≡ Menu

Israel mulakan serangan di seluruh Gaza


BAITULMAQDIS: Tentera Israel memaklumkan ia sudah memulakan serangan terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza, semalam, beberapa jam selepas pelancaran roket Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Beberapa saksi Reuters memberitahu mereka terdengar banyak bunyi letupan di Gaza.

“Serangan sasaran pengganas Hamas di seluruh Semenanjung Gaza sudah dimulakan,” menurut kenyataan tentera Zionis.

Satu serangan terkena kedudukan laut Hamas di barat Bandaraya Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara Gaza, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin dan agensi media Hamas.

Kedua-dua kawasan ini mungkin sudah dikosongkan kerana Hamas mempunyai notis serangan Israel sedang dalam perjalanan dalam tempoh beberapa jam.

Beberapa saksi berkata, tiga peluru berpandu terkena sasaran di utara semenanjung itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji bertindak balas dengan teruk terhadap serangan roket, awal semalam, yang mencederakan tujuh warga Israel. – Reuters

Sumber:bharian

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Wabak Akhir Zaman, Hilangnya Keyakinan Terhadap Syariat Allah