Ibadah, Tazkirah

Ini Kesan Zikir Kepada Otak Yang Anda Perlu Tahu

Zikir merupakan suatu amalan yang sangat disarankan dalam Islam. Allah menjanjikan bahawa siapa yang berzikir mengingati Allah, maka ketenangan akan diperoleh. Manfaat dan ganjarannya juga ada dirakam dalam al-Quran dalam Surah al-Ahzab, penghujung ayat 35.

Ganjaran Keampuanan dan Pahala Yang Besar

وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
(…dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar)
Surah Al-Ahzab, Ayat 35

Perbualan antara Rasulullah dengan seorang Arab Badwi tentang kepentingan zikir turut dirakamkan dalam riwayat di bawah:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ لِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ الْإسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ ، فَأَنْبِئْنِيْ مِنْهَا بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ ؟ قَالَ : لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ

Dari ‘Abdullâh bin Busr Radhiyallahu anhu berkata, “Seorang Badwi datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata, ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak pada kami. Beritahukanlah kepada kami sesuatu yang kami bisa berpegang teguh kepadanya ?’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hendaklah lidahmu senantiasa berdzikir kepada Allâh Azza wa Jalla”(1)

Zikir Mampu Menurunkan Gelombang Otak

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pengasas kepada modul Otak Cerdik Otak Cantik, berzikir mampu meningkatkan aktiviti otak. Contohnya Asmaul Husna mampu menurunkan gelombang otak. Kesannya adalah pada bahagian otak di belakang dahi yang dipanggil Prefrontal Cortex (PFC). PFC umpama CEO bagi otak manusia. Zikir dikesan dapat mengalihkan aktiviti otak dari bahagian yang memproses bahasa ke bahagian yang memproses emosi.

BACA:  Betapa Dahsyatnya Seksaan Di Hari Akhirat

Zikir Meningkatkan Kemampuan Memori

Bahagian yang dirangsang dengan zikir ialah Hippocampus. Bahagian ini berfungsi untuk pembentukan memori baru dan juga pertukaran memori jangka masa pendek (Short-term memory) ke memori jangka masa panjang (Long-term memory). Kajian juga mendapati pengecutan Hippocampus dijumpai pada otak mereka yang menghidap Alzheimer.

Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex. Bahagian ini adalah pembekal motivasi yang sangat penting untuk manusia.

Amalan yang disarankan dalam Islam sudah pasti ada manfaatnya walaupun sesetengahnya belum lagi dapat dibuktikan oleh kajian saintifik. Namun kita harus percaya manfaatnya pasti ada, terutama manfaat pada hati kita sendiri.

Nota dan rujukan:

(1) (Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya (IV/188, 190); at-Tirmidzi (no. 3375). Beliau berkata, “Hadits ini hasan gharib.”; Ibnu Majah (no. 3793) dan lafaz ini miliknya. Ibnu Abi Syaibah (X/89, no. 29944); Al-Baihaqi (III/371)
Hadits ini disahihkan oleh Ibnu Hibbân (no. 811-at-Ta’lîqâtul Hisân) dan al-Hâkim (I/495) dan disetujui oleh adz-Dzahabi. Disahihkan juga oleh Syaikh al-Albâni dalam Shahîhul Jâmi’is Shaghîr (no. 7700), Shahîh al-Kalimut Thayyib (no. 3), dan Shahîhut Targhîb wat Tarhîb (no. 1491))
2. Neuroversiti.com
3. https://almanhaj.or.id/3849-keutamaan-dzikir-kepada-allah-subhanahu-wa-taala.html

 

Sumber: Tazkirah.net

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *