Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

October 13th, 2011 | 4:36 pm | Ibadah | 35 responses

Print Friendly

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Darussyifa’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(35)

  1. 1

    Assalamualaikum…macm mana pula nak minta doa petunjuk ditunjukkan orang yang menganiaya …contohnya jikalau kereta saya dicalar tanpa sebab adakah ada doa tertentu yang dapt diamalkan bg memperlihatkan manusia tersebut

  2. 4

    nie mesti keta cikgu yg kena calar dgn anak murid.cikgu grg saje selalu kena calar keta!

    • 5

      Islam itu indah, tiada perlu buruk sangka terhadap mana2 pihak. Allah akan menunjukkan kepada kita sekiranya baik untuk kita. Sekiranya tidak ditunjukkan pun ada hikmahnya – hanya Allah yang mengetahui, kita kena yakin takdir dan ketentuan Allah.

      • 6

        So peluk tubuh je lh?sb semuanye dh d tentu kan tuhan

    • 7

      masyaallah

  3. 8

    Salam …ada tak amalan atau doa yang boleh diamalkan untuk membuka hati orang yang telah menipu duit kita untuk mengembalikan semula duit tersebut

    • 9

      Salam… sama seperti azha ada tak amalan atau doq untuk membuka hati orang telah menipu kita dam memohon duit itu dikembalikan semula..

    • 10

      Sama spt Jwpn dari Jefferay Hozzains.

  4. 11

    Salam,,,,,,,saya sama seperti azha dan kazar apakah cara atau amalan/doa untuk mmbuka hati orang yang telah menipu duit supaya mengembalikan semula duit itu seperti yang dijanjikan. Sebab itu adalah hasil titik peluh kita sekian lama.

    • 12

      Jwpn sama spt Jefferay Hozzains

  5. 13

    salam. bagaimana jika ada air yassin atau air zam2 yang saya terima samada dari khenduri tahlil atau solat hajat disekolah anak2 tetapi tidak habis diminum kesemuanya kerana banyak. ada diantara air tersebut dikhaskan pada nama anak2 tertentu tetapi botol2 tersebut telah bercampur2 sewaktu kami membuat ‘renovation’ rumah. terima kasih.

  6. 14

    salam, saya ingin tahu pasal product kecantikan SK2, adakah ianya blh digunakan tanpa was-was, sebelum saya membelinya. terima kasih

  7. 15

    Amalkan membaca Surah al-Waqiah setiap hari Insya Allah jika duit tu memang rezki kita Allah akan pulangkan semula.. terjadi kat saya yg mana duit yg telah dipinjam dgn banyaknya selama 2 tahun ni telah dikembalikan setelah mengamalkan Surah al-Waqiah ini (baru je amalkan dlm 2-3 minggu kerana baru peka :) ) Alhamdulillah.. rezki yg halal balik semula.

  8. 16

    salam,,dulu saya pernah di saluk saku (dompet) dan kehilangan duit 1000,cincin & brg lain,,tapi sudah lama berlalu,,boleh kah sekiranya saya m’amalkan panduan ini? pada mulanya saya redha walau pun duit itu duit hantaran tetapi seperti saya x b’puas hati dgn kehilangan ini,,,sewaktu saya m’beli belah saya rasa seperti ada seorg budak & dewasa b’diri d belakang saya tapi saya terkaku,nak menoleh tp tak boleh, waktu nak bt bayaran dompet dah xda,, sampai sekarang hal ini masih t’semat d ingatan,,

  9. 17

    salam ustaz…saya ingin b’tanya mengenai kes saya,pada 07/09/2011 rumah saya dan rumah jiran telah d’masuki pencuri…ketika itu saya dan isteri serta jiran tiada di rumah,saya telah k’rugian sebanyak RM13,000,00 iaitu barang kemas milik isteri saya…manakala jiran saya pula kehilangan wang tunai lebih kurang RM700,00…saya dan isteri telah banyak b’ikhtiar dan b’doa agar barang kami d’kembali’kn semula…saya nk b’tanya kepada ustaz,adakah kaedah ini boleh d’guna’kn oleh kami??kerana sudah beberapa bulan kami k’hilangan barang t’sebut…

    • 18

      Berdoalah kpd Allah dipanjangkan umor, sihat tubuh badan, dimurahi rezeki yg halal selalu(ini yg paling berharga).Semoga Allah mengganti yg lebih dr yg telah hilang.

    • 19

      Berdoalah kpd Allah dipanjangkan umor, sihat tubuh badan, dimurahi rezeki yg halal selalu(ini yg paling berharga).Semoga Allah mengganti yg lebih baik dr yg telah hilang.

  10. 20

    salam…
    Sudah hampir setahun saya kehilangan barang2 kemas peninggalan arwah emak dan juga cincin perkahwinan kerana rumah dimasuki “pencuri” tanpa ada kerosakan tombol pintu @ kesan2 rumah diceroboh masuk setelah pulang dari kerja.Barang yg hilang ….Hanya brg2 kemas dan kain pelikat yg masih di dalam kotak utk suami saya yg saya belikan dr Medan.
    sy juga membuat solat hajat dan membaca Yaasin…akhirnya saya redha…..
    Tetapi….perkara tersebut masih di ingtan saya kerana brg2 kemas yg hilang tersebut adalah brg2 peninggalan arwah ibu.
    Soalan saya ….panduan di atas bolehkah dilakukan lagi walaupun brg tersebut sudah hilang setahun yg lalu?
    shukran jazilan….

  11. 21

    Salam,

    Baru-baru ini, di pejabat saya telah kehilangan komputer. Polis mengesyaki perbuatan orang dalam kerana tiada kesan pecah masuk. Kami bersepakat untuk mengadakan bacaan Yasin dan mengarahkan semua staff untuk meminum air Yasin tersebut. Tujuannya adalah supaya dipencuri mahu mengaku dan mengembalikan komputer tersebut disamping menjaga keharmonian pejabat yang saling tuduh menuduh dan saling mengesyaki sesama staf.

    Masalah saya, ada yang menganggap perbuatan membaca Yasin seolah-olah sebagai tujuan penganiayaan dan menganggap perbuatan tersebut salah kerana tiada nas yang menyokong . Mohon diperjelaskan. Terima Kasih.

  12. 22

    terima kasih atas maklumat yang di kongsi.
    Cuma bolehkah saya mengamalkan ini walaupun barang saya hanya hilang telefon bimbit?
    Saya sangat sayang telefon bimbit itu kerana arwah ayah saya yang belikan..

    Terima kasih ya(:

  13. 23

    pernah lakukan seperti yang disarankan dan alhamdulillah barang yang hilang “dikembalikan” semula minus jumlah kredit dlm hp tu. betul kata ustaz”islam itu indah”, saya minta anak saya halalkan wang tu dan buat sujud syukur walau barang tu harga tak seberapa tapi untuk bantu kembalikan keyakinan dan semangat anak yg sedang belajar berdikari dan bermasyarakat di asrama.

  14. 24

    bagaimana pula dengan duit hilang? kita sudah tahu siape yang mengambilnya malah telah berjumpa dengan ustaz yang memang mengetahui tentang ini dan telah mengesahkan memang benar dia yang mengambilnya, tetapi dia tidak mengaku. bagaimanakah? ape patut dilakukan?

  15. 25

    Assalamualaikum Dato,
    Pada September, 2011 Persatuan waris keluarga saya telah mengadakan kunjungan keBrunei menziarahi saudaramara disana dan telah membawa cenderahati dan saya telah mendahulukan wang saya utk urusan itu kerana ada seorg ahli/waris telah bersetuju utk menaja hadiah2 itu bjumlah RM2,900-00( saya gunakan gantinama beliau dgn A)

    2- Saya telah menyerahkan wang tunai kpd A utk urusan tiket penerbangan saya 4 beranak sebanyak RM2,800-00 tapi bila hari utk berlepas rupa2nya tiket kami tidak diuruskan jadi saya menggunakan card credit saya utk urusan tiket utk kali kedua dan membayarnya dgn harga RM3,200-00. jumlah kesemuanya RM6,100-00 sehingga sekarang A masih belum membayarnya dan memberi bermacam2 alasan , sekarang sms dan call saya tidak dijawabnya

    Saya ingin mendapat kepastian dari Dato adakah ini dikira beliau berhutang dengan saya ?

    Saya sangat2 berharap agar Dato dapat memberi cara sembahyang hajat dan doa yg terbaik utk saya lakukan.Saya menunggu jawapan dari Dato, sekian terima kasih, Wassalam

  16. 26

    Assalammualaikum…
    Alhamdulillah.kucing yg sy sngt syg hilang dh 2ari..sy kunjungi website ni dan amalkan doa ni..lepas sj sy selesai solat hajat dan berdoa, sy bc surah Yassin mcm yg Dato’ terangkan..tengah baca surah Yassin ni dengan izin Allah kucing sy da didepan pintu..dah balik ke rumah dengan sendiri sedangkan sebelum tu sy dan suami dah merata mencarinya sampai lewat mlm tak jumpa. Ya..tiada tempat lain lagi yg patut kita memohon melainkan Allah..sy sendiri dpt merasakannya lepas kejadian ini kuasa Allah..syukur alhamdulillah..

  17. 27

    Assalammualaikum…

    Ustaz saya menghadapi masalah ditipu kawan mengenai kereta yg dpinjam dan dia brjanji untuk bayar bulanan.sekarang dia telah menjual kereta pada pihak ketiga dan sekarang saya tidak tahu dimana kereta itu sekarang.bagaimana cara dan ikhtiar nya ya ustaz

  18. 28

    assalamualaikum ,

    Dato ‘ , bolehkah kaedah ini diguna untuk permohonan hajat yang lain , seperti dipermudahkan pekerjaan , diangkat penyakit atau lain2.

    terima kasih.

  19. 29

    assalamualaikum ustaz , 2 biji handphone sya tlh dicuri .. apakah sya patot menghalalkannya atau mengharamkannya .. saya amat buntu memikirkannya ,.. dan saya rasa amat geram kpd pencuri itu .. ???

  20. 30

    Salam Ustaz, pada raya ke 3 tahun ini, ibu saya meninggal dunia, beliau meninggalkan barang kemas berupa seutas rantai leher, rantai tangan dan sebentuk cincin. Pada hari ke-3 arwah meninggal, baru saya sedari barang kemas yg disimpan dlm beg tangan saya telah dicuri. Pengurusan jenazah ibu dilakukan di rumah nenek sebelah ibu. selama 3 hari tu beg saya di simpan di bilik nenek. Saya percaya barang tersebut dicuri oleh ahli keluarga tapi saya tak berani menuduh sesiapa. Seminggu kemudian saya bertemu ahli keluarga suami yang ada ilmu utk ” menengok” dan dengan kuasa Allah mereka ( 3 ahli keluarga menengok pd masa berlainan ) menunjukkan orang yg sama. (saya berikan beberapa foto sedara-mara yg disyaki). Agak teperanjat bila foto sedara yang paling saya percaya yg TERPILIH. Saya cuma nak tanya Ustaz adakah cara ini boleh dipercayai.. Sampai skrg saya belum bertanyakan hal ini kepada dia, takut berlaku pergaduhan kerana tiada bukti yg sah. Saya hanya mampu berdoa dilembutkan hatinya utk pulangkan brg tersebut.

  21. 31

    Assalamualaikum…mohon share ye ustaz/ustazah

  22. 32

    mengenai qunut nazilah
    bagaimana niat , bila untuk di gunakan
    harap dapat pihak darrussyifa jelaskan
    ,

  23. 33

    Aslmkum, baru2 ni ketika saya sedang ambil wudhu beg tangan dan beg telekung sy telah dicuri oleh siapa tak tahu. Di dlmnya ada pelbagai barangan berharga termasuk RM1000, handphone 2, jam tangan Bonia, Dompet Bonia, beg bonia, sepasang anting2, cincin, kad2 kredit, ATM, buku2 bank dan byk lgi yg boleh menyebabkan macam sasau rasanya….kalau hbag sy dipulangkan, mungkin sy boleh rasa tenang sdkit, nk ambil wang & hp ambillah tp tolonglah pulangkan semua dokumen2 penting saya……kini hidup rasa tak tenteram kerana byk kesusahan yg terpaksa saya lalui kerana kehilangan kesemua brg2 tersebut….apa lagi kad perubatan saya…..apa harus saya buat….yasin dah baca tapi makin byk baca, makin hati saya lembut utk memaafkannya…tapi jauh di sudut hati masih menyumpah2….

Trackbacks and Pingbacks

  1. Kereta Dicuri Dan Dapat Semula
  2. Kaifiat Bacaan Surah Yaasin Untuk Mengembalikan Barang Hilang | Aduan Kereta Hilang

Leave a Reply

CommentLuv badge