Ibadah, Soal Jawab Agama

Jual Makanan di Siang Hari Bulan Ramadhan

Soalan; Apa hukum membuka kedai makan pada waktu siang di bulan Ramadhan?

Jawapan;

Puasa di bulan Ramadhan adalah kewajipan dalam Islam yang dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan ini telah disepakati (ijmak) oleh sekelian ulamak kaum muslimin sejak mula ia disyari’atkan hinggalah ke hari kiamat. Rasulullah s.a.w. telah memberi satu ancaman yang keras terhadap orang yang sengaja berbuka puasa pada siang hari di bulan Ramadhan dengan sabda baginda;

من أَفطرَ يوماً من رَمضَانَ من غَيرِ رُخصةٍ ولا مرضٍ لَمْ يَقضِ عنه صومُ الدَّهرِ كلِّهِ وإِنْ صامَهُ
“Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya”. (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Seorang muslim yang menjual makanan kepada orang yang sengaja tidak berpuasa (tanpa ada sebarang keuzuran atau tegahan) pada siang hari di bulan Ramadhan maka ia turut berdosa kerana ia bersyubahat membantu orang lain melakukan dosa. Jika membantu orang lain melakukan ketaatan diberi pahala, maka membantu orang lain berbuat dosa akan diberi balasan dosa oleh Allah.

Oleh demikian, hendaklah serang muslim yang mengusahakan kedai makan menutup kedainya di siang hari di bulan Ramadhan jika ia mengetahui bahawa yang datang membeli dikedainya ialah orang-orang yang sengaja tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Adapun jika ia membuka kedainya khusus untuk menjual makanan bagi persediaan berbuka puasa untuk orang yang berpuasa atau menjual makanan khusus untuk kanak-kanak yang belum sampai umur wajib berpuasa, maka hal tersebut adalah harus. Begitu juga, harus ia membuka kedainya khusus untuk menjual makanan kepada orang-orang bukan Islam dengan syarat tidak berterang-terangan di hadapan kaum muslimin yang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w.;

BACA:  Masuk Alat Scan Ke Dalam Faraj, Adakah Batal Puasa?

كُلُّ أُمّتِي معافىً إلا المُجَاهِرِينَ
“Setiap ummatku akan dimaafkan kecuali orang-orang yang berterang-terangan melakukan dosa”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Yasalunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah (Jil. 4), Syeikh Dr. Ahmad as-Syirbasi, Dar al-Jil, Beirut – Lubnan.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

7 Comments

  1. Bagaimana jika ditempat kami ada yg beragama non muslim dan ada orang yg sakit tidak diwajibkan puasa apa hukumnya bagi yg membuka kedai?

    Trimakasih

    1. Nama dah cukup baik “Yusuf”…tapi soalan yang diajukan macam tak sepadan dengan nama jer….kalau non muslim belilah dikedai non muslim kenapa kita orang Islam sibuk sibuk nak bagi makan dia orang…..yang sakit makan ubat dan berapa ramai sangat orang sakit melainkan dihospital sampai peniaga kena buka kedai untuk menjual.Orang Islam percaya Allah yang mencipta dan maha pencipta dan segalanya adalah milikNya tak boleh ker ikut sahaja tanpa ada pertikaian……Bulan Ramadhan diharamkan makan pada waktu siang untuk sesiapa yang layak dan selayaknya berpuasa…kalau yang uzur makan dlm.bilik atau mana mana tempat yang orang tak nampak bagi tujuan mengelakan fitnah…..sekarang ni ramai bukan Islam belajar berpuasa diatas sebab kesihatan……orang Islam pulak sibuk pertikaikan kehebatan berpuasa………lame…..

  2. Kenapa Allah paksa Muslim mengikut banyak peraturan Islam ? Kenapa Allah tak hukum bukan Muslim tidak mengikut peraturan Islam ? Adakah Allah lebih suka orang bukan Muslim daripada orang Muslim ? Jelas sekali Allah tidak adil !

    1. yang bukan islam,tempat mereka kekal dalam api neraka.sebab neraka
      dicipta untuk orang kafir.

    2. ko kafir ke islam bodoh kah?..Allah maha adil tidak kira apa yg berlaku Allah maha adil, maha kuasa, beza antara kafir dan islam adalah ucapan kalimah Laila ha illallah, dengan taklid kalimah itu lah sesorang akan memasuki syurga, sesungguhnya kehidupan dunia ini tidak penting langsung yang penting kehidupan akhirat, kalau kehidupan dunia ini penting di sisi Allah nescaya org kafir tidak akan mendapat setitis air untuk diminum, pasal x penting lah kehidupan dunia org kafir boleh jadi kaya raya Allah bagi juga rezeki kat org kafir tapi itulh istidraj ada faham

    3. Jangan marah dia….Mungkin dia bebudak lagi…..rasa rasanya dia ni anak yang berbinkan Abdullah sebab tak pernah kena marah dengan bapa kerana melakukan kesalahan….Azmi….ibubapa larang anak sebabkan sayang,dlm.kelaurga yang sah taraf ada undang undang yang tak tertulis sebagai contoh anak tak solat…..patut dirotan….dirotan sebabkan sayang bukan benci….sepertimana yang Azmi terima ditempat buangan anak luar nikah itu.Allah melarang disebabkan sayang kan umat Islam……Orang kafir nak buat apa pun buatlah sebab kalau mati kafir nerakalah jawabnya……

  3. Haram juga menjual makanan kepada orang kafir.
    melainkan perempuan kafir yang dalam keadaan haid sahaja.
    Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!