik untuk kesihatan serta mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Jangan kita rasa diri kita terlalu moden kerana kadang-kadang kemodenan yang kita kecapi itu sebenarnya membawa manusia ke zaman yang lebih kuno dan tidak bertamadun…

      • 5

        saya sokong..ari tu selepas azan zohor saya ade dgr ikim fm puasa ni baik utk kesihatan.sebab dgn berpuasa kita dpt memperbaiki sel2 penghadaman yg telah rosak.kita da makan selama 11 bulan.secara logiknya mesti laa ade sel2 penghadaman yg da rosak.kalo nk repair sel yg da rosak mase bkn bln puasa mesti laa susah kan?jd mase bln puasa laa sel2 penghadaman dpt dibaiki

        utk pengetahuan saudara peace, ramai ahli2 falsafah yunani yg mengamalkan puasa..saudara cari laa sendiri siapa..

        saya musykil kenapa saudara keluarkan kenyataan begitu..mungkin saudara nk tgok agaknya reaksi org islam atau saudara sengaja nk cari pasal..

  2. 6

    Assalammualaikum……saya ada persoalan…tahun kedua perkahwinan saya,isteri saya telah mengandung.seperti rutin kebiasaan,kami di perlukan untuk membawa ke klinik untuk pemeriksaan(scan dll).tp dalam masalah kami,bila scan ,hanya kami dapat melihat sebentar saja bayi dlm kandungan.perkara ini berlarutan hingga kandungan isteri saya 9 bulan.bila sampai masa untuk bersalin,doktor menjadi pelik,kerana bila scan kandungan tetap x nampak…sehingga la kandungan mencapai 10 bulan 2 minggu.pihak hospital menjadi risau,perut isteri saya besar tp kandungan x nampak walau degupan jantung bayi ada.sehingga la pada satu mlm jumaat,isteri saya bermimipi bersalin,dan bila dia tersedar,perut dia telah kempis dah hanya ada kesan darah sikit di kaki.dlam mimpinya…bayi kami telah di ambil oleh orang berjubah hijau.saya nak tahu…apa sebenarnya yang berlaku,dan apa telah terjadi pada bayi kami?

    • 7

      sila rujuk di pusat rawatan islam

  3. 8

    waalaikumussalam kwn….kejadian yg awak alami biasanya memang berlaku tp x banyak…biasa orang kita kata mengandung anggur…tp hakikat klu org2 kg biasanya katakan ank nya d ambil org halus…sebab itu naluri ibu itu sendiri dpt merasakan..saya pun kurang pasti kebenarannya tp yg kita tahu bukan manusia saja duduk d alam ini…yg pasti anda sabar dgn ujian ALLAH…dan dengarlah pantang larang org tua…

  4. 9

    Kalau puasa baik kenapa tak puasa tiap-tiap hari? Kenapa harus pilih bulan Ramadan sahaja? Tak rasakah kamu bila waktu puasa kamu menjadi malas kerja dan kurang tenaga. Bahkan boleh menjadi sakit kerana tiada makan dan minum. Ajaran agama bukan semua boleh percaya. Ajaran agama untuk zaman lama kerana mereka kurang pelajaran dan pengetahuan sains. Ada faham !

    • 10

      Allah Pencipta semua makhluk dan semua makhluk termasuk manusia adalah ciptaan Allah. Sebagai Pencipta seluruh manusia, Allah telah tetapkan perintah dan suruhan, larangan dan tegahan supaya manusia mendapat faedah yang terbaik untuk diri manusia itu sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam masa yang sama mendapat keredhaan Allah SWT. Kalau manusia lari dan ingkar daripada arahan, maka akan datanglah kesan buruknya sama ada cepat atau lambat.

      Sejarah Nabi-nabi membuktikan dengan amalan berpuasa akan mendatangkan kesihatan dan kekuatan khas daripada Allah SWT dan pastinya kesan baiknya akan datang kepada kita dan generasi sehingga hari kiamat bagi mereka yang yakin.

      Dengan makan munim yang berlebihan akan mendatangkan kerosakan dan penyakit sepertimana Allah perintahkan di dalam al Quran, “Makanlah & minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan.” Maka disyariatkan amalan berpuasa untuk memberi kerehatan pada organ-organ pencernaan manusia selama beberapa ketika yang bekerja keras sepanjang masa.

      Cuba kita fikirkan kalau kita harus bekerja selama 8-12 jam tanpa sebarang rehat. Kerja sepanjang tahun tanpa cuti dan rehat. Sudah pasti kita tak sanggup.Semua ciptaan termasuk manusia ada kelebihan dan kelemahan tersendiri termasuklah organ dalam tubuh badan kita. Sebagai hamba Allah, kita diamanahkan untuk menjaga tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah dengan sebaik mungkin. Begitulah sistem tubuh badan termasuk perut dan usus berhak mendapat kerehatan tersendiri.

      Taatlah kepada Pencipta kita yang telah memberikan agama yang hak untuk kita ikuti kerana inilah sumber kejayaan manusia yang sebenar. Banyakkan membaca, memahami dan menghayati al Quran dengan mengamalkannya kerana itulah panduan hidup manusia hingga hari Qiamat.

    • 11

      yg pose untuk lemahkan itu engkau lah….bodohlah statement ko…..

    • 12

      pesal la ko nie bodoh sgt hah osama???klu ko rajin bpuasa hari2,buat la…puasa 1 bln di bulan ramadhan nie adalah mgikut kajian sains di mana stlh kita nie telan macam2 slama stahun,perut kita nie msti berhenti seketika iaitu berpuasa utk membersihkan usus…setiap 30hari bpuasa tuh,ada peringkat2 pemulihannya…aku kalu ade artikel kajian tuh,mmg aku post kt cni.ko nie msti xskolah tinggi kan??sian kat ko..da la bodoh,sombong plak tue….smoga ko nie dberi hidah n byk2kan bertaubat….ingat,ko idup kt dunia nie bkn lama…pas mati nanti ada perhitungannya…so,cpt2la bertaubat supaya tlepas siksa2 dikemudian hari….

  5. 13

    Mana bukti sains yg kata puasa melemahkan badan?

    • 14

      Tak payah bukti sains, jom daki gunung ngan aku skarang tengok ko bleh pegi ke tak.

  6. 15

    Sesungguhnya Maha Pencipta lebih mengenal ciptaanNya berbanding kita kenal diri kita sendiri. Puasa itu tarbiah untuk manusia.

    Kita sendiri ciptaan Allah jadi kita harus menggunakan akal yang dipandu iman dalam menjalani hidup berpandukan Al-Quran dan Hadis.

    Imam Syafie pernah berkata “aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”.

    berpuasa bukan adat orang dulu, tapisyariat umat manusia dari awal hingga akhir zaman.

  7. 16

    Memang betul kata’ Osama’ bahawa puasa memang merosakan badan saya. Puasa menyebabkan badan saya kurus, lemah, malas kerja dan kadang-kala sakit ! Kita orang biasa perlu hari-hari rajin dan bertenaga untuk sara hidup setiap hari. Jika kita malas dan lemah kita tak dapat bertanding dengan kaum lain ! Kenapa penganut lain tak mengikut ajaran Islam tetapi Allah tidak hukum mereka ? Jadi kadang-kala fikir adakah agama amat penting kepada manusia?

    • 17

      Buka mata, buka hati.
      Sejarah dah membuktikan puasa tidak melemahkan, bahkan menguatkan diri! Orang Islam mampu menang perang ketika berpuasa, bukan sekali malahan berkali-kali. Nak dibandingkan kita yg ada sesetghnya berkerja ada bumbung, ber aircond, sgt kondusif.
      Ubah cara berfikir, dan berfikiran positive. Kalau kita fikir malas, tak larat la, lapar la, memang tu yang akan kita dapat, that is law of attraction.
      Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
      And YES, ISLAM is the way of life!

  8. 18

    As Salam,

    Bertaubatlah dan mengucap kembali kepada sesape yg menganggap berpuasa ini kuno dan tidak bermanfaat. Sebelum malaikat maut menjemput tanpa sempat bertaubat.
    Allah mensyariatkan puasa bukan utk menyusahkan hambaNya. Semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat. Berpuasa sudah terbukti dari segi sains dan sunnah. Amalan berpuasa disyariatkan hanya sebulan adalah untuk memberi masa kepada sistem pencernaan kita berehat dan memulihkan apa2 yg rosak dan sakit.
    Pasal persaingan dgn bangsa lain, jgn sempitkan persaingan hanya di dunia yg fana ini semata. Dunia yg fana ini memanglah kaum kafirin yg akan menguasainya kerana Allah memang memberikan bahagian dunia ini kepada mereka. Bahagian umat Islam lebih luas dari sekadar dunia ini iaitu akhirat yang lebih kekal abadi. Islam tidak menolak kemajuan dunia tetapi itu bukanlah matlamat sebenar manusia dicipta untuk semata2 menikmati dunia yang sementara. Ingatlah Allah mensyariatkan segala perintahnya seperti puasa adalah untuk menguji hambaNya samada taat atau tidak. Beruntunglah kpd mereka yg taat dan malanglah kpd mereka yg ingkar. Jangan terkesima dgn dunia sehingga melupakan bahagian kita di akhirat. Kalau puasa ini sia2, tidaklah Allah mengutuskan para nabi dan rasul utk menegakkan syariat ini.

  9. 19

    insaflah bg mereka yang merendahkan martabat kehebatan puasa dalam Islam. Janganlah melihat dari segi perspektif akal fikiran semata-semata malah kajian sains telah membuktikannya. Bukankah Puasa itu salah satu daripada rukun Islam? Bagi mereka yang mempertikaikan kewajipan puasa, tanya diri balik adakah aku sudah Islam sebenarnya. Siapalah diri kita kita untuk mempertikaikan apa yang telah ditetapkanNya untuk diri kita..

  10. 20

    Sy ibu mengandung dan pada usia kndungan 38 weeks sy masih berpuasa..ujian menunjukkan bayi dalam kandungan sy shat.malah air ketuban pun cukup.jd ikotkan klu saudara2 yg menyatakan puasa itu meletihkan.sy xrase begitu..malah sy rase sy makin kuat ble berpuasa.kerja masih same…xde perubahan.pemakanan kn btol.pd mase yg same Allah menjaga kt.for those yg terasa sgt moden..org moden perlu byk ilmu..dan bykkan la membaca dan mengkajibetapa hebatnya islam…

  11. 21

    Salam,

    Ada pembaca page ini sengaja memperbodohkan diri mereka dengan mengutarakan statement yang membangkitkan kemarahan umat Nabi Muhammad. Semoga org tersebut mendapat Taufiq dan Hidayah dan moga Allah bukakan pintu taubat untuk mereka ini.

    Saya wanita yang mengandung tidak mengalami masalah berpuasa. Moga mereka yang lain percaya Allah sentiasa melindungi kita dan bayi kita sepanjang puasa ini :)

  12. 22

    sngguh brani mreka2 yg b’kata2 itu. Mgkn sbb mreka blh hdup slamanya ‘blh tongkat langit’ kot. Na’uzubillahiminzaalik…

Leave a Reply

CommentLuv badge