Keluarga

Jangan Keterlaluan Tekan Anak Dalam Soal Pelajaran – Raja Permaisuri Agong

KUANTAN : Anak-anak tidak boleh ditekan secara keterlaluan oleh ibu bapa dan guru dalam soal pelajaran kerana dibimbangi memberi kesan psikologi.

Titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ibu bapa dan guru disaran tidak berbuat demikian kerana dibimbangi akan menyebababkan tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Baginda bertitah, ada masanya anak-anak perlu diberikan kelonggaran untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru kerana zaman kanak-kanak hanya dilalui sekali sahaja.

“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu… tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.

“Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka yang dipetik Bernama.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota.

Majlis berkenaan turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr. Tajuddin Mohd Yunus.

Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Raja Permaisuri perlu memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.

BACA:  5 Cara Suami Melayan Isteri – Ramai Suami Tidak Tahu, Kongsikan Kepada Suami

“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

 

Sumber: www.nepalivibes.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *