Keluarga, Kesihatan, Nasihat

Jenguk ibu bapa di kampung dan beri duit sudah cukup sempurna bagi si anak? Salah tu, Jom layan tips pantau kesihatan mereka!

Tips untuk educate orang tersayang agar tidak mudah dipengaruhi oleh penjual supplemen atau bomoh yang hanya mahukan duit mereka!

Golongan tua khususnya mudah terpengaruh dengan supplemen yang dijual oleh self claim ‘penasihat kesihatan’ yang tiada sebarang sijil kelayakan yang sah. Hanya bermotifkan wang golongan ini hanya mengambil kesempatan atas keterdesakan untuk pulih pesakit kronik di luar sana.

 

1. Slow talk dengan mereka

Kadangkala ibu bapa kita ni susah nak dididik oleh kerana faktor usia mereka. Jadi ambil sedikit masa anda brainwash mereka agar berfikir secara logik. Contoh video seorang bomoh mendakwa sel kanser takut dengan bawang putih walhal yang didakwa sel kanser itu adalah magnetik slime. Kalau sel kanser takut bawang putih tiada seorang pun lah rakyat Malaysia menghidap kanser kerana lauk pauk harian kita sudah pasti menggunakan bawang putih!

 

2. Gesa mereka untuk follow pengamal perubatan di media sosial

Kini ramai doktor bertauliah yang menggunakan media sosial untuk mendidik masyarakat ilmu pengetahuan yang betul. Perkenalkan kepada ibu bapa anda page mereka agar mereka alert dengan scammer di luar sana!

 

3. Update mereka dengan info kesihatan dari pengamal perubatan yang bertauliah

Sebagai anak kita perlu ambil tahu ubat apa yang ibu bapa kita makan dari semasa ke semasa. Jika kecemasan takdelah anda blur bila doktor tanya nanti. Kalau ada post kesihatan di Facebook bertujuan untuk mendidik tag mereka. Zaman kini penjual produk kesihatan yang hanya mahukan kocek anda sudah standby menunggu peluang.

 

4. Paksa mereka jika sakit jumpa doktor bukan bomoh atau penjual supplemen!

BACA:  Garam : Punca Darah Tinggi Dan Pembunuh Senyap 43% Orang Dewasa di Malaysia

Nampak memang kasar namun jika orang tua anda mudah terpengaruh dengan kawan reunion, jiran sebelah mengenai perihal kesihatan apa lagi yang kita dapat buat. Jangan diserahkan urusan kesihatan kepada yang bukan orangnya. Kalau sakit rujuk bomoh atau penjual supplemen sia-sia lah doktor,pakar pemakanan belajar bertahun-tahun di universiti.

 

5. Nasihat ibu bapa anda ubah cara pemakanan dan bersenam

Tiada jalan mudah untuk sihat selain daripada mengikuti panduan piramid makanan. Selain itu, luangkan masa ajak mereka bersenam untuk bakar lemak berlebihan. Kalau balik kampung jangan lupa hadiahkan mereka buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

6. Hadiahkan mereka susu tepung kambing

Susu memang bagus untuk golongan warga emas bagi menambah kalsium untuk membantu pembetukan tulang yang kuat. Apatah lagi susu kambing yang mengandungi kalsium yang lebih berbanding susu lembu. Susu kambing juga mengandungi gula yang lebih rendah berbanding susu lembu.

Susu tepung kambing Harwany Gold Goat memang tidak langsung berbau hamis kambing dan terdapat juga perisa coklat untuk kanak-kanak. Ia juga tiada gula tambahan maka sesuai untuk semua peringkat umur (kecuali bayi 6 bulan ke bawah).

Susu tepung kambing Harwany Gold Goat disahkan halal oleh Jakim. Ia boleh didapati di Guardian, AEON dan kedai jamu yang berdekatan.

Secawan Gold Goat setiap pagi pasti bersemangat sepanjang hari!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *