Kesihatan

Inilah sebab wanita perlu minum air halia setiap hari. Khasiatnya amat menakjubkan

Patutlah wanita digalakkan amalkan minum air halia setiap hari, punyalah banyak khasiatnya untuk kecantikan dan kesihatan dalaman tubuh.Halia memang terbukti punya banyak khasiat lebih-lebih lagi buat kaum wanita yang sudah berkahwin. Antaranya ia mampu membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi.
Berikut antara manfaatnya.

1.Buang Angin
Halia membantu membuang angin & toksin di dalam badan.Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan dapat dibuang dan badan pun kembali segar.

2.Redakan Tekanan & Naik Seri Wajah
Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan.Iamampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.Ia sekaligus menaikkan seri wajah.

3.Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi.Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.Caranya dengan menghiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong.

Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

4.Atasi Masalah Pencernaan
Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.

BACA:  Resdung Bukan Disebabkan Oleh Ulat!

5.Hilangkan Bau Badan
Halia juga dipercayai membantu menghilangkan masalah bau badan. Malunya bila badan dah lawa , muka cantik tapi badan pula berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.

6.Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.Sekaligus memperkuatkan sistem imun dalam tubuh.

7.Menghangatkan Ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.

Banyak kelebihan halia ni untuk kesihatan dalaman tubuh.Jadi tak rugi jika diamalkan selalu.

Semoga bermanfaat!

 

Sumber: suaramedia.org 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *