Akidah, Isu Semasa

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor – 99 dan Perak – 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

“Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

“Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

Source: Malaysiakini

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Perbaiki pengurusan zakat dan kebajikan elak MURTAD

15 Comments

  1. Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan - Koleksi cerita hot, cerita panas, melayu boleh - Cerita Hot | Cerita Panas | Melayu Boleh

    […] Sumber: Islam Itu Indah […]

  2. assalamualaikum w.b.t tolong email ya

  3. mohd shaharuddin

    er teck hwa tu islam ke ???

    1. dia cina….tp dia buleh tya mengenai masaalah murtad kepada menteri agama di jabatan perdana menteri…
      apa perasaan saudara????
      saya rasa dia bkn ber ugama islam seperti saya….sbb saya rasa tak ada dalam DAP orang yg ber ugama islam….
      saya rasa malu kerana org yg bkn dr ugama saya ambil berat ttg ugama saya…..dalam islam hukum org murtad adalah BUNUH!!!!!!!!!!!
      soalan saya…knp di lulus kn permohonan murtad tu….knp tak jalan kn hukum yg ALLAH ttp kn…iaitu…. BUNUH bg tiap-tia org islam yg murtad!

  4. MalaysiaKini dapat data dari mane?

  5. MasyaAllah….apa hukuman jika x lulus permohonan mereka dan Hukum Allah S.W.T boleh ditukar2 pulak oleh pihak yang meluluskan permohonan itu….saya keliru …..ya allah

    1. itu lh yg tr jd pd masa skrg….hukum ALLAH tlh di ketepikn….
      manusia membuat undang-undang sdri yg br tentangan dgn hukum yg tlh ALLAH ttp kn di dlm alquran…. 🙁

  6. Islam ada banyak kelemahan menyebab banyak orang nak murtad. Malahan ada banyak halangan kepada orang yang ingin murtad. Agama yang baik tidak takut tiada pengikut. Agama tidak penting untuk manusia tetapi ada manusia mengguna agama untuk kuasa politik

    1. Sesungguhnya ISLAM itu kuat dan sempurna, tetapi umat islamlah yang membuatkan seolah-olah ISLAM itu lemah dan tidak moden. Inilah akibatnya jika pemimpin dalam kalangan umat islam hanya melihat ISLAM dari sudut bilangan masjid. Pada fikiran mereka, semakin banyak masjid maka semakin tinggi dan kuat ISLAM sedangkan ISLAM bukan hanya terletak di masjid sahaja tetapi meliputi keseluruhan hidup umat islam…Jangan Salahkan Agama Islam Semat-mata Islam Itu bersifat sumulliyah (sedap Mulut kata Islam itu ada banyak Kelemahan) manusia itu yang banyak kelemahanya…

    2. AGAMA TIDAK PENTING KALAU KAMU PAGAN ( TIDAK BERAGAMA) JGN NAK MEMBERI PENDAPAT YANG SALAH DISINI
      AGAMA PENTING BAGI SETIAP UMAT MANUSIA KENAL ISLAM DULU BARU NAK BERCAKAP DIRUANGAN INI……………

  7. Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak memaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan , kejayan, kemodenan dll.

    1. astagfirullahalazim

      awak orang islam ke tidak ? Agama yang Benar dan satu-satunya di terima adalah Agama Islam , agama yang lain tidak diterima selepas turunnya agama Islam. Bertaubatlah , akal yang diberi Allah untuk digunakan dengan baik bukan ikut nafsu dan bisikan syaitan , kalau tak tahu pasal Agama Islam lebih baik diam jangan nak mengeluarkan fakta yang salah terpesong dan memesongkan , Ya Allah , ampunkan dosa-dosa kami ya allah.

    2. Hanya agama Islam yang selamat dari siksaan kubur dan siksaan api neraka yang kekal abadi. Penganut Islam masih ada peluang keluar dari api neraka yang 70x lebih panas dari api neraka, tapi agama lain langsung tidak ada peluang keluar. Memang semua agama menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, tapi inilah yang membezakan Islam dgn lain-lain agama di dunia. Itulah juga sebabnya 25 orang rasul diutus untuk menyampaikan Islam supaya setiap orang selamat dari azab api neraka yang tidak boleh dibayangkan keperitannya.

    3. Erm anda tidak faham mengapa islam mewajibkan itu ini. Kalau pasal sembahyang 5kali sehari kerana banyak sebab.. didalam solat itu sendiri banyak kelebihannya untuk kebaikan orang yg melakukannya juga.. contohnya waktu sujud, trdapt stu salur darh dalm kpala yg hnya akan dmasuki darh apbila dalam keadaan sujud.. maka peredaran darah dalam badan lebih sempurna akibat prbuatan sujud tadi. Menjawab persoalan anda islam mengharamkan makan babi ataupun arak contohnya.. jika anda search dalm youtube words pepsi n coca cola+babi akan djumpai vdo daging babi yg dcurah air brgas tdi kluarnya ulat2 putih. Ini krna ulat babi ni xkan mati walaupun dbakar dalam suhu 800drjhclsius. Itu sbb islam haramkn. Babi mkn bnda kotor k. Arak plak bracun x? Tp nape ibu mgndung xleh minum? Sbb nt baby cacat kan.. ksan jgka masa pnjg tuk org dwasa.. gduh rogol cerai sbab mabuk.. buat pengetahuan anda zman nabi muhammd sahabt nabi pun minum ark tp disebabkan ark itu membawa keburukan maka ia dharamkan.. bukan suka2. Islam itu cara hidup kerana ia byk mendtgkan kebaikan tuk pganutnya juga krana ia agama yg bnar bukan soal mudah atau susah tp lebih pnting ia benar. Lagipun kalau anda rase sndiri pnglamn org yg brpuasa ianya tidaklah memenatkan n mnyusahkan. Its all come from ur mind. Jika anda nk tnya lbih lgi sya mgkin ade org yg bleh jwb soalan anda.

  8. Kita tidak boleh paksa org utk meyembah tuhan. Kita tidak boleh berlagak seperti tuhan untuk menghukum sesama manusia. Setiap agama membawa ke jalan lurus. Kita tidak boleh bertindak sebagai wakil tuhan. Contohnye, kalo ko x puasa kita akan sumbat dalam penjara, kalo laki tgk borak dgn wanita terus tangkap khalwat. Syak buat sex. Melatih anggota utk tangkap org, atas nama tuhan. Umpama sebelum tuhan seksa kamu, saya bertindak seksa kamu. Byk yg tersirat di sebalik kes murtad ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!