Keluarga, Nasihat

Jangan Biasakan Isteri Terlalu Berdikari, Tak Dibelai Hatinya Dengan Kasih Sayang

Suami yang tak usaha cepat pujuk isteri yang merajuk, sebab membayangkan isteri itu berdikari dan nanti akan sejuk sendiri. Awas! Sila hadam nasihat penting dari Puan Marlia Ramli ini.

Sebab suami yang sebegini mewarisi sifat papa kedana tak ada empati. Lagi-lagi dekat isteri yang dah banyak berkorban tu. Biarlah miskin harta, jangan miskin kata-kata untuk melembutkan, memujuk hati isteri.

Jangan Jadi Suami Yang Papa Kedana 

1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.

2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang.

3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.

4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.

5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.

6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.

Dari Mana Punca Isteri Jadi Kuat Membebel, Garang..

7 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?

8 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…

BACA:  Kerana Biarkan Bilik Kosong Dalam Rumah. ’Dasim’ Makhluk Terlaknat Buat Suami Isteri Berpisah.

8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.

10 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.

11 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Dan jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.

12 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.

13 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.

14 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.

15 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.

 

Sumber: Facebook Yu Yu 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

1 Comments

  1. Betul pun… Ape nk di sangkal… Rmi suami yg mcm ni. Beruntung isteri yg dpt suami yg suka memujuk, belai hatinya. X usahlah menegakkn benang yg basah wahai rmi kaum lelaki, hakikat nya rmi kamu yg mcm ni, sy bkn sekadar menulis tp itulah hakikatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!