Ibadah, Solat

Inilah 4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan

Memang tidak wajib. Namun jika solat-solat sunat ini ditinggalkan, kita boleh rugi besar. Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam (ﷺ) mewasiatkan agar kita berupaya selalu melaksanakannya.

Solat Tahajud

Solat tahajud merupakan solat sunat yang paling utama. Rasulullah mensabdakan:

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ

“Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. An Nasa’i)

Solat sunat yang juga sering disebut solat malam (sholat lail, qiyamullail) ini sentiasa Rasulullah kerjakan. Sebab bagi beliau, solat ini wajib. Sedangkan bagi umatnya, sunat muakkad.

Tahajud juga merupakan satu-satunya solat sunat yang disebutkan dalam Al Quran berikut keutamaannya.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)

Solat Witir

Seperti halnya solat tahajud, solat witir juga sentiasa Rasulullah lakukan. Beliau juga mewasiatkan agar kita memelihara solat ganjil tersebut.

إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، فَحَافِظُوْا عَلَيْهَا، وَهِيَ اَلْوِتْرُ

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’alatelah memberi kalian tambahan solat, maka peliharalah dia, iaitu solat Witir.” (HR. Ahmad)

Solat witir merupakan salah satu dari tiga wasiat Rasulullah kepada Abu Hurairah untuk sentiasa dikerjakan, jangan sampai ditinggalkan.

Solat Sunat Fajar

Solat sunat fajar atau solat sunat qabliyah Subuh hendaklah kita upayakan sekuat tenaga untuk kita amalkan. Keutamaannya yang luar biasa, sungguh membuat kita merugi jika meninggalkannya.

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

“Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.”(HR. Muslim)

BACA:  4 Kelebihan Puasa Enam Yang Perlu Anda Rebut

Dalam praktiknya, Rasulullah sentiasa menjaga solat sunat ini bahkan melebihi solat sunat lainnya.

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan satu solat sunat pun yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi dua rakaat solat sunat fajar.” (HR Bukhari dan Muslim)

Solat Dhuha

Jika ketiga solat tahajud dan solat witir dikerjakan di malam hari dan solat fajar dikerjakan setelah terbitnya fajar, solat dhuha adalah solat sunat di pagi hari yang keutamaannya luar biasa. Kerananya, Rasulullah mewasiatkan Abu Hurairah untuk tidak pernah meninggalkannya.

أَوْصَانِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِثَلاَثٍ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَىِ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

“Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Inilah solatnya orang-orang awwabin, dua rakaatnya senilai 360 sedekah, 4 rakaatnya membawa kecukupan sepanjang hari. Ia juga ghanimah terbanyak dan boleh berpahala senilai umrah.

 

Sumber: www.karteldakwah.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *