Kesihatan

Jangan Titik Sebarangan Ubat Ke Dalam Mata

Seorang wanita dalam usia 20 an dirujuk ke klinik mata untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami masalah penglihatan sejak beberapa bulan lalu.

Penglihatannya dahulu terang dan jelas dengan bantuan cermin mata semakin lama semakin kabur dan gelap gelita.

Pertanyaan lanjut mendapati beliau telah menggunakan ubat titisan mata yang di perolehi dari peniaga yang menjalankan satu demonstrasi khas di surau berhampiran.

Ubat titis yang dikatakan dapat menyembuhkan rabun jauh itu telah digunakan selama beberapa bulan, 2 kali setiap hari.

Pemeriksaan lanjut mendapati tekanan bebola matanya cukup tinggi! Tekanan tinggi ini menyebabkan saraf mata terhimpit dan menjejaskan penglihatan.

Ubat titis mata yang kononnya merawat rabun jauh itu sebenarnya adalah cecair steroid. Penggunaan ubat mata yang mengandungi steroid tanpa kawalan menyebabkan masalah Steroid Induced Glaukoma- buta berkekalan yang penuh kekesalan.
.

Sekiranya ada mana mana pihak yang mendakwa ubat titis mata mampu merawat dan menyembuhkan masalah mata seperti katarak, selaput mata, rabun jauh dan dekat… ketahuilah ia adalah PENIPUAN semata mata.

Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan anda.

 

Sumber: Public Health Malaysia 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!