Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi
July 5th, 2011 | 3:15 am | Isu Semasa | 22 responses
Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.


















responded on July 5th, 2011 at 10:46 pm
terima kaseh atas pendedahan ini..
responded on July 6th, 2011 at 8:41 am
trima kasih….mohon difwdkan kpd saudara2 seagama…
responded on July 6th, 2011 at 10:50 pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_42.htm
Dah halal balik. Tah apa2
responded on July 18th, 2011 at 6:40 am
tu company punya statement,bukan jakim…baca betul2 la bang
responded on August 11th, 2011 at 3:13 pm
hmmm kalu ragu2 x yah makan… bkn mati pong klu x makan bende2 tu
responded on November 23rd, 2011 at 12:15 am
bace….ke ko ni jahil sgt….ko mmg lampi ek?
responded on November 23rd, 2011 at 12:16 am
woi…bce la btul2..ko ni jahil ek…ke lampi
responded on December 26th, 2011 at 2:39 am
xpayahlh nak kutok org mcm tu skali…ingat2 lh wei…
responded on February 12th, 2012 at 3:44 pm
Kat Pizza Hut itulah sos yang disediakan
responded on July 30th, 2012 at 11:13 am
nasihat saya jangan makan di kedai pizza hut…..selesai buat sendiri pizza..
responded on March 24th, 2012 at 9:36 am
Jika babi kotor dan beracun pasti dunia ini tiada non-muslim bahkan kelahiran mereka masih tinggi. Jelas sekali ini tipu-helah pencipta agama menyebab perselisihan antara manusia. Adakah muslim tidak makan babi boleh lebih sihat, panjang umur, aman, bertuah, berjaya dan kaya-raya? Jelas sekali muslim sesama dengan non-muslim menghadapi masalah sama. Kerana pengharaman ini menjadi pergaulan dengan penganut lain tersekat bahkan boleh menjadi pergaduhan. Oleh itu pada zaman moden ini kita sesama manusia jangan tertipu oleh ajaran kuno yang tidak beri manfaat kepada manusia.
responded on March 25th, 2012 at 6:00 pm
Agama yang berubah rubah adalah agama ciptaan manusia macam kau, hidup tiada Manual, ikut angin kalau tiup ke barat, ke baratlah kau pergi. setiap kapal ade kemudi yang dikemudi si kapten kapal, ya itu ketua, ketua wajib melakukan pemeriksaan kapal dan penyelengaraannya sebelum jadual berlayar, dan untuk memastikan kapal berkeadaan baik, mistilah ada manual yang tidak pernah di ubah, kerana manusia tidak mampu menganal sintom kerosakan kapal, oleh itu Islam itu indah, kerana manualnya (Al-Quran) tidak pernah diubah, bahtera keimanan semakain hari bertambah baik, bagi orang yang tidak beriman dengan al-quran akan tergelincir dari kapal dan terjatuh di lautan nafsu yang rakus dan jahatnya yang bergelora. sedarlah wahai manusia sesusngguhnya kamu adalah orang-orang yang rugi.
responded on March 29th, 2012 at 12:13 am
Semua binatang pun kotor kenapa pilih babi? Makan Babi tak menyebab manusia mati apa takut? Ajaran agama bukan semua boleh percayalah. Agama untuk zaman lama sekarang zaman barulah.
responded on March 29th, 2012 at 12:27 am
Semua binatang pun kotor kenapa pilih babi? Makan Babi tak menyebab manusia mati apa takut? Ajaran agama bukan semua boleh percayalah. Agama zaman lama sekarang zaman baru.
responded on April 14th, 2012 at 4:09 pm
Astaghfirullah… Jgn lah dipersendakan agama islam yg suci & mulia. Allah pencipta semua makhluk Di dunia Dan hanya DIA yang maha mengetahui kenapa BABI Dan keturunannya diharamkan dr dimkn Oleh org islam. Islam bkn agama kuno tapi agama sepjg zaman, dulu , kini Dan selamanya. Sains Dan teknologi zaman kini tidak bertentangan dgn apa yg terkandung Dlm Quran yg diturunkan pd Junjungan Besar Nabi Muhammad beribu thn lalu. Ilmu yg tak sebrp jgn sesekali meremehkan ilmu Allah yg tiada tolok bandingnya. Kesan memkn atau mengambil BABI bkn dpt dilihat Dlm jangkamasa yg singkat…. Byk kajian n dptn org bijak pandai yg menyatakan kesan2 -ve memkn BABI. Kaya atau miskin bkn ukuran bg umah islam tp yg penting mengikuti perintah ALLAH yg ESA Dan hidup sentiasa Diberkati Dan dirahmatiNya. . Wallah hua’alam.
responded on April 18th, 2012 at 4:54 pm
Betullah kenapa non-Muslim makan babi tak ada kesan buruk terdapat mereka? Jadi ajaran Islam ada masalahlah !
responded on April 29th, 2012 at 6:07 pm
org mcm Peace,Zamanbaru n 0sama…usah dilayan…yg penting ISLAM tu benar…AL-QURAN tu benar….yg haram ttp haram,xde kna mengena ngan peredaran zaman…atau apa sahaja…yakinlah tiada agama yang benar melainkan ISLAM…cakaplah mcm mana pun…ianya takkan membuatkan IMAN org ISLAM goyah!!
responded on May 24th, 2012 at 11:56 pm
byk parasites yang dibwak oleh babi . talk with da knowledge.
responded on July 30th, 2012 at 11:10 am
tq saya berstuju dengan pandangan Srikandi…..jangan layng kerenah orang yg tiada pegagan…kita muslim mahu hidup diakhirat yang kekal abadi di syurga…insyaallah dan yang kufur akan hidup diakhirat di neraka,naaunzubillah….x payah berpolimik.
responded on January 8th, 2013 at 2:59 pm
penah tgk utube org putih bt kajian tuang cola dlm daging babi. cuma perlu tggu beberapa minit kluar ulat dari daging yg fresh d beli. so, itu antara sbb yg nyata knapa islam larang mkn daging babi. seumpama mkn rotten meat yuk!!