Jakim: Satu perceraian pada setiap 15 minit

March 8th, 2011 | 9:11 am | Isu Semasa | 22 responses

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya, semalam.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini, Jakim telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ”Sidang Parlimen Roh” selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” kata beliau.

-Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(22)

  1. 1

    Semua yg berlaku kehendak Allah..walaupun telah mencuba dan terus mencuba untuk bertahan .. kesabaran menjadi inti perkahwinan.. namun tiada siapa yang boleh melawan takdir Allah.

  2. 2

    Pd pendapat saya, perceraian adalah kehendak pasangan itu sndri… mgapa Allah yg harus d persalahkan. Apakah setiap yg buruk itu dr Allh??? Seharusnya lihat pd dr sendiri. Allah izinkan apa saja yg kita mahu, samada baik atau buruk jer pembezanya.
    D harp pasangan d luar sana dpt mmpertahankan perkahwinan hingga ke nafas terakhir walau cabarannya amat berat dn pahit utk d telan, tp kalau dah tiada jln penyelesaian…perceraian ttp Allah izinkan…
    maaf kalo x sependpt….

    • 3

      setuju ngan Watt, kelemahan manusia yg menginginkan sesuatu itu lebih dari dari apa yg Allah beri, penceraian berlaku, melibatkan banyak faktor.

      perkahwinan yg direstui dan diberkati Allah, adalah yg sederhana, yang mengikut saranan agama dan sunnah Rasul. Bukan kerana sesuatu … atau terselindung sesuatu muslihat di sebalik pernikahan itu…
      perkahwiann yg hanya melebih-lebih dari sepatutnya, dan banyak pembaziran semata2 mau mencari nama dan pujian….

      Selain itu Ilmu untuk berumahtangga belum cukup, belum bersedia untuk jadi isteri/ suami yg soleh. disebabkan nafsu… seks, wang ringget dan harta kekayaan, maupun kesilapan keterlanjuran.

      Yang menyebabkan rumahtangga tidak dapat beetahan lama dan berakhir dengan penceraian. Perkahwinan yg bersandarkan niat semata2 kerana Allah dan sunnah RsulNya untuk berjihat, dan mengembangkan zuriat Islam ke jalan Allah.

      Berapa ramai pasangan yg berkawin memegang amanah Allah dalam perhawinannya?

  3. 4

    ramai yang convert masuk islam bila kahwin … bila dah cerai, masuk agama asal semula.. salah siapa tu?

    • 5

      pertama sekali semua orang ketua pengarah hingga ke tukang kebun jakim perlu kawin empat, dan yg isteri beri kebenaran utk suaminya kahwin lebih dan anak2 yg cukup umur tu kahwinkan saja biar mereka cepat matang!!!!

  4. 6

    Saya bersetuju dengan pandangan bahawa antara penyebab berlakunya peningkatan penceraian adalah ceteknya pengetahuan agama islam dikalangan umat islam itu sendiri. Yerlah kalau setakat belajar agama masa zaman persekolah ajer…pastu STOP. Pada saya salah satu penyebab utama kes penceraian adalah kepesatan dunia teknologi. Buktinya….FACEBOOK. Tak percaya cuba kaji peratus suami atau isteri yg bermain cinta dengan orang lain dalam FB. RAMAI YOU…..itu JAKIM kena kaji sebelum terlambat…..takut institusi kekeluargaan islam jatuh dan hancur kerana FB.

  5. 7

    Apa yang berlaku di tempat saya perceraian berlaku atas sebab wang . Bila suami punya banyak wang mereka mula hilang pertimbangan… kebanyakan yg tinggal di kejiranan saya ini kontraktor…. duit masuk ratus ribu…mula buat hal dengan janda lah ,dgn bini org lah bahkan dengan gadis belasan tahun yg sebaya dgn anak sendiri..last nye nikah kat siam..lebih parah ada ustat di mahkamah syariah sendiri sanggup ikut sama untuk jadi saksi nikah..(cari duit luar)…blk dari siam mula lupakan tanggungjawab pd anak isteri yg ada..meranalah anak isteri sebab ayah tengah mabuk dgn bini baru…sudahnya isteri tak tahan dan hilang sabar ditinggal berbulan-bulan minta cerai…harap pehak berkenaan pantau kegiatan ustat-ustat tersebut…kerana mereka yg menunjukkan jln…cadangnya nak mengelak maksiat sebaliknya rumahtangga yg sedia ada pula punah ranah hancur berkecai…

  6. 8

    sy pn setuju dgn pendpt yg kurang nyer agama dlm diri.mcm saya sendiri pn baru diceraikan 2bln lps.hanya kerana die dah ada org ke-3.maslh nyer minh tu dah tau suami saya nie laki org tapi nk gak siap hasut srh cerai kn saya.kecian kat 3 org ank sy.skunk x-suami sibuk nk rujuk blik sbb pompuan tu dh de yg lain yg lg hensem dr ex sy tu..tu yg ex sy bg tau ler…tah ler fobia jd nyer takt kang bile die jumpe yg lain lak ceraikn sy lg…kejenyer kawin cerai jer kang…dugaan tuhan bg sbb die tau sy boleh hadpi n tuk ingtkn sy pd jnji sy pd Nya semasa die bg sy nyawa dlu…alhamdulillah skunk sy sibuk mendalmi ajrn islam…tiap2 kejadian ade hkmh nyer..

  7. 9

    saya memang setuju… tentang fb terutamanya. sbb fb nih ada baik dan buruknya… saya guna fb utk berkomunikasi dgn sedara mara, kengkwan yg dh lama terpisah dan untuk menimba ilmu dan perniagaan..
    memang pihak agama islam kena wat post mortem jika byk sgt pasal perceraian sekarang nih … esp. yg melibatkan wang, fb…
    suami saya stat main fb last year , kenal dgn kawan sek rendah dulu janda anak 3 …dok berkasih-kasihan smapai lah sekarang.. dia dah declare nak kawin dgn janda tuh.. saya lak x karuan…..inilah bahana nya jika salah guna fb….(status sekarang masih isterinya lagi….cuma saya tidak terfikir utk merelakan dimadu)

  8. 10

    perceraian juga boleh berlaku sebab mata jahat suami isteri dan sihir tafrik

  9. 11

    dizaman yg serba cangeh ini tidak ada alasan pada setiap msanusia tuk memdapatkan ilmu.bergitu banyak buku2 dipasaran,seiaran tv berunsur agama n motovasi.dlm intenit yourtube surau n masjid.tepok dada tanya iman.kita mestilah bersunguh2 n kuatkan semangat tok memiliki ilmu,tampa ilmu hidup kita akan pincang bergitulah dg ilmu perkawinan n keibu bapaan.sya rasa mungkin yg ada ditv cara penyampaian amat membosankan yg terbaik terpaksa megeluarkan duit tok seminar2 dg ahli2 motovasi n uatat dan uatazah yg berpengalaman n berkalibar.dari itu sya harap dpatlah kita buat pembaharuan n memmatapkan cara yg terbaik.pda ahli2 motovasi n ustat dan ustazah jg berkira sangat dg ilmu yg ada berilah kekuatan n semangat yg mamtap pda yg mendengar.ramai yg pergi kekurusus perkawinan berkata anjanda2nyanmembosankan,jerus itu lah ilmu yg disampai tidak memberi kesan sekadar melepas batuk ditangga.

  10. 12

    Jangan sekali-kali kita salahkan Allah SWT apabila berlakunya sesuatu yang buruk seperti penceraian.

    Secara amnya, keretakan hubungan antara suami dan isteri berpunca daripada penghayatan agama yang cetek, pengabaian solat dan tiada persefahaman atau kepercayaan antara kedua belah pihak. Ada juga yang mengatakan berlakunya penceraian apabila mertua asyik menyibuk dan masuk campur dalam hal perkahwinan anak-anak mereka. Wallahu’alam.

    Jika tiada usaha untuk bertolak ansur dan berkompromi, janganlah kita terkejut bila penceraian berlaku.

    • 13

      setuju dgn u…..Allah dah bagi rezeki jodoh tu jaga la baik2……ni bila ada yg tak kena sket, mulalah salahkan Allah…fikirlah berapa ramai lagi org kat luar sana yg nak sgt bertemu jodoh tapi tak dapat2 jugak…yg dah dapat jodoh senang2 je nak cerai berai….ingat ni macam main kahwin2 ke….

  11. 14

    Salam..
    Sebenarnya perceraian banyak faktornya. Setiap yang berlaku ada sebab dan pengajaran. Allah memberikan kita dugaan untuk membaiki diri kita. Bila ujian datang, itu menandakan allah sentiasa dekat pada kita. ..
    Allah telah memberi ujian terhadap diri ini, ketika bayiku berumur 7 bulan, aku telah diceraikan. tapi aku tidak pernah menyesal, tetapi bersyukur kerana allah telah memberikan hidayah. Kelahiran anak telah mendekatkan diriku padanya. Dan telah membuka mata “siapa dia”..
    Alhamdullilah aku tenang bersama si kecil. Aku berdoa agar diberi lebih banyak hidayah serta dapat melaksanakan tugasku sebagai ibu mithali pada si kecilku dan anak yang soleh pada ibubapaku.
    Semua yang berlaku ada hikmahnya

  12. 15

    Skrg ni, gaduh skit mintak cerai.. gaduh skit mintak cerai. kawin ni sebenanyer give and take. yg penting bukan kenal bini berapa dah 15 tahun ke… kenal perangai pasangan 100% ke… bukan duit.. bukan harta. tpi give n take. Paham2 sendiri la give n take ni camane. kalau belum beranak lain cite, tpi skrg ni aku tgk ramai yg dah 2-3 org anak tpi dah single balik. so…. pikir la dulu sblm cerai. kekadang tu aku tgk kes cerai sbb apa..? bini tak reti masak. WHAT? pasal laki pendiam sgt. WHAT? ish ish ish… pikir masak2, pikir anak2 sblm buat decision nak cerai. harap2 aku tak terkena….

  13. 16

    assalammualaikum…
    bagi saya kesalahan tu terletak pada kita sendiri..bagi saya yg telah mengalami situasi itu… memang silap nyer dtg dari kita..kita perlu sikap memahami dan yang penting bantu membantu dalam semua segi…kalau dah semua isteri sediakan ..mana tanggungjawab pihak suami…suami harus lebih peka sebagai ketua keluarga….jangan baru dah jadi baru nak menyesal….

  14. 17

    berkahwin ikut nafsu bukan dari akal inilah jadinya, bergembira syaitan melompat-lompat mereka bila perkahwinan berakhir dengan penceraian, dan pengaruh dari barat ini lah dia jadinya konon-konon modern life lah sangat, idiot

  15. 18

    Setelah melihat semua komen di Atas, saya tersenyum, walaupun saya pernah mengalami pengalaman sepertimana saudara/saudari di atas, saya akui masih menghantui saya. Suami saya bermain FB juga terjumpa x-gf dia yg dh berkahwin Anak 2. Mereka berkasihan dlm FB sehingga ingin berkahwin. Xgf sggp & tekad tggl kn suaminye (walauapapun Alasan si suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin secara berhemah) tetapi dia tegar ingin bersama suami saya. Tetapi dgn berkat kesabaran saya & dan doa x putus2 padaNya suami saya sedar & meninggalkan xgf nya. Saya masih sangsi walaupun saya masih bersama suami saya. Tapi saya tidak Pulak menunjukkan kesangsian saya kerana itu akan memudaratkan hub suami isteri. Saya byk cuba bersabar. Dan hadapi dgn tenang walaupun hati ini dirobek dan ingin meronta2. Apa xgf tu pikir utk ambil suami saya dlm dia masih jd isteri org? Walaupun suaminya itu xguna? Facebook adalah tpt bersosial & bersilaturahim secara hemah. Tapi kalau dpt kawal nafsu & diri jangan sesekali jebak kan diri dalam keadaan itu. Saya sehingga sekarang langsung xde marah pd xgf tu. Saya xpasti

  16. 19

    salam,saya juga punya rakan2 yang bermasalah seperti apa yang diutarakan di atas, tapi itu semua memang berpunca dari kurangnya pengetahuan agama, yang tahu buat2 tidak tahu dan terus mengabaikan apa yang telah dipelajari. Adapun dengan adanya laman sesawang ini janganlah dijadikan sebab utama kenapa perceraian berlaku, kadang2 ianya meuntut erti jujur yang tinggi. jika seseorang itu tidak pernah jujur, mana mungkin boleh jadi laman sosial pula disalahkan.semuanya itu bertitik tolak dari individu itu sendiri. kalau nak salahkan isteri tak pandai masak, kaji pula si suami lulus tak jadi imam solat?. itulah kata Ustaz Azhar Idrus “jangan biarkan anak perempuan kita berkahwin dengan lelaki yang tidak solat” . Dan walaupun purata kaum hawa lebih ramai daripada kaum adam, terpulanglah kepda si hawa jika ingin melamar lelaki, pastikan lelaki itu seorang yang beramal, sepertimana siti khadijah melamar Nabi Muhammad s.a.w. bukan kerana rupa paras,kaya harta dan sebagainya. apapun banyakkanlah beristighfar dan solat sunat hajat agar mendapat jodoh yang diredhai Allah dan sentiasalah bersabar atas ujian Allah. percaturan Allah itu semuanya baik dan indah2 belaka, cuma kita sahaja sebagai hambanya yang khilaf kadang2 terlepas pandang apa hikmah disebalik kepedihan itu.Moga Allah memberkati kita semua.Salam.

  17. 20

    Setuju dgn komen hamba yg khilaf. Kita xboleh salahkan keadaan. Periksa diri sendiri sblm menuding jari. Ramai yg salahkan fb sebagai contoh. Padahal fb sepatutnya digunakan utk kesenangan kita bukan memudaratkan, tp kita sendiri merosakkannya. Tapi segala ketentuannya saya cuba hadapi dgn tenang…saya percaya Allah itu adil & mengasihani… Jadi saya x susah hati. Saya ttp sayangkan suami saya. Walaupun dia xsempurna zahir batin.

  18. 21

    Salam Alaykum,
    Pada pendapat saya, ramai orang islam zaman ini berkahwin atas dasar nafsu & harta…sedangkan cinta yang sedikit & ilmu agama yang sedikit. Ini punca utama institusi kekeluargaan runtuh dalam Malaysia. Wallahualam.

  19. 22

    jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya Allah tentukan.Dalam perkahwinan tanggungjawab suami isteri sangat penting.Sikap tolak ansur dan bertimbang rasa merupakan sikap yg perlu ada pada setiap pasangan…in shaa allah aman rumahtangga..
    norehan saad recently posted..TEKANAN DARAH RENDAH

Leave a Reply

CommentLuv badge