Ibadah

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
BACA:  Ubat perasaan cemburu

3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Darussyifa’

73 Comments

  1. Assalamualaikum…macm mana pula nak minta doa petunjuk ditunjukkan orang yang menganiaya …contohnya jikalau kereta saya dicalar tanpa sebab adakah ada doa tertentu yang dapt diamalkan bg memperlihatkan manusia tersebut

    1. Maafkn dia.Muhasabah diri.Semoga Allah mengganti lebih baik dari yg ada.Tksh

      1. fasha sandha insaf

        semoga kita sama-sama beroleh menfaatnya…

        my recent post jom baca…inilah orang Islam yang hina agamanya sendiri

  2. nie mesti keta cikgu yg kena calar dgn anak murid.cikgu grg saje selalu kena calar keta!

    1. Islam itu indah, tiada perlu buruk sangka terhadap mana2 pihak. Allah akan menunjukkan kepada kita sekiranya baik untuk kita. Sekiranya tidak ditunjukkan pun ada hikmahnya – hanya Allah yang mengetahui, kita kena yakin takdir dan ketentuan Allah.

      1. So peluk tubuh je lh?sb semuanye dh d tentu kan tuhan

        1. Allah Maha mengasihani dan Pemurah..Dia xkan sia2kan pencarian kita..just percaya pada Dia sbb Dia lebih mengetahui ap y baik dan terbaik utk kita..k

    2. masyaallah

  3. Salam …ada tak amalan atau doa yang boleh diamalkan untuk membuka hati orang yang telah menipu duit kita untuk mengembalikan semula duit tersebut

    1. Salam… sama seperti azha ada tak amalan atau doq untuk membuka hati orang telah menipu kita dam memohon duit itu dikembalikan semula..

    2. Sama spt Jwpn dari Jefferay Hozzains.

  4. Salam,,,,,,,saya sama seperti azha dan kazar apakah cara atau amalan/doa untuk mmbuka hati orang yang telah menipu duit supaya mengembalikan semula duit itu seperti yang dijanjikan. Sebab itu adalah hasil titik peluh kita sekian lama.

    1. Jwpn sama spt Jefferay Hozzains

  5. salam. bagaimana jika ada air yassin atau air zam2 yang saya terima samada dari khenduri tahlil atau solat hajat disekolah anak2 tetapi tidak habis diminum kesemuanya kerana banyak. ada diantara air tersebut dikhaskan pada nama anak2 tertentu tetapi botol2 tersebut telah bercampur2 sewaktu kami membuat ‘renovation’ rumah. terima kasih.

  6. salam, saya ingin tahu pasal product kecantikan SK2, adakah ianya blh digunakan tanpa was-was, sebelum saya membelinya. terima kasih

  7. Amalkan membaca Surah al-Waqiah setiap hari Insya Allah jika duit tu memang rezki kita Allah akan pulangkan semula.. terjadi kat saya yg mana duit yg telah dipinjam dgn banyaknya selama 2 tahun ni telah dikembalikan setelah mengamalkan Surah al-Waqiah ini (baru je amalkan dlm 2-3 minggu kerana baru peka 🙂 ) Alhamdulillah.. rezki yg halal balik semula.

  8. salam,,dulu saya pernah di saluk saku (dompet) dan kehilangan duit 1000,cincin & brg lain,,tapi sudah lama berlalu,,boleh kah sekiranya saya m’amalkan panduan ini? pada mulanya saya redha walau pun duit itu duit hantaran tetapi seperti saya x b’puas hati dgn kehilangan ini,,,sewaktu saya m’beli belah saya rasa seperti ada seorg budak & dewasa b’diri d belakang saya tapi saya terkaku,nak menoleh tp tak boleh, waktu nak bt bayaran dompet dah xda,, sampai sekarang hal ini masih t’semat d ingatan,,

  9. salam ustaz…saya ingin b’tanya mengenai kes saya,pada 07/09/2011 rumah saya dan rumah jiran telah d’masuki pencuri…ketika itu saya dan isteri serta jiran tiada di rumah,saya telah k’rugian sebanyak RM13,000,00 iaitu barang kemas milik isteri saya…manakala jiran saya pula kehilangan wang tunai lebih kurang RM700,00…saya dan isteri telah banyak b’ikhtiar dan b’doa agar barang kami d’kembali’kn semula…saya nk b’tanya kepada ustaz,adakah kaedah ini boleh d’guna’kn oleh kami??kerana sudah beberapa bulan kami k’hilangan barang t’sebut…

    1. Berdoalah kpd Allah dipanjangkan umor, sihat tubuh badan, dimurahi rezeki yg halal selalu(ini yg paling berharga).Semoga Allah mengganti yg lebih dr yg telah hilang.

    2. Berdoalah kpd Allah dipanjangkan umor, sihat tubuh badan, dimurahi rezeki yg halal selalu(ini yg paling berharga).Semoga Allah mengganti yg lebih baik dr yg telah hilang.

  10. salam…
    Sudah hampir setahun saya kehilangan barang2 kemas peninggalan arwah emak dan juga cincin perkahwinan kerana rumah dimasuki “pencuri” tanpa ada kerosakan tombol pintu @ kesan2 rumah diceroboh masuk setelah pulang dari kerja.Barang yg hilang ….Hanya brg2 kemas dan kain pelikat yg masih di dalam kotak utk suami saya yg saya belikan dr Medan.
    sy juga membuat solat hajat dan membaca Yaasin…akhirnya saya redha…..
    Tetapi….perkara tersebut masih di ingtan saya kerana brg2 kemas yg hilang tersebut adalah brg2 peninggalan arwah ibu.
    Soalan saya ….panduan di atas bolehkah dilakukan lagi walaupun brg tersebut sudah hilang setahun yg lalu?
    shukran jazilan….

  11. Salam,

    Baru-baru ini, di pejabat saya telah kehilangan komputer. Polis mengesyaki perbuatan orang dalam kerana tiada kesan pecah masuk. Kami bersepakat untuk mengadakan bacaan Yasin dan mengarahkan semua staff untuk meminum air Yasin tersebut. Tujuannya adalah supaya dipencuri mahu mengaku dan mengembalikan komputer tersebut disamping menjaga keharmonian pejabat yang saling tuduh menuduh dan saling mengesyaki sesama staf.

    Masalah saya, ada yang menganggap perbuatan membaca Yasin seolah-olah sebagai tujuan penganiayaan dan menganggap perbuatan tersebut salah kerana tiada nas yang menyokong . Mohon diperjelaskan. Terima Kasih.

  12. terima kasih atas maklumat yang di kongsi.
    Cuma bolehkah saya mengamalkan ini walaupun barang saya hanya hilang telefon bimbit?
    Saya sangat sayang telefon bimbit itu kerana arwah ayah saya yang belikan..

    Terima kasih ya(:

  13. pernah lakukan seperti yang disarankan dan alhamdulillah barang yang hilang “dikembalikan” semula minus jumlah kredit dlm hp tu. betul kata ustaz”islam itu indah”, saya minta anak saya halalkan wang tu dan buat sujud syukur walau barang tu harga tak seberapa tapi untuk bantu kembalikan keyakinan dan semangat anak yg sedang belajar berdikari dan bermasyarakat di asrama.

  14. bagaimana pula dengan duit hilang? kita sudah tahu siape yang mengambilnya malah telah berjumpa dengan ustaz yang memang mengetahui tentang ini dan telah mengesahkan memang benar dia yang mengambilnya, tetapi dia tidak mengaku. bagaimanakah? ape patut dilakukan?

  15. Kaifiat Bacaan Surah Yaasin Untuk Mengembalikan Barang Hilang | Aduan Kereta Hilang

    […] Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din […]

  16. Rosina Mohd Ghazali

    Assalamualaikum Dato,
    Pada September, 2011 Persatuan waris keluarga saya telah mengadakan kunjungan keBrunei menziarahi saudaramara disana dan telah membawa cenderahati dan saya telah mendahulukan wang saya utk urusan itu kerana ada seorg ahli/waris telah bersetuju utk menaja hadiah2 itu bjumlah RM2,900-00( saya gunakan gantinama beliau dgn A)

    2- Saya telah menyerahkan wang tunai kpd A utk urusan tiket penerbangan saya 4 beranak sebanyak RM2,800-00 tapi bila hari utk berlepas rupa2nya tiket kami tidak diuruskan jadi saya menggunakan card credit saya utk urusan tiket utk kali kedua dan membayarnya dgn harga RM3,200-00. jumlah kesemuanya RM6,100-00 sehingga sekarang A masih belum membayarnya dan memberi bermacam2 alasan , sekarang sms dan call saya tidak dijawabnya

    Saya ingin mendapat kepastian dari Dato adakah ini dikira beliau berhutang dengan saya ?

    Saya sangat2 berharap agar Dato dapat memberi cara sembahyang hajat dan doa yg terbaik utk saya lakukan.Saya menunggu jawapan dari Dato, sekian terima kasih, Wassalam

  17. Assalammualaikum…
    Alhamdulillah.kucing yg sy sngt syg hilang dh 2ari..sy kunjungi website ni dan amalkan doa ni..lepas sj sy selesai solat hajat dan berdoa, sy bc surah Yassin mcm yg Dato’ terangkan..tengah baca surah Yassin ni dengan izin Allah kucing sy da didepan pintu..dah balik ke rumah dengan sendiri sedangkan sebelum tu sy dan suami dah merata mencarinya sampai lewat mlm tak jumpa. Ya..tiada tempat lain lagi yg patut kita memohon melainkan Allah..sy sendiri dpt merasakannya lepas kejadian ini kuasa Allah..syukur alhamdulillah..

  18. Assalammualaikum…

    Ustaz saya menghadapi masalah ditipu kawan mengenai kereta yg dpinjam dan dia brjanji untuk bayar bulanan.sekarang dia telah menjual kereta pada pihak ketiga dan sekarang saya tidak tahu dimana kereta itu sekarang.bagaimana cara dan ikhtiar nya ya ustaz

  19. assalamualaikum ,

    Dato ‘ , bolehkah kaedah ini diguna untuk permohonan hajat yang lain , seperti dipermudahkan pekerjaan , diangkat penyakit atau lain2.

    terima kasih.

  20. assalamualaikum ustaz , 2 biji handphone sya tlh dicuri .. apakah sya patot menghalalkannya atau mengharamkannya .. saya amat buntu memikirkannya ,.. dan saya rasa amat geram kpd pencuri itu .. ???

  21. Salam Ustaz, pada raya ke 3 tahun ini, ibu saya meninggal dunia, beliau meninggalkan barang kemas berupa seutas rantai leher, rantai tangan dan sebentuk cincin. Pada hari ke-3 arwah meninggal, baru saya sedari barang kemas yg disimpan dlm beg tangan saya telah dicuri. Pengurusan jenazah ibu dilakukan di rumah nenek sebelah ibu. selama 3 hari tu beg saya di simpan di bilik nenek. Saya percaya barang tersebut dicuri oleh ahli keluarga tapi saya tak berani menuduh sesiapa. Seminggu kemudian saya bertemu ahli keluarga suami yang ada ilmu utk ” menengok” dan dengan kuasa Allah mereka ( 3 ahli keluarga menengok pd masa berlainan ) menunjukkan orang yg sama. (saya berikan beberapa foto sedara-mara yg disyaki). Agak teperanjat bila foto sedara yang paling saya percaya yg TERPILIH. Saya cuma nak tanya Ustaz adakah cara ini boleh dipercayai.. Sampai skrg saya belum bertanyakan hal ini kepada dia, takut berlaku pergaduhan kerana tiada bukti yg sah. Saya hanya mampu berdoa dilembutkan hatinya utk pulangkan brg tersebut.

  22. Assalamualaikum…mohon share ye ustaz/ustazah

  23. mengenai qunut nazilah
    bagaimana niat , bila untuk di gunakan
    harap dapat pihak darrussyifa jelaskan
    ,

  24. Aslmkum, baru2 ni ketika saya sedang ambil wudhu beg tangan dan beg telekung sy telah dicuri oleh siapa tak tahu. Di dlmnya ada pelbagai barangan berharga termasuk RM1000, handphone 2, jam tangan Bonia, Dompet Bonia, beg bonia, sepasang anting2, cincin, kad2 kredit, ATM, buku2 bank dan byk lgi yg boleh menyebabkan macam sasau rasanya….kalau hbag sy dipulangkan, mungkin sy boleh rasa tenang sdkit, nk ambil wang & hp ambillah tp tolonglah pulangkan semua dokumen2 penting saya……kini hidup rasa tak tenteram kerana byk kesusahan yg terpaksa saya lalui kerana kehilangan kesemua brg2 tersebut….apa lagi kad perubatan saya…..apa harus saya buat….yasin dah baca tapi makin byk baca, makin hati saya lembut utk memaafkannya…tapi jauh di sudut hati masih menyumpah2….

  25. Salam tuan,
    Isteri saya telah lari dari rumah bersama sama anak setelah berlaku pertengkaran , saya amat pelik kerana pagi sebelum dia melarikan diri isteri saya dan saya sudah berbaik setelah berbincang secara elok. Isteri saya telah keluar dari rumah selama seminggu dan tidak pulang lagi kerumah,,,Boleh kah saya amalkan bacaan Yassin ini utk mengembalikan isteri dan anak saya tersebut ke rumah saya semula.

  26. ya allah harddissk dan kolkulator sye hilang dan bende tu digunakan untuk menuntut ilmu barang tersebut dicuri oleh kawan saya dan saya tk berani nk minta semula apa patut yang saya lakukan mesej sye ya..https://www.facebook.com/Ayiq98

  27. PUAN ZURAINI YASIR

    Assalamualaikum , Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan Surah Yaseen Mubin 7 . Saya mengamalkannya selepas solat Isya’ setelah mengerjakan Solat Taubat dan Solat Hajat . Ketika saya membaca Surah Yaseen Mubin 7 ini , saya sering di landa rasa MENGANTUK yang amat sangat tapi saya sering kuatkan semangat saya dan berdoa pada Allah swt supaya saya dapat habis membacanya . Alhamdulillah saya juga mengamal membaca YA KHALIQ , YA HAQ , YA MU’ID , YA JAAMI setiap kali selesai solat dengan berdoa agar anak saya yang pergi dari rumah akan kembali dan di berikan petunjuk di mana anak saya berada ketika itu . Saya bersyukur pada Allah swt kerana doa saya di makbulkan oleh Allah swt . Kini anak saya sudah berada di rumah ketika ini atas izin-NYA . Jangan jemu berdoa walau apa pun yang terjadi dan yakin bahawa Allah swt itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani . . assalamualikum .

  28. Assalamualaikum ustaz. Jika saya tidak suci dari hadas, ada cara lain selain daripada mendirikan solat hajat?

  29. salam ustaz . jika kita ingin mendapatkan kembali wang yang telah ditipu oleh orang lain , bagaimana caranya ustaz ? respons ustaz sangat saya perlukan . terima kasih bnyk .

  30. Assalammmualaikum ustaz.. bagaimanakah cara untuk kita mengetahui atau untuk membuka hati orang yang telah mengambil barang orang yang telah meninggal.. kerana barang tersebut adalah barang pusaka.. kami amat terkilan kerana barang tersebut telah diamanah kepada kami oleh arwah ibu untuk menjaga barang itu dengan sebaik2nya..terina kasih.

  31. Assalamualaikum, saya baru 12 tahun , saya hilang telefon bimbit saya , saya syg sekali dengan telephone bimbit saya. Tapi saya tidak faham dan saya tidak tahu melakukan solat hajat , tlg saya ye

  32. Assalamualaikum dato’
    9bln yang lalu adik saya menikah, malam selepas pernikahannya ini rumah dimasuki pencuri, kotak sumbangan duit pemberian para tamu jamuan hari itu lenyap dicuri..isi kotak itu yg 1 penuh yg 1 lg separuhnya, saya sampai skarang tak dapat melupakan kejadian trsebut, bisakah amalan diatas dilakukan untuk mengembalikan duit yg telah hilang 9bln lepas? Mohon bantuannya dato’ terimakasih

  33. terima kasih atas perkongsian

  34. Assalamualaikum? saya nak tanya apakah maksud mubin?

  35. Assalamualaikum? Apa maksud Mubin?

  36. saya kehilangan sijil dan dokumen penting, apa doa yang patut saya baca. Harap dapat nasihat daripada Dato’. terima kasih

  37. assalamualaikum ustaz ..

    baru2 ni khamis saya telah kehilangan purse dimana jumlah didalamnya lebih kurang rm1300 .. hilangnya saya perasan sewaktu turun ke cafe untuk lunch sekitar 1.15ptg .. sebelum itu saya bawa ke makmal .. saya cari tapi tak jumpa .. saya bagitau kawan2 kelas , mungkin bukan rezeki saya tapi tolong pulangkan balik purse sbb dokumen sy semua dalam tu .. kira2 pukul 5.40 ptg sy mdapat panggilan telefon mgtakan purse sy telah dijumpai di atas tong sampah depan makmal sy duduk tadi .. tetapi duit didalamnya telah diambil ..

    sy report polis dan pihak polis mintak penysyarah saya buat provokasi mengatakan kes telah direport dan kesan cap jari telah diambil .. sesiapa yang mengaku , kes akan ditarik balik tetapi kalau tidak tindakan akan terus dijalan .. selepas pukul 12 , seoramg rakan kelas sy bjumpa dgn pensyarah tersebut mengaku yg dia (pravinna , perempuan india ) yg jumpa purse sy di toilet .. dia cek didalamnya tiada duit , dia takut nak bg kat sy sbb takut sy menuduh dia , jadi dia letakkan di atas tong sampah dengan harapan lect tersebut nampak .. adakah logik disitu ?

    sy tengah ihtiar , kalau tak dapat duit balik mungkin mmg bukan rezeki sy tapi sy nak tau sape yang ambil .. mohon ustaz dan juga sesiapa yang baca ini doakan agar semua ini selesai dengan baik .. doa orang2 yang teraniaya didengar Allah kan ustaz .. terima kasih ..

  38. In shaa ALLAH, ilmu yang bermanfaat, akan pelajari sebaik mungkin

  39. ilmu yg sangat bermanfaat…terima kasih..

  40. Salam…boleh pakai ke kepercayaan dimana kalau nak potong kain untun buat baju perlu dipotong pada hari isnin,selasa dan khamis.jika potong hari lain, plbagai pykit mudah terkena pada kita..mohon penjelasan

  41. Salam…mohon minta ayat atau amalan untuk mendapatkan zuriat dari segi perubatan islam.terima kasih

  42. Sy boleh ke memohon kembalikan brg yg hilang 2 thn yg lepas.sebab masa hilang tue sy tak tau nk wat ape2..brg tu ialah gelang mas akad nikah yg tercicir setelah pakaii beberapa jam.

  43. salam, ustaz saya ada satu perkara ingin ditanya, saya ada sorang kawan die orang susah, jadi pada mulanya dia meminta untuk meminjam. tapi saya kata suruh dia pakai je tuk dia wat belanja ( dia jarang makan dan selalu makan maggi je : dia kata) tapi dah 5 tahun baru saya tahu dia gunakan duit tu tuk pergi becuti dan berfoya foya rupanya.

    selepas tu saya meminta semula wang yang dia mula tipu saya, selepas saya siasat berdasarkan kawan kawan dia dan terkantoinya dia sendiri dengan saya.

    dia juga nak pulangkan semula wang saya selepas saya marah dia…halal atau tidak duit itu saya guna?

  44. Assalammualaikum ustaz… baru2 nie saya ada beli barang secara online drpd seorng peniaga cina… jumlah yang sya beli RM 10,500.00. tetapi apabila sya sdah habis bayar barang tersebut tdk dihantar kepada saya dn akaun facebook org tersebut jga semacam sengaja di tutup… bleh kah sya mengamalkan bacaan yassin tersebut walaupun pada mereka yang bukan beragama islam…

    Sekian terima kasih… wassalm…

  45. assalammualaikum ustaz… minta penjelasan sedikit dari ustaz.. contohnya apabila kita selesai bacaan mubin pertama kena ulang bacaan yasin sehingga surah terakhir yasin ke ustaz?

  46. Assalamu alaikum Ustadz, minta izin mengamalkan kaifiat bacaan surat yaasin,

  47. shalymie bin shafii

    assalamualaikum.dato matorsikal saya telah di curi..semangat saya pun kurang

  48. asalamualaikum ustd minta izin tuk mengamalkan nya trmks

  49. Assalamu’alaikum

    Alhamdulillah…saya mengamalkan ini dan Alhamdulillah kucing saya yg hilang ditemukan orang dan diantar ke rumah.

    Terima kasih Datuk ..semoga limpahan berkah dari Allah mengalir untuk Datuk.

    Wa’alaikumsalam

  50. asalamualaikum ustd minta izin tuk mengamalkan nya

  51. Salam Ustaz, bagaimana cara untuk memohon Allah swt menemukan jodoh anak perempuan saya (selepas dia putus cinta: boyfren dia kahwin lain semasa dia menyambung belajar di luar negara).. Sekarang dia seolah-olah putus asa di umur 26 tahun ini. Dia kata tidak ada masa untuk cari boyfren dan sukar untuk mempercayai mereka. Tks

  52. Blhkah diamalkn utk terbitkn rasa kasihan pd org yg tlh berjanji utk membayar duit komisyen diatas sesuatu pertolongan yg halal.. seperti penjualan tanah..

  53. Beramal-lah dg ikhlas dan sesuai dg apa apa yang dicontohkan rosulullah, insyaAllah jadi amal sholih yang diterima di sisi Allah Subhanahuwata’ala

  54. salam ustaz,

    saya ingin bertanya tentang bagaimana nak bertemu dengan org atau sahabat yg hilang kerana masalah peribadi. terutama sekali berkenaan hutang piutang.

    adakah amalan2 doa yg dpt membantu untuk kita bertemu dgn seseorg atau utk melembutkan hati bg membyr hutang.

    mohon penjelasan.

  55. Salam…ada x doa yg blh dptkn ptunjuk yg bkn kta yg mngambil brng org itu…

  56. Salam ustaz,saya baru ditipu oleh sindiket jual kereta scrap dr singapore,tujuan sy beli untuk dileraikan dan jual spare part,rm4500 duit sy bankin tp sampai skrg kereta xdpt..agen tu gunakan agama islam untk menipu,mmg ssiapa yg dgr akn percaya ap sahaja dia ckp..ms urusan bnkin duit,sy lgsg xfkir ap2,selalunya sy xkn bnkin duit utk sbrang urusan jual beli melainkn brg sudah ada depan mata..2hr sy tggu,mcm2 alasan dia bg,last dia lgsg xrep msg@xjwb bila sy call..mtk tlg ssiapa bg sy cadangan mcm mana biar dia terbuka ht pulangkn duit saya..itu je duit yg sy ada dan digunakan untuk berniaga.. :'(

  57. asslm alkm, minta izin mengamalkannya

  58. Assalammualaikum…
    saudara Ustadz mohon izin mengamalkan ilmu INI..
    alfatihah..

  59. Ni uztaz kanina..ckap saja xda feddback

  60. Sy tlh trade in kereta. Kereta tu disimpan oleh salesman. Dia tidak membuat bayaran bulanan di bank. Sy meminta kereta tersebut dikembalikan kepada sy. Tetapi dia enggan dan menghilangkan diri. Bolehkah sy amalkan yassin 7 mubin ini utk mendapatkan semula kereta sy.

  61. assalam ustaz..ada x doa utk lembutkan hati org yg pinjam kereta orang tp tak nak byr?sy plak terpksa byr utk dia..kekadang sy rs serabut..sy ada tanggungan tp dia xda tanggungan..rs teraniaya ja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!