Keluarga

Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Dengan Cepat!

Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak melalui proses perkembangan yang pesat terutama bila si kecil sudah mula meniarap dan berguling atas katil. Namun, ia boleh menjadi salah satu punca bayi jatuh dari tempat tidur.

Pada umur tiga bulan ke atas, bayi sudah mula mengeksplorasi kemampuannya seperti berguling atas katil, mencapai sesuatu benda, memegang, masukkan sesuatu ke dalam mulut dll.

Masa inilah pengawasan terhadap mereka harus lebih teliti kerana risiko untuk bayi jatuh dari tempat tidur semasa ibu membuat kerja rumah adalah lebih tinggi.

Tentunya sebagai ibu ayah anda panik. Tapi jangan terlampau panik. Segera berikan pertolongan pertama dengan 5 langkah-langkah berikut:

5 langkah keselamatan jika bayi jatuh dari tempat tidur

#1 – Bayi jatuh dari tempat tidur: Segera angkat dan dukung

Apabila mendapati bayi jatuh dari katil, segera angkat, dukung dan tenangkannya kerana biasanya bayi yang terjatuh akan menangis.

Untuk tenangkannya semula, anda harus mendakap tubuh dan mengelus rambutnya.

#2 – Bayi jatuh dari tempat tidur: Periksa tubuh dan kepala si kecil

Setelah itu, periksa kepala dan tubuh si kecil itu sama ada terdapat sebarang luka, benjol, darah dan calar.

Untuk merawat benjolan, anda boleh sapu minyak gamat pada sehelai kain bersih dan tuam di bahagian tersebut.

Jika terdapat luka berdarah, tekan bahagian itu dengan kapas bersih selama 10 minit dan jika tidak berhenti segera bawa ke hospital.

#3 – Bayi jatuh dari tempat tidur: Beri minum susu

Setelah selesai langkah 1 dan 2, anda boleh teruskan dengan memberi si kecil minum susu badan atau susu formula kerana apabila sudah kenyang, bayi mudah tertidur semula.

BACA:  Siapa Di Kalangan Keluarga Suami Atau Isteri Yang Menjadi Mahram Kita?

#4 – Bayi jatuh dari tempat tidur: Waspada jika bayi alami pengsan dan muntah serta tanda-tanda lain

Namun begitu, anda harus perhatikan jika bayi selepas jatuh katil alami pengsan, muntah, sukar dibangunkan selepas tidur, kejang pada wajah atau anggota tak boleh bergerak.

Apapun jangan panik dan segera bawanya ke hospital untuk dapatkan rawatan yang lebih tepat dan cepat.

#5 – Bayi jatuh dari tempat tidur: Pasang penghadang di setiap sisi katil

Bagi mengelak sebarang kecederaan serius, anda juga boleh memasang penghadang di setiap sisi katil dan paras ketinggian katil tidak terlalu tinggi kerana ia sangat bahaya pada keselamatan kanak-kanak.

Selain, pasang cadar atau tilam nipis di atas lantai untuk lebih selamat. Semoga artikel ini bermanfaat.

 

Sumber: my.theasianparent.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *