Akidah, General

'Islamkah Kita?'

Assalamualaikum wahai reader sekalian.

Salam 16 Ramadhan kepada semua umat Islam yang membaca blog ini… tadi.. masa terawih.. lepas je empat rakaat.. ada tazkirah ringkas.. lepas itu.. sambung semula lagi empat rakaat dan witir.. alhamdulillah.. malam nie.. atq dapat buat yang sunat dan yang wajib..

Tajuk tazkirah tadi adalah.. Islam kah kita.. semua yang sudah mengucapkan kalimah syahadah adalah islam.. kita mengaku bahawa Allah itu ada.. tapi adakah kita tahu apa dalil tentang kewujudan Allah.??

Ada kitab akidah mengatakan bahawa:

“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, semasa matinya, dia tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam”ini yang agak berat..

“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, dia masih boleh ditanam di perkuburan islam, tetapi 24jam hidupnya berdosa” yang ini agak ringan sedikit

Sebagai contoh, jika ada seseorang bertanya “betul je Allah itu wujud sedangkan kita tidak dapat merasa, tidak dapat menyentuh, kita tidak dapat melihat Allah”.. jika seseorang itu akidahnya hanya senipis kulit bawang.. dia akan berpikir. “betul jugak apa yang ditanya oleh orang itu”…

Jawapannya senang sahaja “tak semua benda yang ada dimuka bumi ini kita dapat lihat, dapat sentuh dan dapat rasa”.. mudah bagi seseorang itu menjawab persoalan tersebut jika kita selalu menghadiri kelas-kelas agama..

Cuba kita renung-renungkan bersama.. kita di mana.. akidah kita bagaimana.. kalau ada dugaan yang boleh memurtadkan kita.. boleh tak kita menghadapinya tanpa kita sendiri masuk dalam golongan orang kafir.??? fikir-fikirkan lah…

Semoga kita tergolong dalam dolongan orang yang kuat akidahnya.. amin.. insyaAllah

By: atiqsalleh

BACA:  Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk Ke Syurga

11 Comments

  1. assalamualaikum
    mohon untuk copy yea ,
    terima kasih . semoga Allah memberkati anda dan kita semua 🙂

  2. Mohon share..thanks…

  3. Allah tidal wujud. Manusialah yang menciptanya

    1. siti fatimah az zahra

      Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.

      “Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?”

      Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

      “Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?”

      “Mestilah dari benihnya.”

      “Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?”

      “Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku.”

      “Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?”

      “Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?”

      ‘Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?”

      “Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud”.

      “Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?”

      “Pasti.”

      “Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati.”

      “Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?”.

      “Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? ”

      “Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?”

      “Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa.”

      “Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?”

      “Buktinya ialah dirimu.”

      “maksudmu?”

      “Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?”

      “Ia terjadi sendiri”

      “Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri”

      “Mengapa mustahil?”

      “Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?”

      “Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini”

      “Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?”

      Senyap..

      “Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?”, ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.

      Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, “Tuhan yang tidak mati”

      Lalu dia bangkit, “Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

  4. allah itu wujud dia yang menciptakan kita~^0^

  5. Jika Allah mencipta segala jadi siapa menciptanya ? Soalan ini tak habis-habis adakah ada ayam dulu atau telur dulu ? Jika Allah berkuasa dan pemurah kenapa ia tak menyekat peperangan, gempa bumi, tsunami dan banjir menyebab banyak kematian tehadap orang yang tak berdosa seperti budak, orang baik, beriman ? Jelas sekali Allah tidak wujud ini cuma ciptaan pencipta agama untuk dapat kuasa dan kekayaan

    1. Cuba baca buku tentang islam, dan kenal islam. Insyallah anda dapat lihat Indahnya Islam. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kemungkinan budak yang terbunuh yang tidak berdosa itu, satu hari nanti akan menjadi anak derhaka. Kerana Allah sayangkannya, Allah mancabut nyawanya supaya dia dapat terus ke syurga berbanding sekiranya dia akan ke neraka akibat menderhakai ibubapanya.

      Dan semua peperangan yang berlaku adalah disebabkan manusia. Perpecahan yang berlaku dan tidak bersatu padu. Dan saya dapat merasakan bahawa anda orang Islam cuma anda tidak yakin akan agama anda. Maafkan saya sekiranya silap 😉

  6. saudara peace…moga Allah jua yg dpt memberi hidayah kebesaranNya pd anda…insaAllah…

    1. di alam roh semua jiwa dari nabi adam as. hingga bayi yg terakhir yg hidup d atas muka bumi melihat ALLAH dan semua bersaksi bahawa ALLAH lah tuhan kita.Dan ALLAH hantar kita d alam dunia ni utk menguji kita sama betul ke tak iman kita terhadap ALLAH.Sebab d alam roh semua jiwa lihat ALLAH dan beriman pd ALLAH.ALLAH hantar d alam dunia untuk menguji betul ke iman kita terhadap ALLAH.Iaitu walaupn tanpa melihat ALLAH adakah kita betul2 beriman pd ALLAH.Dan iman adalah meyakini perkara2 yg ghaib/yg belum d nampak dgn kepala mata kita.. WAULLAHUA’LAM

  7. kitab akidah tuu..kitab apa namanya??

  8. nama kitab akidah tuu..apa ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!