Ibadah

Jenis-jenis Haji dan Umrah

Haji dan Umrah itu ada 5 jenis, iaitu:

  • Haji jenis Ifrad
  • Haji jenis Tamattu’
  • Haji jenis Qiran
  • Haji sahaja, dan
  • Umrah sahaja

HAJI JENIS IFRAD

Ifrad maknanya ” berasingan” jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.

HAJI JENIS TAMATTU’

Tamattu’ ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattu’ itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.

HAJI JENIS QIRAN

Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa’ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai’e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu” (Riwayat – Tarmizi)

 

Sumber: www.muftimelaka.gov.my

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah oleh JAKIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *