Kesihatan

Jangak Dongak Kepala Ketika Berlaku Pendarahan Hidung

Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.

Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.

1. Pendarahan hidung berhenti.
2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.

Oleh itu, beberapa langkah perlu dan MESTI dilakukan apabila pendarahan hidung berlaku.

1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.

2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!

3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.

4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.

5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.

6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.

Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.

Sila #kongsi tulisan ini kepada mereka yang anda sayang. Moga ia bermanfaat.

 

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih 

BACA:  Isu Penarikan Semula Produk Iceberg Lettuce Keluaran Malaysia dari Pasaran Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!